Wednesday, October 28, 2009

PKR Pulak Main-Main Letak Jawatan
okt 28 09

Lepas Pas PKR pulak main-main wayang...apa dah jadi ni...beb..den pun tak fahamlah dia orang nih..dulu zaid bercuti 6 bulan...sekarang Dr Jeffrey pulak letak jawatan...macamana nak pegi PRU13 kalau macam nih...susah beb susah....Lu orang nih apasal lepas UMno berubah korang semua kalut...nampak sangat korang ni lemah...buat malu aje..

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik, yang memberi satu tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti itu, menurut bekas pembantunya Kanul Gindol.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri. BERNAMA

Sidang DUN Perak Kecoh dan Panas
okt 28 09

Mengikut diblog cina islam terdapat beratus-ratus polis mengawal SUK...adun PR juga dibuat pemeriksaan ketat dgn merampas handphone dan kamera semua adun PR...juga dirampas oleh SB ialah songkok dan jubah yang dipakai oleh Sivakumar....apalah punya malang rakyat perak sekarang nih amnya dan malaysia khususnya apabila ADUN dihalang dari memasuki dewan...ini dah macam hitler dan musolini diktator kukubesi....nasib ngko lah orang perak daripada kemelut yang tak akan selesai ini sampai bila-bila...elok korang semua menghadap sultan...suruh sultan bubar aje DUN tu..itu aje jalan dia...Sultan ni pun takkan tak boleh fikir...rakyat yang menanggung penderitaannya akibat kemelut ini...

Tempat duduk Speaker haram di kawal ketat.

Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.


YB. Buntong sedang membentangkan usul.

YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.


Prof Aziz-Pas Tak Pecah
okt 28 09

oleh:Dr Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

Tuesday, October 27, 2009

RM10,000 Nilai satu Nyawa
okt 27 09

Keluarga mangsa siri nahas jambatan runtuh N.Nina Dave yang mati lemas dijanjikan Rm10000 untuk urusan pengkebumiannya....kalau nak ikutkan besar jumlah itu jika nak buat pengkebumian biasa lebih-lebih lagi melibatkan keluarga biasa macam N.nina Dave ini...jadi apakah maksud bayaran itu apakah ianya berupa bayaran untuk menutup kesilapan dan menyedapkan hati keluarga mangsa...apakah nilai RM10000 dengan nilai satu nyawa berbaloikah dengan angka itu...apakah nyawa boleh dijual beli...setimpalkah bayaran itu...persoalannya disini bukan nilai wang tersebut tapi sikap kerajaan UMno BN yang akan mengumpan wang untuk maksud-maksud kepentingan mereka mereka fikir semuanya boleh dibeli dan diselesaikan dengan wang ringgit lebih-lebih lagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan wang....nampaknya nilai nyawa kita dah tak berharga disini....jika terkena kek Ambo...ambo akan saman PPD K'rian Pelajaran Kerajaan perak Dan kerajaan malaysia walaupun mungkin penjaga dah sain surat pelepasan tanggungjawab oleh PPD jika berlaku kemalangan tapi mungkin ada slot yang membolehkan...alang-alang dapat duit biar dapat dapat betul-betul senang 7 keturunan....baru berbaloi....

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran meluluskan RM10,000 kepada keluarga N. Dina Deve untuk pengurusan pengkebumian murid itu yang lemas selepas jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini semalam.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian hari ini.

- BERNAMA

Cyber Trooper Umno Serang pas
okt 27 09

Pas diserang oleh tentera siber umno....lari...tepis ...serang balik....nampak macam Pas nih baru nak belajar politik...gelabah semacam aje...terutama orang-orang yang gila pangkat dan nama...baru kena gertak sikit satu saf pimpinan mencipta kekalutan...maka keluarlah fatwa-fatwa yang merapu yang merosakkan imej sendiri...tak pasal-pasal nama Anwar juga disebut...asal ada masalah Anwar juga yang kena...Ambo teringat kat pepatah nilah...sayang isteri tinggalkan sayang anak ditangankan kalau parti camna pulak....kalau parti elok disepak-sepakkan aje keluar...korang janganlah kalut semacam beb...korangkan terkenal dengan semangat musyawarah...so bawak bincanglah...tak payahlah dok sibuk buat PC...buang maso jo..

Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata Ketua Penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin kanan Umno pula "bersilih ganti menangguk di air keruh" dengan memberikan ulasan PAS sedang mengalami perpecahan.

PAS mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, Facebook dan juga media massa lainnya," kata Idris lagi.

"Kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-(kumpulan) Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."
Istiadat Tabal-Kenapa Rosmah Tiada?
okt 27 09

Semalam telah berlansung istiadat pertabalan Tuanku Muhriz selaku YTBNS yang ke11...tetapi yang peliknya kenapa Najib datang seorang tidak bersama Rosmah...kenapa Rosmah pulak pada ketika saat bersejarah ini pergi keDubai buat-buat sibuk...kenapa Rosmah asal kuala pilah tidak merapak sembah menjunjung duli Tuanku sedangkan semua jemputan bertaraf wakil sultan termasuk brunei TYT YDP negeri juga VVIP negara semuanya hadir...apakah penting sangat acara didubai itu sehingga dia tak mahu datang ataupun menggunakan peluang ini untuk mencipta alasan tidak mahu datang...Inilah persoalannya yang bermain dikepala semua orang pelik...pelik...bagi den jawapannya mudah aje Rosmah takut termakan sumpah kot bila balik kampung sendiri...alaaa...macam sumpah laksaman bentan kat Kota Tinggi lebih kurang macam tulah...kan dulu heboh pasal video sedara-mara dia cerita pasal Rosmah ni...jadi dia malulah takut bertembung dengan suku sakat dia yang miskin kat situ...mana ada kelas....lagi pun kat Dubai tu boleh pegi shopping-shopping kat Kuala pilah apa ada...buang masa aje pegi lagipun kat Tv boleh tengok...inilah dia jenis-jenis kekacang yang lupakan kulit....hidung tinggi menongkat langit...sampai saatnya nanti pasti dihempap langit jua...mungkin dia datang jugak kot tapi selepas semuanya selesailah dan ini jelas menunjukkan keegoaan dia melampaui keraguan...

DUBAI, 26 Okt (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin menggesa dengan penuh semangat supaya kalangan wanita bertindak pantas sekiranya mereka bercita-cita untuk mencapai kedudukan di peringkat kepimpinan dan terus tabah dalam berdepan pelbagai cabaran ke arah mencapai matlamat itu.

Rosmah berkata demikian dalam ucaptama beliau pada Forum Wanita dalam Kepimpinan di sini yang dihadiri oleh kira-kira 300 pemimpin wanita mewakili bidang politik, ekonomi dan perniagaan dari seluruh dunia.

Tuanku Muhriz ditabal Yang Dipertuan Besar N. Sembilan ke-11

TUANKU MUHRIZ menerima menghadap menjunjung duli Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak sempena majlis pertabalan baginda di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH - Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, semalam ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah.

Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Disember 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang menaiki takhta pada April 1967.

Istiadat itu adalah unik di Negeri Sembilan kerana pemilihan Yang di-Pertuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.

NAJIB diringi Mohamad Hasan (kiri) pada majlis pertabalan Tuanku Muhriz di Kuala Pilah semalam...Rosmah busy kat Dubai..


Perkhemahan 1Malaysia membawa Padah
okt 27 09


Tengokpun dah boleh tahu kukuh ke tak jambatan gantung nih...


Slogan 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan benar-benar menjadikan kenyataan bila rakyat didahulukan mati bila pencapaian yang kononnya diutamakan dalam membina jambatan gantung yang baru siap telah runtuh dan dikhuatiri meragut hampir 22 nyawa pelajar sekolah rendah dalam perkhemahan yang dinamakan perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD kinta....apa nak kata....tapi biasalah BN nih bila dah berlaku walaupun nampak kepincangan dan rasuah berleluasa kata-kata akan siasat begitu sinonim dengan pemimpin negara ini....Zambry MB haram perak kata dia tali jambatan tak putus tapi konkrit penahan dia terbongkar keluar...apalah punya bangang MB nih....putus ke tak putus ke yang pastinya jambatan itu telah gagal fungsinya dan pembinaannya...macamanan boleh jadi macam ini...malas nak cerita...tapi itulah jenis kontraktor tahap kerajaan UMno BN nih....yang penting untung banyak soal lain tolak tepi....dah banyak dah berlaku bab-bab runtuh nih...Tapi mungkinkah ini tanda-tanda kerajaan haram perak juga akan runtuh...esok persidangan DUN tentunya akan menggamit seribu satu persoalan yang panas dan sensasi dengan cerita-cerita dahulu dan ditambah lagi dengan jambatan runtuh ini....apakah ura-ura kerajaan haram perak nak bubar dun terus tak jadi dengan kes baru ini...kita tunggu ajelah....






KAMPAR, 27 Okt (Bernama) -- Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semula dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak pada Selasa di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran