Showing posts with label sime darby. Show all posts
Showing posts with label sime darby. Show all posts

Friday, August 6, 2010

GM SIME DARBY DIDAKWA RASUAH

Jangan bagi can....mana-mana jerung bapak jerung yang buat rasuah tangkap aje....






Seorang pengurus besar Sime Darby, Zamri Mohd Iderus pagi ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM99,000.

Zamri, 39, didakwa menerima dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 sebagai dorongan untuk menyalurkan maklumat berkaitan satu tawaran kerja pembinaan yang di subkontrak bernilai RM14,430,000, dan juga untuk satu lagi kerja subkontrak kerja-kerja pempaipan untuk Sime Darby Engineering.

Dia didakwa menerima habuan tersebeut pada bulan November 2008 di Subang Jaya.

Beliau didakwa mengikut seksyen 11, Akta Anti-Rasuah 1977 dan diberi pilihan pertuduhan mengikut seksyen 132(2)(b), Akta Syarikat 1965 kerana menyalah-gunakan maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi.-mkini

Saturday, June 19, 2010

NAJIB PERTAHAN MOHD BAKKE

Akan jadilah nanti seperti tikus baiki labu.....setelah berbillion-billion hangus difelda....boleh percaya ke dia nie...macamana nak sebut nama dia nie....tak reti lah wa....


Najib pertahan lantikan Bakke ketuai Sime Darby


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Datuk Seri Najib Razak menegaskan Datuk Mohd Bakke Salleh merupakan calon terbaik mengetuai Sime Darby meskipun dikritik pelbagai pihak berhubung prestasinya di Felda Holdings Bhd ekoran kemerosotan tunai sejak lima tahun lalu.
Bakke, pengarah uurusan Felda Holdings dilantik untuk menggantikan ketua eksekutif Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang telah diminta mengambil cuti ekoran kerugian lebih RM1 bilion.
Sejak minggu lalu kritikan mencurah berhubung prestasi Bakke (gambar) ekoran kemerosotan aliran tunai Felda Holdings Berhad lebih RM2 bilion sejak 2004.
“Jika kita lihat pada rekod prestasi, Datuk Bakke ada keupayaan untuk memperbaiki kedudukan Sime Darby,” kata Najib kepada pemberita di sini hari ini.
Pelantikan Bakke sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby diumumkan oleh Pengerusinya Tun Musa Hitam Isnin lalu.
Bakke pernah mengepalai Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam, yang beliau telah memainkan penting untuk mengembalikan ke kedudukan lebih baik selepas mengalami kerugian.
“Bakke telah dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif baru dan pelantikan beliau akan berkuat kuasa secepat yang mungkin,” kata Musa.
Rabu lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.
Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.
“Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda),” kata Ahmad di Dewan Rakyat sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik.-tmi

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran