Showing posts with label taib mahmud. Show all posts
Showing posts with label taib mahmud. Show all posts

Friday, August 13, 2010

LAGI PASAL BAKUN DAN KEKAYAAN TAIB MAHMUD

Taib mahmud nie dah betul-betul kaya anak beranak....dah memang wajar disingkirkan dari kerusi KM...dia dah lama pegang jawatan tu....lebih dari Dr M....orang sarawak bukalah mata dan pikiran anda....jangan terus dok kayakan sitaib mahmud nie.....

MR300 million. Taib awarded the contract to his own company

The Chief Minister is hiring himself

Sarawak Report would therefore like to point out to readers that every time the Chief Minister/Finance Minister/Planning Minister issues a ‘negotiated contract’ in favour of CMS Sarawak, he is in fact taking the opportunity to hire himself.  Thus he hires himself annually to carry out most of the road-building and other projects granted by the Public Works Department (at a yearly budget of around half a billion ringgit).  Likewise he hired himself to build the new Parliament Building (cost RM 300 million) and he also hired himself to work on the Borneo Convention Centre Borneo Convention Centre Kuching (contract awarded in 2006 worth RM 195 million) and Sarawak Energy Berhad headquarters (RM 232 million).  Not to forget that he also of course hired himself to build the Bakun Dam (a project that was financed by MYR 5.75 billion raided from the state pension fund).  As the new dam-building programme is laid out across Sarawak, flooding vast areas and displacing hundreds of thousands of people, we can be sure that the lion´s share of the construction contracts will be handed out to CMS Sarawak – because Abdul Taib Mahmud always hires himself!
Readers of Sarawak report are welcome to add to the list of government contracts that have been issued by the Chief Minister to himself as the chief shareholder of CMS Sarawak.  We would not wish to over-burden the reader in the main body of the article! What is clear is that the Taib family shares in the company are worth over half a billion ringgit, based on its current share value.  The steady flow of government contracts are designed to ensure the company retains that value.
What is plain is that each and every taxpayer in Sarawak and every public pensioner too is bearing a heavy, personal price for the fabulous wealth of the Taibs and their Godfather boss, the ‘Chief CEO’ of Sarawak.  Their poverty has produced his wealth.-sarawak report
INI PASAL BAKUN - KERAJAAN TAIB NAK BELI PROJEK INI
Ramai yang menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa projek terbesar dan paling kontroversi di Malaysia - empangan Bakun - selepas pembinaan selama 16 tahun - akhirnya akan siap sepenuhnya Disember ini.

Bagaimanapun, masalah yang membelenggui empangan konkrit kedua terbesar di dunia itu masih jauh daripada selesai.

bakun dam scale model of completed project 301007Sebaliknya, kemelut itu dilihat mencetuskan ketegangan antara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutuan dalam rundingan tarif elektrik yang bakal dikenakan.
Sesetengah pihak pihak bimbang kerajaan negeri akan menggunakan kuasanya ke atas empangan itu bagi menuntut tarif yang lebih rendah.


Tetapi Sarawak Hidro Bhd milik kementerian kewangan - pemilik penuh empangan itu - mengetepikan spekulasi itu.
Jalan buntu



Menurut laporan media, rundingan pembelian tenaga elektrik antara Sarawak Hidro dan syarikat tenaga yang dimiliki kerajaan Sarawak Energy Berhad telah menemui jalan buntu.


Sarawak Energy dikatakan cuba mendapatkan tarif yang lebih murah dalam lingkungan antara enam tujuh sen bagi setiap kWh - jumlah yang lebih rendah berbanding kadar 10 hingga 15 sen per kWh yang dituntut oleh Sarawak Hidro bagi menampung perbelanjaan kos projek empangan itu yang telah berlebihan.


azlanTurut mengintai tarif yang rendah itu adalah dua syarikat melebur logam kerana industri mereka menggunakan tenaga eletrik yang tinggi.
Syarikat berkenaan adalah Sarawak Aluminium Company - syarikat erjasama antara Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS) dengan syarikat Australia Rio Tinto Aluminium - dan Smelter Asia Sdn Bhd iaitu syarikat jerjasama antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corp of China Ltd.
Kedua-dua syarikat itu akan menjadi pembeli utama kuasa elektrik yang dihasilkan oleh empangan itu yang boleh menghasilkan sehingga 2,400MW.
Tarif lebih murah akan memastikan kos lebih rendah untuk syarikat tersebut dan menjamin keuntungan yang lebih.
Yang menariknya, CMS adalah konglomerat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
'Duri dalam daging'
Manakala GIIG Holdings Sdn Bhd adalah syarikat yang dikuasai oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang muncul sebagai usahawan terulung semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Satu lagi isu yang menjadi isu 'duri dalam daging' antara kerajaan negeri dan persekutuan membabitkan pemilikan Empangan Bakun.
Kerajaan negeri Sarawak ingin membeli empangan itu pada harga RM6 billion, tetapi Putrajaya pula menuntut RM8 billion sebelum mahu melepaskan hak itu.
sam bakun catchment 210607 waste landJusteru, apabila Sarawak Hidro secara terbuka meminta kerajaan negeri mengisi air di empangan itu secepat mungkin bagi mengurangkan kos yang terus meningkat, spekulasi timbul yang Petrajaya menggunakan permit itu sebagai cip tawar-menawarnya berhubung harga tarif.
Menurut Sarawak Hidro, empangan itu telah memenuhi beberapa keperluan untuk ia dipenuhi dengan air sejak April tahun ini dan telah mengemukakan cadangannya kepada Kementerian Utiliti Awam Sarawak yang selaras dengan keputusan kerajaan negeri.
Petrajaya belum memberikan sebarang reaksi tetapi masa pula dilaporkan semakin suntuk untuk Putrajaya.-MKINI



Tuesday, August 10, 2010

LAGI PEMBONGKARAN HARTA TAIB MAHMUD DILUAR NEGARA

Ini macam harta ismet ulam raja diluarnegaralah....tapi sayangnya hanya segelintir orang sarawak yang dapat disalurkan maklumat ini....kalau nak tumbangkan kerajaan taib mahmud ni...PR harus bekerja dengan lebih keras untuk menerangkan kepada seluruh rakyat sarawak....kemana perginya harta sarawak yang dirompak oleh taib mahmud dan keluarganya selama ini....banyak lagi pergilah ke SINI

Palatial - just one of the Taib family's US residences

FBI Headquarters in Seattle - a Taib Building


Golden Wedding Couple - The Godfather and his famil

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.


Laporan sesawangSarawak Reportmemuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.


Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”


Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya. 

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Ked
ua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu.-mkini

Thursday, June 17, 2010

HARTA TAIB ULAM RAJA DILUAR NEGARA

Pinjam jap dialog 3 abdul.....itu ismet ulam raja....ini harta taib mahmud anak beranak dikanada....bila lah orang sarawak ni nak sedar....yang korang semua dah kena kencing dengan taib mahmud nie....lagi lama dia dan sekutu bn nya merintah.....lagi banyaklah harta dia diluar negara....itu belum masuk pakistan...kongostan...gohead gostan....ini dekat-dekat negeri setan....kata ahmad nisfu

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.

Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - PrestonSquare (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.
Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.
Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu 
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - 
bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).

Saturday, May 15, 2010

OTAK JUMUD TAIB MAHMUD

Dia kata konsep BN tak sama dengan PR...konsep dia berkongsi kuasa...konsep PR pulak bahagi kuasa...pala hotak dia...den nak tanyo lah kek dio ni...sarawak tu bapak dio punyo ko...atau rakyat malaysia yang punya...kalau betul dia kata konsep dia berkongsi kuasa..apahal pulak orang semenanjung nak datang sarawak boleh pulak dia block...kito tak de dengar cerita orang sarawak atau sabah yang datang semenanjung kena block...den taulah ada perjanjian maso sarawak nak joint malaysia dulu...tapi den nak tanyo itukah yang dinamakan berkongsi... pala hangguk dia...apahal takut sangat dengan Gobalakrishnan tu....Sudahla taib lu tak usah nak kencing-kencingla....lu punya keturunan semua sudah kaya-kaya....lu jangan hidup nak menongkat langitla beb...sarawak bukan lu punya...semua rakyat malaysia berhak keatas sarawak...



 
KEMEWAHAN hidup bapanya menyebabkan Jamilah Hamidah mewarisi legasi Taib Mahmud yang dilaporkan sebagai manusia terkaya di Sarawak, untuk memiliki sebuah rumah yang kedua termahal di Ottawa, Kanada.
Rumah yang terletak di 688 Manor Avenue, Rockcliffe Park yang disiapkan tahun lalu bernilai C$9,609,000 atau RM28.3 juta menduduki tangga kedua daripada 25 buah rumah termahal di Ottawa apatah lagi taksiran cukai pihak berkuasa tempatan sejumlah C$100,000 atau RM293,000 setahun.

Rumah milik anak Ketua Menteri Sarawak ini dibina oleh suami Jamilah sendiri, Sean Murray seorang pemaju perumahan di Ottawa disenaraikan sebagai kedua termahal selepas rumah Marlen dan Michael Cowpland yang ditaksirkan bernilai C$12,535,000 atau RM36.8 million.

Mengikut laporan Malaysiakini, Jamilah merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Konglomerat ternama di Sarawak iaitu 
Cahaya Mata Sarawak dengan nilai pegangan sebanyak 13.64%.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran