Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Thursday, July 23, 2009
Siasatan Siap Minggu depan sebelum inkues - Polis
Siasatan polis berhubung kematian Teoh Beng Hock dijangka siap sebelum inkues bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang exco Selangor itu bermula minggu depan.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis berhubung kes itu kini tinggal 10 atau 15 peratus untuk dibereskan, dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum inkues bermula minggu depan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menutup Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kontinjen Selangor di sini lewat malam tadi, lapor Bernama.
Kabinet semalam memutuskan supaya satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah.
Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Khalid berkata dua ahli patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Teoh dan melawat tempat kejadian di Plaza Masalam semalam, sudah "membuat satu kesimpulan" berhubung kes itu.
Beliau berkata polis tidak akan membuat apa-apa saranan kepada SPRM dalam soal berkaitan cara soal-siasat yang diguna pakai oleh suruhanjaya itu.
"Kami akan serahkan kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti cara soal siasat yang digunakan oleh SPRM. Suruhanjaya itu mempunyai terma-terma rujukan yang jelas," katanya.
Khalid juga berkata telefon bimbit milik Teoh masih berada di tangan polis.
"Kami hendak jejaki panggilan yang dibuat oleh Teoh sebelum dia memberi keterangan kepada SPRM, dan SMS yang diterimanya sebelum dia ditemui mati," katanya.
Menurutnya lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari tempat letak kereta Plaza Masalam dan kawasan lif didapati konsisten dengan kenyataan yang diberikan saksi-saksi sehingga ini.
Kes Teo:Polis didakwa mahu 'melepaskan' SPRM
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Peguam keluarga Teoh Beng Hock yang terbunuh ketika masih berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Lim Lip Heng dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai mendakwa pihak polis mahu "melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban" ekoran kejadian itu.
Iklan | |
| | |
Menurut Lim yang juga Ahli Parlimen Segambut, dalam siasatan ke atas tunang dan ahli keluarga Teoh, pihak polis ingin tahu adakah mendiang berada dalam keadaan tertekan, melakukan tindakan-tindakan yang boleh membunuh dirinya atau menghadapi masalah kewangan.
"Tetapi keluarga (Teoh) menafikan semua itu. Teoh ceria dan tidak ada masalah di tempat kerja. Teoh tidak ada masalah kewangan, bergaul dengan baik dengan setiap orang dan dalam persiapan untuk perkahwinannya," kata beliau.
Teoh adalah setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Lim juga memberitahu, pihak polis juga mengemukakan "soalan yang menarik" kepada tunang Teoh, Soh Sher Wei iaitu sama ada Teoh menukar kasutnya setiap hari.
Ia berkaitan dengan pendedahan pegawai penyiasat bahawa kasut Teoh kelihatan terkoyak-koyak ketika mayatnya ditemui.
"Mereka bertanya adakah Teoh mempunyai banyak pasang kasut dan kasut saiz apa yang dipakainya... tunang Teoh memberitahu bahawa Teoh mempunyai beberapa pasang kasut dan beliau jarang menukar kasutnya melainkan rosak tetapi pada hari yang malang itu beliau memakai kasut baru," kata Lim.
Seorang lagi peguam, Eric Tan Pok Shyong mendakwa, kebanyakan soalan polis difokuskan kepada kemungkinan Teoh tidak terbunuh akibat tindakan pegawai-pegawai SPRM.
"Contohnya, mereka bertanya tentang karakter Teoh, pernahkah beliau merungut tentang kerjanya sebelum mati, dan cuba mengaitkan dengan kerjanya dan kemungkinan beliau membunuh diri akibat tekanan tersebut," kata beliau.
"Mereka juga bertanya adakah Teoh menghisap rokok. Saya meneka satu-satunya sebab mereka bertanya soalan tersebut adalah untuk cuba menyimpulkan bahawa beliau mungkin terjatuh dari tingkap ketika menghisap rokok di situ," katanya.
Bagaimanapun, kelurga Teoh menolak kemungkinan beliau membunuh diri.
"Dan juga, Teoh bukan seorang perokok," katanya.
Isnin lalu, ketika menjawab soalan tentang kemungkinan Teoh jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata: "Kemungkinan besar."
Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.
Ahad lalu, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.
Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan Teoh memasuki bangunan tersebut jam 5.15 petang Rabu.
Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.
Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.
Tokeyai
Kita harap polis tak melakukan hal itu kerana banyak pihak nak siasat kes ini... suhakam,inkues awam juga suruhanjaya diraja jadi polis jangan sampai terperangkap nanti tak pasal-pasal polis pulak yang kena tangkap...
Wednesday, July 22, 2009
Akhirnya Suruhanjaya Diraja ditubuh kerajaan tunduk kepada tekanan rakyat
Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock.
Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.
Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Dalam sidang media yang dinanti-nantikanitu, Najib juga berkata, beliau sendiri akan memaklumkan keputusan siasatan tersebut kepada keluarga Teoh apabila ia telah selesai.
"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencari kebenaran. Saya juga akan memaklumkan sendiri kepada keluarga saudara Teoh hasil siasatan ini nanti," katanya di Putrajaya.
Sementara menunggu keputusan siasatan, Najib menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menimbulkan tanggapan yang salah.
Beliau turut menafikan kabinet mendapat tekanan berhubung kematian misteri Teoh sehingga memutuskan menubuhkan inkues dan suruhanjaya diraja bagi menangani perkara itu.
Ditanya berhubung tempoh masa yang ditetapkan kabinet bagi
menyelesaikan siasatan kes itu, Najib berkata, siasatan polis dan
suruhanjaya diraja dijangka dapat diselesaikan "secepat mungkin".
Sementara inkues pula bergantung kepada keputusan majistret, tambahnya.
Mengulas status siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna
peruntukan DUN Selangor di kalangan ADUN Pakatan Rakyat, Najib berkata, ia akan diteruskan seperti biasa dengan kumpulan penyiasat yang baru.
"Setiap dakwaan salah laku akan disiasat SPRM. Kita tidak buat sebarang keputusan menggantung siasatan tersebut," katanya.
Beliau menafikan siasatan SPRM telah digantung susulan
berlakunya kematian Teoh.
Tokeyai
Suara rakyat adalah suara keramat dia lah raja yang sebenarnya dan apabila semua lapisan suara berkumandang disegenap penjuru kerajaan akhirnya akur kepadanya kalau dari awal ditubuhkan SD ini keadaan mungkin tidak akan sekecoh sekarang....kenapa nak tunggu najib balik baru nak buat muhyiddin tak boleh handle ke...takut TPM lebih ngetop dari PM ke...laaaaa...
Modus Operandi penaklukkan.....
Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan... tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.
Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.
Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.
Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.
SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.
Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.
Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.
Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.
Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.
Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.
Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.
Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?
Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.
Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.
Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.
SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.
SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.
Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.
Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.
Tokeyai
Video tu nampak real lah...ntah ntah betul tak sebagaimana yang digambarkan....ishh ngerinya
Tuesday, July 21, 2009
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat dengan terperinci kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock Khamis lepas, kata Pesuruhjayanya Datuk N. Siva Subramaniam.
Beliau berkata, siasatan itu meliputi dakwaan beberapa individu yang mereka dicederakan anggota polis ketika berdemonstrasi Jumaat lepas di hadapan Plaza Masalam di mana Teoh dijumpai mati tertiarap.
"Suhakam akan menjalankan siasatan bebas terhadap keduadua kejadian ini dan segala keputusan sama ada inkuiri awam dibuat akan diketahui selepas mesyuarat kami diadakan bulan hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada beberapa individu yang mendakwa dicederakan polis semasa demonstrasi berkenaan di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.
Siva berkata, hak asasi orang awam perlu dikekalkan dan dipatuhi ketika penyiasatan dilakukan mana-mana badan atau pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Menurut Konvensyen Terhadap Penderaan dan Kekejaman Lain, Tidak Berperikemanusiaan atau Layanan Buruk atau Hukuman, penderaan membabitkan apaapa tindakan dikenakan terhadap seseorang bagi mendapatkan daripadanya atau orang ketiga maklumat atau keterangan dengan izin atau persetujuan daripada seorang pegawai awam atau individu lain yang bertindak dalam kapasiti rasminya.
Teoh, 30, ditemui mati pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14.
Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini. BERNAMA
Tokeyai
kalau dah sampai suhakam bertindak untuk menyiasat kematian teo tentu mereka ada asas yang kukuh untuk berbuat demikian semoga inkuiri awam ini akan menjadi kenyataan suruhanjaya diraja juga menjadi kenyataan dan semoga polis siasat betul-betul supaya laporan mereka tidak bercanggah dengan laporan kedua-dua badan tersebut...
RAKYAT MALAYSIA JGN TUDUH-TUDUH NANTI KENA TANGKAP
| Kes Teoh: Ada pihak cuba cetus ketegangan, kata Musa | |||
| |
Setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati beberapa jam selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.
Musa ditemui di komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika sedang menunggu kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.
Ditanya tindakan polis jika ada pihak memutarbelitkan faktor, beliau berkata: "Dalam memfitnah, memghasut orang, kita akan ambil tindakan."
"Kita akan siasat dulu, kita akan ambil tindakan mengikut faktor siasatan."
Ditanya sama ada kematian Teoh menimbul ketegangan dalam masyarakat, Musa berkata:
"Keadaan biasa, tidak tegang, tetapi ada yang cuba buat tegang, kita akan ambil tindakan."
Ditanya mengenai komponen tingkap yang ditemui polis di tempat Teoh ditemui mati, Musa berkata: "Kita sedang siasat".
Beliau berkata, siasatan terhadap kematian Teoh masih 60 peratus.
Tokeyai
Kita bukan menuduh sekadar memberi panduan dan pandangan kepada polis agar cepat,cekap dan betul serta profesional bukan sebaliknya...tak boleh ke PDRM dan SPRM dalam menjalankan tugas mengamalkan sikap berkecuali,neutral dan profesional dan bukan dilihat lebih memihak kepada kerajaan UMNOBN...itu yang rakyat mahu sebenarnya..
Monday, July 20, 2009
BILA BOSS SPRM BERSUARA
Tiba-tiba hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.
"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sedang yang pertama kali membuat kenyataan mengenai kematian Teoh Beng Hock adalah Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull sendiri yang berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini. Ditanya sewaktu itu bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang (dipercayai tukang cuci bangunan tersebut) tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.
Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.
Oleh kerana Datuk Shukri hanya mengutara dua kemungkinan iaitu "terjatuh atau terjun" maka itulah sebabnya ia menimbulkan kemarahan rakyat kerana ia samasekali tidak dapat diterima oleh rakyat berdasarkan keadaan mayat yang ditemui yang tidak menunjukkan sebarang kecederaan fizikal yang sepatutnya ada jika Teoh terjatuh atau terjun dari tingkat 14 ke tingkat 5.
Ahmad Said berkata lagi kes penyalahgunaan peruntukan negeri yang disiasat SPRM itu hanyalah kes biasa dan bukannya kes besar sehingga boleh menimbulkan kematian.
"Bukan kerja kami hendak siasat sampai buat (kematian) macam itu sekali...kes biasa sahaja," katanya.
Ahmad Said berkata laporan sesetengah media didapati cuba mengeruhkan keadaan dan mewujudkan perselisihan faham dan tanggapan bahawa SPRM punca kematian Teoh.
"Jangan cuba wujudkan perselisian faham dan sensitiviti kaum...saya pun secara peribadi hendak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya," katanya.
Tokeyai
Bila Teo dah disemadi baru mamat ni muncul dan bersuara mana pegi selama ini menyorok ke...kalau kes biasa takkan soal orang dari petang sampai dah dekat subuh lama tu nak korek-koreklah tu dek terlampau nak korek-korek maklumat samapaikan teo jatuhpun sampai terkoyak seluar dia...sampai tak ada darah...pelik-pelik cuba tengok gambar ni

| Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui-Polis | ||
|
Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.
Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.
Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.
Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut - yang diselubungi pelbagai persoalan.
Tokeyai
Maknanya teo masih didalam bangunan bukannya dibunuh diluar dan mayatnya diletakkan disitu... jika didalam siapa yang bersama teo tentu SPRM...persoalannya apakah teo mengigau dan lompat keluar tingkap jika begitu kenapa seluarnya koyak dipunggung dan kenapa tiada darah ditempat kejadian atau adakah teo mati ketika disoalsiasat dan mayatnya diletakkan disitu...buntu-buntu kepalo tokeyai
SIKATAK MENGONG-ONG PANGGIL HUJAN
KUALA LUMPUR 19 Julai - Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan ahli politik mendesak pakatan pembangkang menghentikan segala tohmahan dan tuduhan yang keterlaluan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay sia (SPRM).
Mereka juga menyifatkan tindakan pakatan pembangkang sebagai melampau apabila mengemukakan pelbagai tuntutan termasuk desakan ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima, Plaza Masalam, Khamis lalu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pakatan pembangkang tidak sepatutnya melatah dengan mendesak kerajaan membuat pelbagai perkara sedangkan siasatan kes tersebut sedang dijalankan.
''Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan dan sesudah siasatan selesai, jika masih tidak puas hati barulah buat perhimpunan atau tuntutan.
''Sekarang belum apa-apa lagi sudah buat tuntutan dan perhimpunan. Lama-lama setiap orang yang mati kena tubuh suruhanjaya. Berapa ramai polis mati dan orang Melayu yang mati secara pelik, tidak ada orang buat perhimpunan dan tuntutan pun selama ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, tidak ada sebab bagi SPRM untuk membunuh Beng Hock kerana mendiang merupakan aset untuk membongkar penyalahgunaan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
''Mungkin Beng Hock tertekan dengan apa yang telah berlaku merupakan satu penyalahgunaan kuasa. Macam-macam boleh berlaku.
''Tetapi pembangkang sudah eksploitasi isu ini seolah-olah hendak jadikan isu perkauman,'' katanya.
Tambah Ibrahim, pembangkang sebenarnya ingin mengalihkan pandangan rakyat kerana mereka disiasat SPRM.
''Ada juga dalang besar di belakang yang hendak alih isu ini juga,'' katanya.
Polis siasat pejabat SPRM
POLIS membawa beberapa dokumen dan komputer dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, semalam. |
Kumpul bukti kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor
SHAH ALAM: Polis semalam mengambil beberapa lagi bahan bukti termasuk dokumen dan perkakasan komputer dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam di sini, bagi membantu merungkai misteri kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
SPRM pula menangguhkan sementara siasatan kes salah guna peruntukan membabitkan 12 Ahli Dewan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor supaya tidak mengganggu siasatan polis berhubung punca kematian Teoh.
Tokeyai
Pelik bin ajaib dah nak dikebumikan mendiang Teo dan dekat seminggu kematiannya polis semalam baru menyerbu pejabat SPRM apa dah jadi ni....macamana dengan bahan-bahan bukti penting yang boleh membantu siasatan sepanjang tempoh itu jika ada dan hilang atau dimusnahkan oleh SPRM atau pihak-pihak lain....pelik pelik polis malaysia ni nampak gayanya kena panggil FBI ni....dah polis kita slow macam tu....
Saturday, July 18, 2009
GEMPAK:PDRM SIASAT SPRM
17 kena soalsiasat
Polis telah mengambil kenyataan daripada 23 saksi, termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati Khamis lalu selepas memberi keterangan kepada SPRM.
"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, lapor Bernama.
Khalid berkata polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.
Bercakap kepada media di Kuala Langat, beliau berkata satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.
Sementara itu, Khalid berkata, keputusan awal laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh mendapati dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.
Bagaimanapun katanya, polis belum menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kematian Teoh yang merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Khalid berkata, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.
"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi. Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," katanya.
Tokeyai
Siasat betul-betul beb sampai kelubang cacing biar kasi FBI CIA respek sama polis malaysia..
Teo Beng Hock mati jatuh dari paras tinggi
BANTING 18 Julai — Keputusan awal bedah siasat mendapati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30, adalah kerana pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan di luar badan mangsa.
“Siasatan kita kini menjurus kepada bagaimana dan punca Beng Hock terjatuh dari bangunan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kematian mendiang yang mayatnya ditemui kira-kira pukul 1.30 petang di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam petang kelmarin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan menimbulkan tanya tanda. - Utusan
Tokeyai
Inilah standard polis malaysia belum apa-apa dah buat andaian dan kenyataan yang bukan sahaja menaikkan darah orang bahkan akan mengganggu siasatan laporan post mortem pun belum tau lagi dia dah buat kesimpulan kalau nak tunjuk terer pun tunggulah semua laporan keluar baru cerita...lagi satu yang tokeyai pening kepala mula-mula dia kata ada pelbagai kecederaan akibat jatuh lepas tu kata tiada sebarang kecederaan diluar badan teo mana satu yang betul ni cedera akibat pergelutan kot lain kali cakap biarlah terang...tapi mana ada orang jatuh tak cedera lebih-lebih lagi jatuh macam mendiang Teo tu tentu ada banyak kesan kecederaan yang boleh menghapuskan kecederaan asal itu semua kemungkinan yang boleh berlaku....ni yang last punya tokeyai nak tanya polis-polis biasa macam tu boleh ke mendahului pakar forensik pakar patologi dan pakar bedah dalam menentukan penyebab kematian seseorang...macamana jika keputusan pakar-pakar ni berbeza dengan kenyataan ketua polis ni tak ke bangang tu namanya....
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-
