Showing posts with label zaid ibrahin. Show all posts
Showing posts with label zaid ibrahin. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

ZAID ULANGI PENDIRIAN TIDAK BERTANDING

Dah potang...potang nie...mulalah terbayang cendol...abc....sirap bandung....takpo...takpo...cubaaan.....


sedap tak abc nie.....emmmmmm


Zaid: Saya tiada hasrat tanding sebarang jawatan dalam PKR



KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Anggota Majlis Tertinggi PKR Datuk Zaid Ibrahim menolak laporan media bahawa beliau akan bersaing pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu hujung tahun ini.
Bekas menteri persekutuan ini menegaskan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan sebaliknya hanya menerima tanggungjawab yang diberikan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya mahu respons kepada laporan media bahawa saya akan bertanding jawatan timbalan presiden Keadilan pada pemilihan akan datang,” kata Zaid dalam satu kenyataan.
“Laporan ini tidak benar kerana saya tiada apa-apa rancangan untuk bertanding sebarang jawatan parti,” kata beliau.
Kata Zaid, keutamaan beliau ialah memperkukuhkan Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam memastikan kemenangan ketika pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Presiden  PKR Senator Dr Syed Husin Ali sebelum ini pernah mengatakan bahawa tidak akan mempertahankan jawatannya jika pucuk kepimpinan menerima hasrat beliau.
Antara yang disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua itu ialah Mustaffa Kamil Ayub, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mustaffa dan Azmin merupakan Naib Presiden PKR.
Azmin pernah dicalonkan untuk jawatan itu pada pemilihan sebelum ini tetapi menarik diri daripada bertanding.
Minggu lalu, Mustaffa berkata beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan timbalan presiden ataupun tidak dan masih menunggu maklum balas daripada bahagian-bahagian.
Pemilihan pucuk kepimpinan pusat akan diadakan Oktober dan November ini.
Ini kali pertama pemilihan diadakan secara langsung dengan setiap ahli akan mengundi.-tmi

Wednesday, July 7, 2010

ZAID BERI PENJELASAN

Itunamanya tok zaid...kerajaan dungu....suratkhabar dia hentam orang boleh....buat fitnah boleh....tapi bila suratkhabar orang hentam dia balik....siap kena gantung permit lagi....tak pa bagi diaorang can setahun dua nie....menang pakatan nanti kensel terus permit utusan.....biar diaorang raso....bercakap tanpa suara...


Utusan dah start dah….

Pgoosted July 7, 2010 by myzaidibrahim
 

UMNO telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi  apa-apa laporan tentang diri  saya, apatah lagi nak masuk gambar. Bila mereka berbuat demikian ertinya; sudah sampai masa  saya akan di pukul dan dibelasah. Kerja akhbar Gestapo.  Lagi besar gambar itu maknanya lagi teruk mereka akan belasah saya, secara besar-besaran. Hari ini ada gambar saya dengan Raja Petra dan mereka membuat kesimpulan bahawa kerana hubungan ini maka PKR-lah atau parti Keadilanlah yang sponsor atau bantu Raja Petra dari segi Kewangan. Menteri Nazri kata dia ada bukti PKR beri wang kepada Raja Petra. Mengapa Utusan tak tunjuk bukti itu? Kita pun nak tahu kerana setahu saya parti saya ini tak ada duit, kais pagi makan pagi. Tak usah nak guna andaian untuk membuktikan sesuatu yang memang sudah ada bukti jelas dan kukuh. Lainlah kalau mereka tak ada bukti, lalu perlulah mereka membuat tohmahan dan dakwaan palsu.
Saya baru bertemu dan makan ais kacang dengan Petra dan Bala. Saya tanya mereka mengapa tidak mahu balik ke Malaysia. Mengapa mereka berada di luar negara. UMNO telah menuduh mereka buat kesalahan dan lari kerana takut kepada tindakan Mahkamah. Mereka menjawab serentak. Mereka akan balik ka Malaysia kalau mereka tidak akan kena ISA. Siapa boleh beri jaminan? Mereka takut mereka kena tahan dan diseksa sampai mati. Mereka takut kena bom C4. Mereka adalah dua insan kerdil yang takut kepada kerajaan yang ada sekarang. Saya amat faham ketakutan mereka. Saya sendiri berasa takut, entah apa pula yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Tetapi apa yang rakyat mesti ingat ialah: kedua-duanya, Petra dan Bala, tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Polis tidak pernah mengambil apa-apa tindakan untuk membawa mereka pulang. Jadi, jelas bagi saya mereka tidak bersalah. Jadi mengapa Utusan  cuba mengelirukan Rakyat dan menimbulkan persoalan yang tidak relevan, mengenai hubungan saya dan mereka. Yang relevan dan perlu dipersoalkan ialah kenyataan mereka bahawa kes Altantuya itu ada kaitan dengan orang lain yang Maha Berkuasa dan perlu disiasat. Jadi usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka  untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini? Dan sanggupkah Kerajaan memberi jaminan keselamatan ke atas mereka supaya mereka dapat pulang? Inilah yang sepatutnya menjadi persoalan dan perbincangan. Bukan mengapa saya jumpa Petra dan mengapa saya makan ais kacang  dengan beliau.
Lagipun PM Najib kena ingat, pilihan raya akan datang akan berkisar kepada soalan mengenai watak dan sifat pemimpin yang macam mana yang rakyat perlukan. Cara PM Najib cuba menutup Bala dan Petra tidak akan menguntungkan dia. Rakyat mahu pembangunan, itu betul. Rakyat mahu kemudahan asas, betul. Tetapi Rakyat juga mahu pemimpin yang tidak terlibat dengan kekejaman, yang tidak memperlihatkan ciri menyalahgunakan kuasa, dan yang tidak mentadbir negara ala gestapo. Rakyat mahu Kerajaan dan pemimpin yang telus dan sederhana, dan yang tidak menakutkan mereka. Menteri Hishamuddin, cukuplah bermain wayang. Janganlah pula hendak menyalahkan Kerajaan Britain mengatakan ia tidak mahu bekerjasama. Di England ni, tangkapan hanya boleh dibuat kalau orang itu buat salah, bukan macam Malaysia. Kalau Britain tidak mahu extradite seperti yang Menteri kata, itu ertinya Raja Petra tidak melakukan apa-apa kesalahan. Janganlah pula kata Britain tidak memberi kerjasama.-zi

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran