Showing posts with label Dr m. Show all posts
Showing posts with label Dr m. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

BILA DR M CAKAP PASAL KETUANAN MELAYU

Deyyyy......madirrrr.....hang cakap malu kalau ada ketuanan melayu....tapi yang hang dok belakang perkasa tu.....yang dok menyalak hari-hari pasal melayu tuan dimalaysia ni dengan mahagaru silat kangkung tu sekali....apa cerita beb....sini lu cakap lain.....sana lu cakap lain.....kalau jumpa ular dengan lu...wa suruh ular tu gigit lu dulu.....baru wa ketuk itu ular.....ciittt....podahhhh.....


DR M -SAYA SEDIH MELAYU MASIH BERHARAP PADA KETUANAN MELAYU

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedih apabila mendengar orang Melayu masih bercakap mengenai Ketuanan Melayu kerana beliau mahu kaum itu berdiri pada keupayaan diri mereka, bukannya hak istimewa diturunkan menerusi perlembagaan.

Malah bekas perdana menteri ini (gambar)juga kelihatan ‘keberatan’ apabila ada usaha mengaitkan DEB dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab soalan pada Kongres Profesor Kebangsaan di sini, kata Dr Mahathir, beberapa peruntukan dalam DEB seharusnya telah pun digugurkan.

“Berkenaan dengan (Artikel) 153, jika ia berkenaan dengan bahasa, agama dan kesemua itu, tidak mengapa, tetapi kita telah memperluaskan sehingga membabitkan DEB.

“Dan, beberapa aspek DEB seharusnya dimansuhkan sebaik sahaja mereka yang mendapat manfaat daripada DEB telah memperlihatkan keupayaan mereka,” katanya.

“Saya sangat sedih apabila saya mendengar orang Melayu bercakap mengenai Ketuanan Melayu,” katanya.

“Ternyata ada tanah simpanan Melayu sebab itu kita adalah tuan. Tetapi untuk hidup di (tanah) simpanan Melayu adalah satu penghinaan, sebab itu bermakna saya lemah, saya dilindungi di tanah sendiri. Ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata orang Melayu seharusnya mempertingkatkan keupayaan mereka agar mereka tidak bergantung pada hak-hak istimewa.-tmi

Wednesday, February 9, 2011

OPS LALANG - DR M SALAHKAN POLIS

Aikkk.....punyalah lamo sekarang baru cakap....masa tu kalau tak silap dato musa hitam yang jadi menteri polis...den nak dengar apa pulak komen dato musa dan KPN masa tu....copeklah....


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang melnyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

conversations with mahathir tom plateDalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate (bawah, kanan), yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

tom plate"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politikdari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

NONEKerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.
Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.-mkini 

Thursday, September 23, 2010

DR M DAH MELAMPAU-LAMPAU RASISNYA

Aku rasa inilah kritikan dr m yang sangat mengujakan sekali sifatnya....sifat orang tersepit dan takut pada bayang-bayang juga terdesak...menjadikan sifat itu terlampau dan melampau-melampau kedudukankannya...semata-mata nak menjaga berahim ali dan perkasanya....mahathir akan berdendang lagu rasis ini sehinggalah dia menutup mata....panjang umur dia kan....


Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN



KUALA LUMPUR, 23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.
Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.
Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.
“Kita lihat Nizar  di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.
Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.
“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.-tmi

Sunday, May 23, 2010

MAHATHIR PENGACAU?-WAIN

Pasal Tun Che Det ni...dah banyak sangat orang cakap dan ulas pasal dia.....panjang pulak umur dia ye.....




Wain-Dr M menjengkelkan pentadbiran najib
Pengaruh Tun Dr Mahathir tidak akan kekal selama-lamanya, dan kini telahpun beransur pudar, kata penulis buku Malaysian Maverick.

Barry Wain berkata, orang mungkin akan mengingati pembangunan yang dicapai ketika Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi dasar-dasar yang ditinggalkannya tidak akan diperkatakan selama-lamanya.

"Beliau masih lagi berpengaruh sekarang, tapi saya sangat sangsi sekiranya ia akan bertahan lebih lama," kata Wain dalam satu temubual eksklusif denganMalaysiakini.

Katanya, mungkin disebabkan faktor itulah yang menyebabkan Mahathir terus bersuara walaupun telah bersara.

Dalam pada itu pula, Mahathir kini kembali menjadi pejuang Melayu dan membuat satu pusingan lengkap dalam karier politiknya apabila tampil memberi sokongan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), katanya.

Beliau berpendapat demikian apabila melihat wawasan Mahathir mula bertukar menjadi "malapetaka" apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih.

Thursday, January 28, 2010

Dr M Tak Setuju Orang Luar DiPetronas
28 jan 10

Alaa...Tun kalau orang dalam tak boleh buat kojo baik ambil orang luar...Tun pun dulu ambil orang luar jugak jadi menteri walaupun bukan ahli parlimen...biasalah tu..Tun...zaman sekarang ni yang bekerja bermati-matian dengan yang pandai mengayat jauh bezanya tu Tun...

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kesinambungan penting bagi syarikat minyak nasional itu dan Ketua
Pegawai Eksekutifnya (CEO) perlu dilantik dari dalam syarikat itu sendiri.

"Ketiga-tiga yang kini disenarai pendek untuk jawatan itu adalah dari
Petronas dan ini bermakna mereka tahu mengenai syarikat," katanya semasa ditanya tentang pilihan calon bagi jawatan CEO dan presiden.

"Kalau mereka lantiNONEk orang luar, ini akan menimbulkan kemarahan, kenapa mereka yang dalam syarikat tidak dipilih," kata beliau semasa melawat I-City di Shah Alam hari ini.

Selain dari itu, Tun Dr Mahathir berkata orang baru juga akan mengambil masa untuk mempelajari selok belok perniagaan minyak dan gas serta mewujudkan hubungan memandangkan Petronas telah berada di pelbagai benua.

"Yang pentingnya, kita telah menjalankan perniagaan dengan banyak negara. Orang baru akan mendapati sukar dalam mewujudkan hubungan dengan mereka yang telah mempunyai jalinan perniagaan dengan kita," kata bekas Perdana Menteri itu.

"Bagaimanapun, pengerusi boleh diambil dari luar. Tetapi, CEO perlu dari dalam. Itulah yang saya fikirkan," katanya.

Mengenai kemungkinan kontrak Presiden dan CEO sekarang ini, Tan Sri Mohd Hassan Marican tidak diperbaharui, beliau berkata: "Mungkin, beliau sudah mencapai umur persaraan.

"Beliau telah lama di sana. Seseorang itu perlu bersara, walaupun jika erlalu baik," katanya.-bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran