Thursday, September 3, 2009

Pakatan Mahu Hishamuddin DiPecat
sept 03 09

SHAH ALAM, Sept 3 — Selangor Pakatan Rakyat leader Xavier Jayakumar demanded Datuk Seri Hishammuddin Hussein to be sacked or step down from the Cabinet after the home minister appeared to favour those linked to last week’s cow-head protest.

Jeyakumar chided the Umno vice-president for interfering in police investigations by talking to those suspected of carrying out the bigoted Hindu temple protest, as cows are sacred in Hinduism.

“We ask for him to step down or be sacked as minister of internal affairs as he has broken the trust placed in him by Malaysians,” the Selangor state executive councillor said in a statement.

He noted that Hishammuddin had met with “a group who has no respect for other Malaysians and worse still, defends them, forgetting that he is the Minster of Internal Affairs of all Malaysians”.

Hisham’s (centre) overt support for the protesters in the cow-head protest has Selangor Pakatan leaders calling for his head. — Picture by Choo Choy May

“Can we now accept that anyone who is disrespectful of other Malaysians and is still under investigation, will be heard by the Minister himself,” the PKR man asked.

Other Pakatan Rakyat leaders have accused Umno of being behind the protest by Section 23 residents who are against the relocation of the 150-year-old Sri Mahamariamman temple from Section 19. The residents claim their area is a Malay-Muslim majority neighbourhood although the state says there is a significant presence of Hindus there.

In a sarcastic aside to the home minister, Jeyakumar said, “Hey — all you thieves, murderers, rapists, corrupt officials and whoever else can now turn to Hishammuddin before the Attorney-General decides what to do.”

He added that Hishammuddin had in the past “waved his keris inciting bloodshed, supported the arrest of lawyers who went to defend those detained by the police, arrested 580 people (this is a record) for standing up for their rights to protest against the ISA and now defends a group who is prepared to bring about racial unrest and bloodshed”.

“This shows that he has utter disrespect for the rule of law and uses his position and power for his own political gain,” he added.-malaysianinsider

Wednesday, September 2, 2009

Anwar Dah Jumpa 9 ADUN T'gganu
sept 02 09

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.

Wakil rakyat Hulu Besut, Nawi Mohamad hari ini mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan.

Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.

"Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya," katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.

"Yang sembilan orang itu tidak termasuk saya. Kalau sepuluh orang pun tidak termasuk lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak termasuk daripada 10 ADUN Umno yang bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu, April lalu.

Tidak lama selepas insiden yang mengejutkan itu, kedengaran ura-ura PKR mendekati beberapa ADUN Umno untuk meninggalkan parti dan menyertai PKR.
Chua Buat Dulu EGM
sept 2 09

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden MCA yang dipecat dari parti minggu lepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada hari Rabu mendakwa penyokongnya sudah memiliki tandatangan lebih 800 perwakilan pusat parti untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Dr Chua menerusi blognya berkata beliau sudah menemui anggota di peringkat akar umbi di Alor Setar dan juga Sabah, yang rata-rata kalangan mereka tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan parti memecatnya.

"Semasa kenyataan ini ditulis, tandatangan yang dikumpulkan sudah melebihi jumlah 800 yang diperlukan untuk mengadakan EGM. Saya berpendapat maklum balas yang diperolehi cukup memberangsangkan," katanya.

Menurutnya oleh kerana pihak penyokongnya yang mula dahulu mengusulkan supaya diadakan EGM, adalah lebih baik sekiranya Presiden Parti "menyatukan resolusinya ke dalam resolusi kami".

Beliau berkata resolusi bagi EGM yang digerakkan oleh Presiden masih belum diketahui sehingga ini, dan hasrat akar umbi perlu dihormati sekiranya demokrasi ingin dikembalikan dalam parti.

Dr Chua berkata Ong juga tidak seharusnya membabitkan EGM dengan isu-isu berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang yang menjadi tanggungjawab kementerian pimpinan Ong, dan bukannya berkaitan isu parti.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila beliau akan menghubungi setiausaha agung Datuk Wong Foon Meng untuk memanggil EGM bagi pihaknya.

Isnin lepas Wong diarahkan oleh Ong untuk memanggil EGM, dan beliau meminta perwakilan pusat parti untuk mencadangkan agenda buat EGM yang akan diadakan sebelum 30 Sept, menjelang Jumaat ini.

Penyokong Dr Chua sebelum ini berkata mereka akan berusaha mencari jalan untuk mengembalikan Dr Chua ke jawatannya dalam parti.
Sidang DUN Perak Lulus 3 Usul
sept 2 09

Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.

Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:

1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang dilantik oleh pakatan pembangkang itu yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.

Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama. Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Pada 27 Julai 2009, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya Speaker DUN, Datuk R.Ganesan dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lepas.

Usul yang dibawa oleh Mohammad Nizar diluluskan tanpa dibahas manakala usul tergempar oleh Nga dibahas oleh empat orang Adun sebelum diluluskan.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 26 Adun pembangkang daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi Rabu.

Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun pembangkang akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh Speaker Datuk R.Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.

"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya.
Kekecohan DUN Perak ProUMngok Tumpang Semangkuk
sept 2 09

Sekarang persidangan DUN sedang dijalankan di Hotel heritage.....



Kumpulan Pro-BN

Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.

Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.

Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.

Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.


Tokeyai

UMNGOK = BONGOK



Kecoh Polis Tangkap 3 Adun dan 100 penyokong PR
sept 2 09

IPOH: Polis menahan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak selepas cuba merempuh sekatan Unit Simpanan Persekutan (FRU) daripada masuk Jalan Medan Istana ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Yang pertama ditahan ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham jam 10.4 minit tadi diikuti Adun Simpan Pulai, Chan Ming Kai yang ditahan jam 10.07 pagi dan tiga minit kemudian Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh.

Sebelum itu, kumpulan kira-kira-kira 20 Adun Pakatan Rakyat, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan 100 penyokong berarak menuju ke bangunan berkenaan bagi mengadakan Sidang DUN.

Road Block ke SUK Perak
sept 02 09

Policyal ini yang halal diharamkan yang haram dihalalkan betul-betul haramjaddaheylah...sidang dun perak mesti bersidang hari ini sebab tempoh 6 bulannya dah nak expired kalau tak bersidang jugak dun perak akan terbubar dengan sendirinya...sebab tu sebagai kerajaan yang dipilih melalui undi rakyat kerajaan PR perlu bersidang supaya dun tidak terbubar seandainya rayuan DS Nizar dimahkamah Persekutuan diterima oleh mahkamah jadi Umno tidak ada alasan untuk menentang keputusan mahkamah dengan mengatakan kerajaan PR telah terbubar kerana tidak bersidang dalam tempoh 6 bulan dan begitulah sebaliknya....tokeyai pun tak faham kenapa umno tak bersidang tak takut ke dun akan dibubarkan jika tak bersidang dan sepatutnya PR biarkan aje dia terbubar dengan sendirinya bukankah itu yang ditunggu-tunggu selama ini...

IPOH, 2 Sept: Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini.

Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.

Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.

Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.

Lebih 300 anggota polis dilihat berkawal di kedua dua pintu masuk ke bangunan tersebut termasuk yang berpakaian biasa.

Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.

Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini. -harakah

Image

Image

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran