Showing posts with label samseng. Show all posts
Showing posts with label samseng. Show all posts

Saturday, October 17, 2009

Pemuda UMno Dan Bilik Perangnya
okt 17 09



Apa dan mengapa pemuda UMno menggunakan istilah bilik perang tidak seperti istilah lainnya macam bilik strategi bilik gerak gempur dsbnya...mengapa istilah perang digunakan seolah-olah macam perancangan strategik dimedan perang...jawabnya mudah istilah menggambarkan perbuatan jika tak dapat cara baik atau lembut maka cara samseng akan digunakan macam dibagan pinang...itulah konsep kepala samseng pemuda umno....dia fikir samseng dia aje dia tak fikir samseng orang lain pulak....kalau inilah pegangan ahli umno hanya untuk menyerang orang lebih baik masuk askar ramai-ramai maka undi pos akan bertambah banyak maka senanglah korang orang UMno tak payah nak kempen-kempen gerenti menang punya....kalau tengok khairy sebelum ini pun style dia dah macam samseng jadi tak heranlah kalau pendekatan yang sama diguna untuk pemuda dia....

Pemuda Umno akan membentuk 'bilik perang' Pemuda untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Di samping itu, katanya, pergerakan itu akan menukar strateginya dalam menghadapi pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, setelah mengalami beberapa pilihan raya kecil, pergerakan itu akan mengambil pendekatan 'menyerang' pembangkang.

"Kita tidak biarkan lagi Umno dicerca, cuba menabur fitnah tanpa mengira dosa.

"Lihat di Bagan Pinang, mereka mengisytiharkan jihad, tetapi ahli Umno berada di barisan hadapan untuk menjaga maruah parti," katanya ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC petang ini.-mkini

Thursday, October 15, 2009

Rumah Pemimpin DAP Di "Bom"
okt 15 09

Nampaknya budaya samseng dibagan pinang telah menular keipoh...Inilah kesannya apabila BN memsamsengkan anak-anak muda yang sepatutnya diajar sebagai generasi pelapis negara bukan memsamsengkan mereka....mereka selalu menuduh PR menghalalkan cara tapi itulah yang berlaku kepada mereka sekarang... menghalalkan semuanya...

Sebuah mercun bom sekali lagi dilemparkan ke rumah pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng di Jalan Ipoh di Sibu malam tadi.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menunjukkan dua lelaki yang tidak dikenali melemparkan bahan letupan itu ke pagar rumahnya dan ia meletup dalam kejadian pukul 7.26 malam.

"Saya sedang membuka pintu apabila ternampak pancaran cahaya api diikuti letupan yang kuat.

"Api yang memancar dilepaskan di merata-rata tempat termasuk di halaman rumah saya. Rumput di tepi longkang juga dijilat api dan terbakar dalam jarak kira-kira tiga meter," katanya kepada pemberita.

Katanya anggota keluarganya yang berada di rumah pada masa itu semuanya selamat dan tiada harta benda yang rosak walaupun lima anaknya agak gementar.

Kejadian ini kali kedua mercun bom dilemparkan di rumahnya selepas insiden yang sama pada 27 Sept tetapi ia tidak meletup.-bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran