Showing posts with label kes bala. Show all posts
Showing posts with label kes bala. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

BALA DEDAH DUA MUKA BARU KES ALTANTUYA

Yang tak buat salah jangan risau.....masalahnya yang buat salah tu.....macamana keadaan dia orang sekarang ni ek....agak-agak ada macam nak terkencing terberak tak.....perlu diingat kes ini bukan pdrm ke sprm ke yang handle.....polis perancis tu.......tak ada ke sapa-sapa nak buat lawatan rasmi keperancis.....kalau ada wa nak follow tumpang sekaki gitu......


Bala dedah keterangan di Paris, namakan dua ‘muka’ baru


KUALA LUMPUR, 15 Julai — Detektif persendirian P Balasubramaniam mengeluarkan intipati 19 perkara berkaitan keterangannya yang diberikan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung komisen pembelian kapal selam oleh Malaysia, yang pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.
Antara lain Balasubramaniam menimbulkan dua nama baru dalam keterangannya Isnin lalu iaitu Major Rahim dan Abdul Rahim Saad.
Bagaimanapun Balasubramaniam (gambar) tidak menyatakan butiran mereka dalam kenyataannya.
Balasubramaniam yang kini berada di luar negara sejak dua tahun lalu memberikan keterangan kepada polis Perancis selama tiga di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini Balasubramaniam walaupun minggu lalu menyifatkan penganalsis politik Abdul Razak Baginda sebagai tidak bersalah tetapi dilihat menjelaskan secara mendalam peranan beliau dalam urusan pembelian kapal selam ini.
“Hubungan Razak Baginda dengan Perdana Menteri sekarang, maklumat dan kejadian-kejadian yang dimaklumkan oleh Razak Baginda kepada saya termasuk SMS yang dihantar oleh Perdana Menteri kepada Razak ketika ditahan berhubung pembunuhan (wanita Mongolia) Altantunya,” kata Balasubramaniam dalam kenyataannya.
Siasatan itu dilakukan untuk mengetahui sama ada komisyen yang dikatakan tindakan salah di bawah undang-undang Perancis dibayar dalam perjanjian pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.7 bilion antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis DCNS.
Balasubramaniam berkata dalam keterangannya beliau telah memberikan maklumat latar belakang mengenai pembunuhan Altantunya.
“Saya menjelaskan kepada mereka peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembunuhan dan juga kejadian-kejadian selepas itu, dan saya juga memberikan keterangan tentang akuan bersumpah yang pertama dan temu bual di Singapura.
“Juga memberikan maklumat mengenai dua anggota polis yang disabitkan kesalahan dalam pembunuhan ini, kepada siapa mereka bekerja dan juga pelbagai orang yang dikenali pasti berada bersama ketika Altantunya hilang dan dikaitkan dengan Razak dan juga Perdana Menteri.
“(Selain itu) hubungan Razak dengan Perdana Menteri semasa, maklumat dan kejadian-kejadian yang diperkatakan oleh Razak kepada saya,” katanya.
Balasubramaniam bertolak ke Perancis dari London, destinasi di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepatutnya menemui beliau untuk mendapatkan maklumat berhubung unsur rasuah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Balasubramaniam juga berkata, beliau mendedahkan maklumat mengenai bayaran yang dijanjikan kepada wanita Mongolia dan jumlah sebenar yang dibayar.
Beliau juga mendakwa telah menceritakan bagaimana isteri Perdana Menteri bersama peniaga permaidani Deepak Jaikrishnan bergandingan untuk memaksanya berada dalam buangan sehingga Najib jadi Perdana Menteri.
“Saya diminta menarik balik kesemua maklumat dalam satu pertemuan di Rawang di mana Deepak, Dinesh dan ASP Suresh hadir sama,” katanya.
Balasubramiam juga berkata, beliau juga ditanya mengenai hubungannya dengan pertubuhan bukan kerajaan Suaram.
Balasubramaniam yang memberi keterangan seorang diri kepada polis Perancis tanpa ditemani peguam berkata, selepas pertemuan itu beliau menemui seorang peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak bagi pihak Suaram, Selasa lalu.
Minggu lalu, Balasubramaniam dalam pertemuan dengan wartawan di London melontarkan kejutan dengan menegaskan Razak, bekas pelanggannya tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya kes yang menggemparkan banyak pihak empat tahun lalu.
Meskipun Razak, antara lingkungan yang rapat dengan Najib sehingga 2006, telah dibebaskan oleh mahkamah dua tahun lalu, tetapi ramai yang masih berpandangan sebaliknya.
Balasubramaniam yang tinggal di India sejak mengeluarkan dua akaun bersumpah berhubung pembunuhan itu berkata tiada sebab bagi Razak mendapatkan khidmatnya pada 19 Okt 2006 sehingga 26 Okt 2006 jika mengetahui bahawa Altantuya akan dibunuh pada malam itu.
Balasubramaniam mengeluarkan dua akaun bersumpah awal Julai 2008.
Pada 5 Julai 2008, Najib telah menafikan sebarang pembabitan berhubung tindakan penyiasat persendirian itu menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan beliau dengan Altantuya.
Dalam akuan bersumpah yang diumumkan, Balasubramaniam mendakwa dia diberitahu bahawa Najib mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan turut memperkenalkan wanita itu kepada Razak, yang merupakan penganalisis politik.
Bagaimanapun, dalam akuan bersumpah kedua yang dibuatnya semalam, penyiasat persendirian itu berkata akuan bersumpahnya sebelum ini tidak tepat dan benar.
Balasubramaniam juga mengesahkan, beliau akan memberi keterangan pihak berkuasa Perancis yang menyiasat kemungkinan amalan bercanggah dengan perundangan dalam soal membayar komisen dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Altantuya dipercayai terlibat dalam urusan ini sebagai penterjemah yang mana dia menuntut bayaran AS$500,000 bagi khidmatnya.
Balasubramaniam menambah, walaupun dia dibayar RM750,000 oleh Deepak yang mempunyai hubungan dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor, dia masih mampu hidup di India dengan dana dimiliknya.
Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.-tmi

Wednesday, July 7, 2010

52 SOALAN SPM OPS...SPRM UTK BALA

Agak-agak ko bala.....boleh skor A tak....


Peguam: PI Bala kena jawab 52 soalan SPRM dalam afidavit

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Detektif persendirian P. Balasubramaniam perlu menjawab 52 soalan kesemuanya yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui peguamnya berhubung kes pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes itu.
“Kesemuanya ada sebanyak 52 soalan dengan beberapa soalan sampingan,” kata Americk Sidhu ketika dihubungi The Malaysian Insider melalui emel hari ini.
Americk menerima soalan daripada SPRM menerusi kurier di hotel penginapannya di London, semalam (waktu tempatan).
Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London, tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya itu minggu lalu.
Americk berkata, Balasubramaniam akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan menerusi afidavit.
“Jawapan-jawapan perlu dijawab dalam bentuk afidavit,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila jawapan kepada soalan-soalan itu akan diserahkan semula kepada SPRM.
“Jawapan-jawapan sedang disediakan,” jawan Americk.
Ketika ditanya sama ada Balasubramaniam sudin memilih cara alternatif yang diinginkan SPRM, Americk berkata:
“Ya... (tapi) apa pilihan lain yang ada buat Bala?”
SPRM telah menghantar senarai soalan kepada Balasubramaniam, Jumaat lalu.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata soalan-soalan itu telah dikirim oleh SPRM melalui kurier kepada Americk.
Katanya Americk telah bersetuju untuk memberi jawapan kepada SPRM secepat mungkin.
Rabu lalu, SPRM memutuskan tidak akan menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan daripada berhubung kes pembunuhan wanita itu.
Sebaliknya kata SPRM, Balasubramaniam akan diminta menjawab soalan yang akan dikemuka menerusi peguamnya dalam bentuk akuan bersumpah atau afidavit.
Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010.-tmi

Tuesday, July 6, 2010

SOALAN SPRM UTK BALA TIBA DENGAN TEKSI

Hai pakai teksi jer....tapi tak kisahlah kan.....janji sampai.....jangan sampai soalan bocor sudahlah....nanti bala kena ambil periksa semula.....tak gitu mr bala....




Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.


Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini,” kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran