Showing posts with label notis. Show all posts
Showing posts with label notis. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

PKR-NOTIS TAK SUKA KELUAR

Nampak jelas dan berani kenyataan dari Fuziah ini...adakah ini kenyataan peribadi atau parti kita tolak ketepi dulu...walaupun matlamatnya jelas iaitu untuk penjenamaan semula parti....persoalannya adakah kenyataan seperti ini perlu dibuat secara terbuka...adakah ianya akan memberi kebaikkan kepada parti...atau memberi impak yang tidak baik kepada parti....bukankah ini seolah-olah memberikan peluru kepada pihak musuh untuk menembak balik...bagaimana jika cabaran ini disahut oleh ramai ahli parti...walaupun pada dasarnya mereka tidak berniat untuk berbuat demikian....cabaran disambut kerana merasakan fuziah lebih sudu dari kuah....maka kemana arah PKR selepas ini....terlajak perahu dan terlajak bicara beza beb....


PKR beri ahli ‘notis’ 1 bulan jika mahu keluar parti



KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini,  pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.
Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini.
Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.
Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran