Showing posts with label pas selangor. Show all posts
Showing posts with label pas selangor. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Hassan Ali - Rugi Saya Masuk Pas?

"(Nik Aziz) You ‘re not God…sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya…dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi…dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini…bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.-insticntive-stage G3.0

Benarke Dr Hassan Ali berucap macam nih...kalau betul memang tak patut dan sahlah dia nie gunting dalam lipatan dan perlu dicantas segera sebelum pakar motivasi nie memotivasi yang lain...parah jadinya pas nanti...

Tuesday, September 29, 2009

Pas Selangor Makin kalut Dan Panas
sept 29 09

Main dramalah korang yang untung BN jugak...Bagan Pinang sure dalam genggaman dia orang punya padan ngan muko korang....

PETALING JAYA: Suasana 'panas' politik PAS Selangor kini beralih kepada ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula apabila Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor mahukan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan.

Sumber-sumber memberitahu The Star, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor, Sabtu lalu.

Dr Hasan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Difahamkan, jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

"Tapi, anda tunggu dan lihat," katanya.

Khairuddin berkata, jawatankuasa itu juga sedang meneliti kenyataan-kenyataan Khalid yang boleh merosakkan imej parti.

Jelas beliau, Badan Perhubungan PAS Selangor berdiri teguh di belakang Dr Hasan yang hanya membuat kritikan membina untuk menambah baik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menggesa Dr Hasan meletak jawatan berikutan kenyataan-kenyataan beliau yang tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran