Showing posts with label pgpo. Show all posts
Showing posts with label pgpo. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

NAJIB ARAH SELAMATKAN RAKYAT M'SIA

Dah kena ketuk baru nak jalan....jangan sampai yang terbunuh itu ada rakyat malaysia sudah....payah hang nak jawab najib......menangis tak berlagu bik mama nanti.....so at least malaysia has do something...ye tak...

Najib.gif najib image by mr_dreizehn


Najib Arah Selamatkan Sukarelawan Malaysia
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel pada Isnin.

Katanya memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terlibat, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain.

"Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat, tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Seramai 11 rakyat Malaysia termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani dilaporkan berada di atas kapal Turki, Mavi Marmara, yang diserang Israel.

NAJIB U GOT 48HRS - MAHFUZ

Den dah koba dah....najib ni penakut sebab geng dengan Apco....sekarang pas bagi 48jam untuk dia settle semua...termasuk cammana nak bawak pulang rakyat m'sia....kensel dengan apco....buat sidang khas parlimen....kita tengok apa reaksi najibkut ni....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pakatan Rakyat juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
NONE"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.


NONEBeliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.


"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.


NONE"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.


"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.-mkini

SERANGAN ISRAEL M'SIA TAKUT-TAKUT NAK KUTUK

Pendirian tegas beberapa pemimpin negara luar yang mengeluarkan kenyataan serta-merta dan memanggil duta Israel untuk meminta penjelasan amat dibanggakan....masaalahnya pemimpin negara kita masih terkemut-kemut nak kutuk serangan tersebut....samalah macam s'pore....satu dunia dah kecoh tapi dua negara ni masih lagi rileks....macam takut-takut....pelik....itu pun bila husam dah bising barulah najib buat statement....kalau berani itu APCO kasi kensella....takut ka.....walauapapun didoakan semua mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat termasuk warga kita....dan mengikut laporan yang dismskan....mereka semua dalam keadaan selamat...


CEDERA AKIBAT SERANGAN: Sorotan televisyen Turkey menunjukkan seorang aktivis hak asasi yang
 cedera di atas kapal bantuan Turkey, Mavi Marmara yang membawa bekalan bantuan ke Jaluran Gaza, semalam.
 -- Foto AFP
20 maut selepas komando Israel serang kapal menuju Gaza

Dunia kutuk tindakan Tel Aviv ke atas konvoi bantuan

BAITULMAKDIS: Komando tentera laut Israel menyerbu enam kapal yang membawa 700 aktivis pro-Palestin dalam satu misi bantuan ke Jaluran Gaza menjelang subuh semalam, menyebabkan 20 orang terkorban dan 50 lagi cedera, kebanyakan mangsa rakyat Turkey.
Tragedi berdarah itu menjerumuskan Israel ke kancah krisis diplomatik menjelang rundingan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.Tindakan Israel itu dikutuk masyarakat dunia, terutama oleh Turkey, Syria, Lebanon, Perancis, Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon.Greece pula menggantung latihan tentera dengan Israel dan membatalkan lawatan panglima tentera udara Israel ke negara itu.

Monday, May 31, 2010

JAHANAM ISRAEL JAHANAM APCO-KONVOI DISERANG

Israel mula bertindak ganas dengan menyerang konvoi bantuan kegaza....memang dasar lahanat....bajingan....itu pun najib masih nak geng lagi.............dilapurkan dua mati ramai yang cedera...konvoi ini juga dinaiki oleh orang kita............

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dariAstro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut 
AFPyang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran