Showing posts with label kg buah pala. Show all posts
Showing posts with label kg buah pala. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

penduduk kg buah pala diusir keluar
ogos 13 09

Atas dasar kemanusiaan tokeyai tetap tidak setuju penduduk kg buah kepala diperlakukan sedemikian cuba terkena kepada kita yang telah puluhan tahun mendiami kg tersebut tiba-tiba diusir keluar apa pun alasan keadaaan ini memang tak patut berlaku pintu rundingan walaupun berliku tidak seharusnya ditutup apakah kerana mereka masyarakat India kerajaan persekutuan bersikap lepas tangan macamana jika mereka itu masyarakat melayu atau cina apakah kerajaan juga akan bersikap lepas tangan macamana dengan konsep 1malaysia Najib apakah konsep itupun mengamalkan sikap double standard....pelik...pelik...tokeyai

GEORGETOWN: Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Sebentar tadi, Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan berkenaan.BH

PETUGAS merobohkan rumah bersiap sedia dengan jentolak untuk masuk ke Kampung Buah Pala sambil diiringi polis, pagi ini.
PENDUDUK menggunakan kereta dan rantaian manusia untuk menutup jalan masuk ke Kampung Buah Pala.
SUASANA di luar Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.

Wednesday, July 29, 2009

Kg Buah Pala-kerajaan negeri jumpa sabtu ini

Kerajaan negeri akan menemui penduduk Kampung Buah Pala Sabtu ini bagi mencari penyelesaian terhadap isu tanah di kampung itu.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkata pertemuan yang akan diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) jam 2.30 petang itu, akan turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng dan exco kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap perkara ini dan kita harap dapat berbincang dengan penduduk," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pertemuan itu, katanya, kerajaan negeri akan membentang cadangan yang dikemuka oleh pemaju projek di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bagi menyelesaikan isu itu, lapor Bernama.

"Kita harap dapat menerima draf cadangan oleh pihak pemaju hari ini atau esok untuk kita teliti terlebih dahulu," katanya.

Ramasamy, bagaimanapun, berkata pertemuan dengan penduduk Sabtu ini tidak melibatkan pemaju.

Cadangan pemaju

Kontroversi pemilikan tanah kampung itu timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar di situ kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd.

Koperasi itu melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu dan mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah mereka sebelum 3 Ogos ini.

Katanya jika penyelesaian dapat dicapai dan cadangan pemaju diterima oleh penduduk kampung itu, kerajaan negeri akan membatalkan keputusannya menarik balik kelulusan pembangunan yang diberikan kepada pemaju untuk melaksanakan projek perumahan di Kampung Buah Pala.

Mengulas dakwaan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bahawa parti itu sanggup membayar RM3.2 juta bagi menyelesaikan isu itu, Ramasamy berkata perkara itu patut dibincangkan dengan pihak pemaju dan koperasi kerana tanah itu bukan milik kerajaan negeri.

"Jika MIC ingin menyelesaikan isu itu dengan membeli tanah Kampung Buah Pala, beliau boleh bincang dengan pemaju dan koperasi. Tapi dengan RM3.2 juta tak mungkin dapat menyelesaikan isu itu kerana harga pasaran tanah telah meningkat, mungkin mencecah RM150 juta," katanya.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran