Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Tiada Sengketa Dan Bila PR bergabung
okt 19 09

Jika benar bagai dikata jika benar tiada angin yang menggoyangkan pokok...zaid mesti tampil untuk menjernihkan suasana....agar guruh-guruh transformasi UMnoMoral tidak memberi kekalutan kepada PKR dan pakatan rakyat....Sayugia diingatkan UMnoMoral umpama mendapat kelahiran pertama setelah 9 prk....biarkan mereka diulit mimpi-mimpi indah khayalan-khayalan mereka...pakatan harus bergerak berlangkah-langkah kehadapan....pakatan harus berani mengambil langkah yang lebih drastik umpama menyatukan semua parti pas dap dan pkr dibawah satu nama parti dengan kata lain mereka perlu membubarkan parti masing-masing dan membentuk hanya satu parti kerana itu yang ingin dilihat oleh kebanyakan rakyat sekarang ini...Umno sebenarnya pun sedang menuju kearah itu...impian 1malaysia najib yang tidak bertunjangkan ketuanan melayu seperti dalam ucapannya diPAU jelas menunjukkan matlamat 1malaysianya itu... jadi sebelum UMno dan BN membuat kejutan yang lebih dashyat adalah penting Pakatan Rakyat mendahului UMno dan BN dalam pergabungan ini...PAS tidak perlu risau konsep islamiknya itu....dengan kenyataan baru penubuhan sayap kelap penyokong Pas yang membuka ruang kepada bukan islam sudah jelas apa yang diinginkan pas iaitu sokongan dari bukan islam sebagai sayap baru sudah tentu banyak yang boleh dinikmati dalam saf kepimpinan....bukankah islam itu untuk semua....dengan penggabungan ini sudah pasti tiada lagi akan kedengaran laungan dari UMno yang menuduh kerapuhan dalam pakatan tiada lagi suara-suara sumbang yang akan melaga-lagakan pemimpin...semuanya akan terhapus sekelip mata apabila penggabungan ini menjadi realiti... semuanya akan menjadi mudah....perlu diingat dalam politik segalanya berkemungkinan jadi sebelum terlambat....fikir-fikirkanlah...

AMPANG: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, tidak ada sesiapa pun menghalang mana-mana pemimpin PKR dari semenanjung termasuk Datuk Zaid Ibrahim daripada menghadiri program di Sabah.

Azmin juga mendesak Zaid agar segera menjelaskan kepada parti apa yang sebenarnya beliau maksudkan apabila berkata, Anwar Ibrahim menghalangnya ke Sabah.

Tambah Azmin, kepimpinan peringkat pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menghalang mana-mana pemimpin parti itu daripada menghadiri program di setiap negeri.

"Itu tidak benar (halangan), tidak ada sebarang arahan kepada mana-mana pemimpin termasuk Datuk Zaid untuk turun berjumpa dengan ahli bagi memperkukuhkan parti.

"Malah kita sebenarnya menggalakkan semua pemimpin pusat dan juga Ahli Parlimen kita dari semenanjung untuk pergi ke Sabah dan Sarawak...dan saya sendiri tidak ada masalah dengan Zaid," katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah eksklusif ketika ditemui di rumah adiknya personaliti Azwan Ali di Ukay Perdana petang semalam.

Zaid yang baru menyertai PKR Jun lalu telah membuat satu pengumuman mengejutkan Jumaat lepas bahawa beliau telah mengambil 'cuti politik' selama enam bulan selepas mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.

Dalam pada itu, Azmin yang juga Pengerusi PKR Sabah turut menafikan dakwaan Zaid yang mendakwa hasratnya untuk ke Sabah tidak mendapat restunya.

"Buat apa saya nak halang beliau ke sana, sesiapa sahaja ada hak untuk pergi ke mana sahaja mereka suka termasuk Sabah... tambahan lagi jika menghadiri program-program untuk pengukuhan parti," katanya.

Ditanya sama ada Biro Politik PKR akan mengambil tindakan terhadap Zaid kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian, Azmin berkata: ""Buat masa ini belum ada lagi perancangan untuk itu... lagipun saya dapat tahu beliau sedang bercuti.

"Beliau perlu menjelaskan kepada parti kedudukan yang sebenarnya. Jelaskan apa yang berlaku dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan."-mstar

Thursday, October 8, 2009

Pakatan Rakyat Boleh bergabung-ROS
okt 08 09

Awat tak habaq awai-awai bro...lu orang bikin kita orang susah jer..kat bagan pinang nih...dahlah ROS macam nama ROSmah...hampeh...


Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak terpakai bagi parti politik, kata Ketua Pengarahnya Datuk Md Alias Kalil.

Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Md Alias diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pakatan rakyat boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

"Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya pakatan rakyat mendaftarkan gabungan itu dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.

Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian. Pakatan Rakyat dianggotai PKR, DAP dan PAS. BERNAMA

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran