Showing posts with label timb menteri. Show all posts
Showing posts with label timb menteri. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

SARAVANAN AKHIRNYA MENOLAK DAKWAAN TIDAK BERMORAL

Kata orang tak tumbuh tak melata...tak ada angin masakan pokok bergoyang....siapa makan cili dia terasa pedas.....yang den peliknya macamana dia boleh terasa....tak ada orang sebut nama dia pun.....cuma seorang timbalan menteri.....timbalan menteri banyak.....kenapa dia sorang pulak yang over....terasa pedas kot....


Saravanan: Dakwaan saya dalangi aktiviti tidak moral motifkan politik


KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan menganggap laporan kononnya beliau merupakan dalang kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan mengedar dadah sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya. “Saya melihat tindakan mereka ini bermotifkan politik... mereka mahu merosakkan nama saya, MIC,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau yang pulang dari Chennai malam tadi berkata tindakan membangkitkan perkara seumpama itu dan mengaitkananya dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sesuatu yang baru.
“Mereka melakukan macam ini sudah lebih 10 tahun, saya percaya mereka akan terus buat seperti ini. Jadi saya tidak risau...,” kata Ahli Parlimen Tapah ini.
Wakil rakyat penggal pertama itu juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persektuan dan Kesejahteraan Bandar.
Semalam Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berpendapat dakwaan itu sebagai satu tohmahan, tetapi akan tetap menyiasat laporan kononnya seorang timbalan menteri merupakan dalang kegiatan pelacuran.
Laporan dibuat oleh seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu.
Bakri berkata beliau menganggap laporan itu sebagai satu tohmahan kerana ia bukannya dibuat oleh mangsa sendiri tetapi oleh orang ketiga yang mendakwa mendapat emel daripada mangsa.
“Kita tidak tahu siapa mangsa yang didakwa itu. Namun kita akan tetap menyiasat, dan jika perkara itu betul, kita akan lakukan tindakan seterusnya,” katanya.
Ahli politik Pakatan Rakyat itu membuat aduan mendakwa Saravanan terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.
Ahli politik terbabit membuat laporan polis berdasarkan surat dan emel yang diperoleh daripada seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa timbalan menteri itu, yang turut didakwa terlibat dalam kegiatan dadah dan menggalakkan gangsterisme sekitar tahun 2000 dan 2001.
Bakri berkata polis belum bercadang untuk memanggil timbalan menteri berkenaan untuk memberikan keterangan.
Ditanya sama ada polis telah memanggil beliau untuk siasatan, Saravanan berkata, beliau baru kembali dari India.
Bagaimanapun kata Saravanan, beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
“Biar polis menjalankan siasatan, lagi pun ini bukan kali pertama dakwaan macam ini dibangkitkan,” kata beliau merujuk kepada dakwaan yang pernah dibangkitkan ketika namanya dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum 2008.
Malah isu yang sama dibangkitkan ketika pemilihan parti September lalu.
“Walaupun ini bukan dakwaan baru, tetapi saya pelik mengapa ia dibangkitkan semula sekarang,” kata beliau yang mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC tahun lalu.
Ketika ditanya sama ada terdapat musuh dalam parti yang cuba mengungkitkan isu ini semula, Saravanan berkata, beliau tidak menyedari kemungkinan tersebut.
Pada 8 Mac 2008, beliau mengalahkan calon PKR Tan Seng Toh dengan majoriti 3,020 undi.-tmi

Friday, May 21, 2010

ROMBAKAN KABINET KJ JADI MENTERI?

Kalau betul menggelupurla ParpuKariok...sebab dia ni blogger umno yang paling ganas menghentam KJ jangan lepas ni dia pegi jilat bontot KJ pulak...ala biasala orang umno lebih-lebih lagi jenis kari nie...mukhriz pulak gerenti dok jeling najib.....rosak plan aku....

Desas desus bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi, sekali lagi bertiup kencang.

Akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Woh membuat spekulasi hari ini bahawa rombakan buat kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diadakan sebelum 7 Jun ini - tarikh sidang Dewan Rakyat bersambung semula.

Rombakan sama ada secara besar-besaran mahupun hanya kecil dilihat tidak boleh dielakkan.

Antara kekosongan itu termasuk mengisi jawatan timbalan menteri pengangkutan, berikutan kematian Datuk Robert Lau dan jawatan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang dikosongkan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun.

Friday, October 23, 2009

Siapa Timb Menteri Dicekup Berkhalwat Dgn Puteri Umno
okt 23 09

Dun wori bro MSO nanti tokeyai guna kabel kat puteri umno kalau betullah...

Isteri Tangkap Suami Berdua-duaan Dengan Puteri Umno

HARI ini hari kedua sidang parlimen. Seorang teman datang menjemput di rumah tepat jam 1:00 petang untuk ke parlimen. Terima kasihlah. Saya tahu kenapa dia rajin nak jemput kerna nak tahu cerita sansasi yang dipostkan dalam blog saya kelmarin.

Memang cerita itu sansasi. Apa tidaknya saya menerima lebih 130 call dari malam membawa ke siang dan berjujut pertanyaan masuk dalam email dan FB. Orang penting dari Kelantan juga turut sama menelefon saya bertanya khabar? Memang hangat!

Dicelah itu timbulkan kononnya saya buat cerita. Kisah Exco tumbuk tetamu raya itu sebagai rekaan dan fitnah, konon untuk memburukkan Exco berkenaan. Adalah dua tiga penggongong politik menafikannya secara sambrono. Seorang rakan penulis yang berada di parlimen semalam memberi tahu dia berdepan dengan seorang jurucatat sebuah parti oposisi. Jurucatat ini menjelaskan kepadanya bahawa apa yang saya catatkan dalam blog adalah tidak benar. Bagaimana pun dia yang berada di majlis rumah terbuka mengakui tidak menyedari kalau ia berlaku.

"Tak apalah kalau tidak benar. Cuma kalau boleh tolong tanya orang berkenaan (tetamu) yang jadi mangsa itu. Telefon sendiri...dan tanya apa yang telah berlaku. Apakah gurauan tumbuk perut atau tumbuk muka!" saran saya kepada kawan itu yang begang dengan jurucatat parti berkenaan.

Bebalik kepada kawan yang menjemput tadi, saya ingat dia rajin mengambil saya kerana ingin mengetahui kisah itu selanjutnya. Tetapi meleset. Dia tidak mahu tahu cerita yang tidak bermoral dan menggambarkan kecetakan akhlak si pelaku itu. Sebaliknya ada cerita lain yang beliau ingin kongsikan dengan saya.

"MSO tahu timbalan menteri yang baru dilantik, yang isterinya seorang laywer?" begitulah kawan itu memulakan cerita yang kabur dan tidak diketahui apa maksudnya.

"Kenapa?" saya merasa pelik.

"Masa perhimpunan agung Umno baru ini, seorang isteri timbalan menteri telah tangkap suaminya yang sedang berdua-duanya dengan seorang puteri Umno. Kejadian ini katanya berlaku di hotel Panfasific..?" ceritanya.

Saya menjebeh mulut. Kepala melayan ke muka-muka menteri kabinet, kemudian ke muka muka timbalan menteri kabinet.

"Sapa hah?" aju saya pula kepadanya. Cerita ini menarik dan lebih menarik daripada usaha Umno untuk membaiki pulih parti berkenaan. Cerita ini kalau terdedah boleh menenggelamkan ajakan Najib Razak untuk membangkitkan semula Umno.

"Itulah kita pun duk cari, siapa timbalan menteri berkenaan, dan siapa isterinya," katanya. Cerita ini belum tersebar luas lagi, MSO..." katanya. "Tapi sudah ada beberapa yang tahu dan berbau mengenai cerita ini," tambahnya. Saya faham dengan kata-katanya itu. Dia mahu saya nukil dalam blog dan hebahkan.

"Boleh diblogkan?" saya minta izin sebab ini skop. Biasanya maklumat seperti ini menjadi rebutan penulis dan wartawan serta para broker politik. Walaupun cerita ini tidak ada moral tetapi ada manfaatnya kalau ia didedahkan. Sekruang-kurang umum akan tahu dalam riuh rendang persidangan untuk membangun bangsa dan agama itu, ada perwakilan yang melakukan kemungkaran.

"Boleh..." kawan itu memberi izinkan bila mana saya kata saya tulis dalam blog.

Mulanya saya tidak bercadang untuk memblogkan kisah ini. Tetapi apabila sampai di parlimen beberapa orang lain turut bertanyakan hal ini menjadikan berminat pula untuk memblogkannya. Manalah tahu selepas ini kalau ada sesiapa yang mengetahuinya lebih detail akan memberi informasi.

Seperti mana kisah Exco tumbuk tetamu itu, saya sudah menerima dua kepingan gambar yang berkaitan dikirimkan kepada saya.

Gambar itu jelas dan terang sekali. Bagaimana tetamu itu bersalam penuh mesra dengan Exco berkenaan yang berbaju Melayu, tidak berkupiah dan bersongkok dengan wajah berkedut. Mungkin selepas persalaman itulah maka pwok.... penumbuk dilepaskan ke muka tetamu berkenaan.

Marilah kita tunggu kisah isteri timbalan menteri tangkap suaminya ini pula. Saya yakin selepas ini maklumat penuh akan diperolehi. Adapun tujuan ia dicatat di sini untuk memberi peringatkan kepada semua kita jangan sesekali terjebak dengan kejahatan. Walaupun kemungkaran itu dilakukan dalam bilik, dalam gelap tetapi ia akan dapat dihidu juga.
-MSO

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran