Showing posts with label jambatan runtuh. Show all posts
Showing posts with label jambatan runtuh. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

RM10,000 Nilai satu Nyawa
okt 27 09

Keluarga mangsa siri nahas jambatan runtuh N.Nina Dave yang mati lemas dijanjikan Rm10000 untuk urusan pengkebumiannya....kalau nak ikutkan besar jumlah itu jika nak buat pengkebumian biasa lebih-lebih lagi melibatkan keluarga biasa macam N.nina Dave ini...jadi apakah maksud bayaran itu apakah ianya berupa bayaran untuk menutup kesilapan dan menyedapkan hati keluarga mangsa...apakah nilai RM10000 dengan nilai satu nyawa berbaloikah dengan angka itu...apakah nyawa boleh dijual beli...setimpalkah bayaran itu...persoalannya disini bukan nilai wang tersebut tapi sikap kerajaan UMno BN yang akan mengumpan wang untuk maksud-maksud kepentingan mereka mereka fikir semuanya boleh dibeli dan diselesaikan dengan wang ringgit lebih-lebih lagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan wang....nampaknya nilai nyawa kita dah tak berharga disini....jika terkena kek Ambo...ambo akan saman PPD K'rian Pelajaran Kerajaan perak Dan kerajaan malaysia walaupun mungkin penjaga dah sain surat pelepasan tanggungjawab oleh PPD jika berlaku kemalangan tapi mungkin ada slot yang membolehkan...alang-alang dapat duit biar dapat dapat betul-betul senang 7 keturunan....baru berbaloi....

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran meluluskan RM10,000 kepada keluarga N. Dina Deve untuk pengurusan pengkebumian murid itu yang lemas selepas jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini semalam.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian hari ini.

- BERNAMA

Perkhemahan 1Malaysia membawa Padah
okt 27 09


Tengokpun dah boleh tahu kukuh ke tak jambatan gantung nih...


Slogan 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan benar-benar menjadikan kenyataan bila rakyat didahulukan mati bila pencapaian yang kononnya diutamakan dalam membina jambatan gantung yang baru siap telah runtuh dan dikhuatiri meragut hampir 22 nyawa pelajar sekolah rendah dalam perkhemahan yang dinamakan perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD kinta....apa nak kata....tapi biasalah BN nih bila dah berlaku walaupun nampak kepincangan dan rasuah berleluasa kata-kata akan siasat begitu sinonim dengan pemimpin negara ini....Zambry MB haram perak kata dia tali jambatan tak putus tapi konkrit penahan dia terbongkar keluar...apalah punya bangang MB nih....putus ke tak putus ke yang pastinya jambatan itu telah gagal fungsinya dan pembinaannya...macamanan boleh jadi macam ini...malas nak cerita...tapi itulah jenis kontraktor tahap kerajaan UMno BN nih....yang penting untung banyak soal lain tolak tepi....dah banyak dah berlaku bab-bab runtuh nih...Tapi mungkinkah ini tanda-tanda kerajaan haram perak juga akan runtuh...esok persidangan DUN tentunya akan menggamit seribu satu persoalan yang panas dan sensasi dengan cerita-cerita dahulu dan ditambah lagi dengan jambatan runtuh ini....apakah ura-ura kerajaan haram perak nak bubar dun terus tak jadi dengan kes baru ini...kita tunggu ajelah....






KAMPAR, 27 Okt (Bernama) -- Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semula dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak pada Selasa di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran