Showing posts with label misteri sejadah berdiri. Show all posts
Showing posts with label misteri sejadah berdiri. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Kalimah Kulit Bayi Vs Sejadah Berdiri
okt 22 09

Nampaknya dah macam hari-hari pulak kejadian sejadah berdiri ni berlaku....dah nampak macam dibuat-buat pulak bertujuan untuk mengalihkan fokus orang melayu terhadap permasalahan semasa sekarang ini ataupun sekadar untuk mempopularkan sesuatu tempat....lepas satu tempat satu tempat dia berlaku kali ini pulak dikedah dan pulau pinang....biasanya lah ikut fahaman tokeyai benda-benda yang mistik aneh dan pelik ini amat jarang dia akan berlaku dan tidak akan menonjolkan diri secara umum macam ini....tak semua orang dapat merasai kejadian-kejadian yang benar-benar pelik dan diakui kepelikkannya itu serta diterima oleh agama dan akal....Satu lagi kejadian yang didakwa pelik ialah diRussia bilamana kulit peha seorang budak tertera kalimah islam yang boleh hilang dan menjelma semula pada hari isnin dan jumaat dan ia mengandungi peringatan "Allah pencipta segala yang ada"....mufti russia pun dah mengesahkan perkara ini....tokeyai pun tak tahu nak kata apa cuma jika ia benar jangan dianggap apa-apa kepada budak ini....jangan dipuja pulak tapi seandainya sebaliknya jangan diapa-apakan pulak budak ini yelah...dia kecik lagi mana dia tahu retorik...retorik..nih.....Hai...kata orang tua-tua dunia dah tua agaknya...macam-macam benda pelik-pelik berlaku termasuklah UMno yang nak tubuh Dewan Ulama dia...dah buang tebiat agaknya UMno nih....

Sejadah berdiri berlaku pula di Kedah, Pulau Pinang


ORANG RAMAI melihat sejadah berdiri di surau Sekolah Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KUALA LUMPUR - Kejadian sejadah berdiri terus berlaku semalam dan kali ini di Kedah dan Pulau Pinang selain kejadian sama berulang di Kelantan.

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Wednesday, October 21, 2009

Misteri Sejadah Berdiri
okt 21 09

Makin menjadi-jadi pulak kes sejadah berdiri ini....sebelum ini ada satu keluarga mengaku sejadah berdiri dirumah dia kejadian dikelantan jugak...kali ini disurau sekolah pulak...siang-siang buta pulak tu...sebelum ini jugak dan pada tahun-tahun sebelumnya banyak laporan mengenai sejadah berdiri nih...tokeyai sebelum ini jugak ada member yang memberitahu ada orang nak jual sejadah berdiri dibatu pahat...tapi sejadah macam dah lusuhlah tak macam kes sekarang nih sejadah berdiri semuanya baru-baru...yang pastinya tokeyai belum lihat dengan mata kepala sendiri...apa-apapun pandangan dan pendirian kita sebelum ini pun banyak kejadian mistik yang tidak dapat diterima oleh logik akal kita yang berlaku baik dinegara kita atau dinegara luar semuanya itu menunjukkan kekuasan Allah....yelah nabi dah tak ada jadi salah satu cara Allah memberi peringatan kepada kita mungkin dengan cara ini disamping gempa bumi taufan penyakit H1N1 cara UMno perintah yang penuh dengan rasuah...ini semua peringatan dari Dia lah tuh...itupun bagi orang-orang yang berakal dan beriman...Sebab tu banyak firman tuhan menyebut...tidakkah kamu berfikir....wahai orang-orang yang mempunyai akal...wahai orang-orang yang beriman....tidakkah kamu melihat...semuanya ini jelas untuk kita melihat dan berfikir jika datang kepada kita sebarang berita dan akhirnya kita meyakini semuanya datang dari Allah dan kepadaNya jugaklah kita kembali.....


ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.



Kejadian ini juga berlaku diluar negeri..wallahualam





POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran