Showing posts with label subra. Show all posts
Showing posts with label subra. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Subra Ada Empat Opsyen
sept 15 09

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam yang kalah buat kali kedua Sabtu lalu akan mengumumkan keputusan mengenai masa depan kerjaya politiknya menjelang awal bulan depan.

Subramaniam berkata, beliau sedang mempertingkan beberapa opsyen yang ada baginya buat masa sekarang.

"Biar saya fikirkan dan timbangkan kesemua opsyen yang ada... opsyen masih terbuka (untuk saya pertimbangkan). Dalam tempoh seminggu dua ini, saya akan mengumumkan keputusan saya," kata beliau kepada mStar Online.

"Banyak pihak bercakap, mencadangkan banyak perkara, saya akan memikirkan setiap perkara ini," katanya.

Difahamkan Subramaniam sedang memikirkan empat opsyen dengan mengadakan siri perbincangan bersama para penyokongnya.

EMPAT OPSYEN

Empat opsyen itu ialah kekal berjuang dalam MIC, menubuhkan parti baru, menyertai Pakatan Rakyat atau bersara terus daripada arena politik.

Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan berhubung keputusan yang bakal dibuat itu.

"Tidak, tidak... saya tidak mahu memberikan sebarang bayangan sekarang," katanya.

mStar Online difahamkan beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pucuk kepimpinan tertinggi dengan Barisan Nasional (BN) sebelum mengumumkan keputusannya.

Subramaniam tewas dalam usaha merampas balik jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang Datuk G. Palanivel.

Palanivel mengekalkan jawatannya itu dengan menewaskan Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan. Palanivel memperoleh 629 undi, Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).-mstar

Sunday, September 13, 2009

Subra-Saya Kalah Sebab Wang
sept 13 09

Datuk S.Subramaniam, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.

“Saya terima kekalahan. Ia amat mengecewakan. Saya tidak jangka (kekalahan),” katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain atau membentuk parti baru atau apakah langkah beliau seterusnya, Subramaniam yang lama berkhidmat sebagai timbalan presiden MIC berkata, “Saya perlukan masa untuk memerikirkan perkara itu (langkah seterusnya)”.

Ditanya sama ada “mesej” Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: “Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja”.

Ditanya tentang kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya oleh kerana beliau telah dirujuk kepada lembaga disiplin parti kerana membuat kenyataan mengenai pemilihan parti 1977, Subramaniam berkata beliau tidak kisah tentang itu.

“Saya tahu apa nak buat,” kata beliau.

Sementara itu, ramai penyokong Subramaniam dilihat menangis. Mereka melepaskan rasa marah dengan melaungkan politik wang sebab kekalahan itu dan menggesa beliau menyertai parti lain.

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan berkata beliau terima kekalahannya.

“Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini…perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya,” kata beliau. -Bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran