Showing posts with label isu murtad. Show all posts
Showing posts with label isu murtad. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

MOMOKAN KRISTIANISASI HELAH UMNO

Umno dh desperate skrg....tu yang main langgar semua tu kot..........

momokan kristianisasi-imbas kembali sabah
Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

NONEMenurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong (kiri) yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.

"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepadaMalaysiakini.

Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.

NONEJeffrey (kanan), yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.

"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma “helah politik".

Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

orange book forum klscah 250111 khalid samadJika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.

"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.-mkini

Wednesday, August 10, 2011

MELAYU MURTAD DAH LAMA DAH.....

Tak cayo....pegi kat searh blog tokeyai....taip pelajar ko melayu ko murtad....dh lamo dh den kobarkn tapi korang buat dek jer....nak wat camno.....tengok gambo ni budak u lagi....buek apo kat gereja tu....buat tesis kot(sangka baik)...

[tudung+gereja+1.jpg]

[tudung+gereja+2.jpg]

[tudung+gereja+3.jpg]

Tuesday, August 18, 2009

Pelajar U yg bertudung ke gereja...untuk apa?
ogos 18 09

Tokeyai tak pasti kesahihan cerita ini.. bila dan dimana ia berlaku..ia dipanjangkan dari blog malaysiasensasi tapi dari gambar yang ada kita boleh memberi anggapan bahawa ada kemungkinan perkara ini berlaku yang melibatkan ramai pelajar-pelajar di IPTA kita sekarang ini.Jika betul para NC IPTA harus melakukan bedah siasat keatas perkara ini jangan makan gaji buta juga pihak kerajaan perlu bertindak segera demi menyelamatkan akidah pelajar-pelajar tersebut....




*Klik Gambar Untuk Besarkan..

Wednesday, July 15, 2009


9 orang Kristian ditahan di UPM


Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam mereka Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Salah seorang warga asing yang dihubungi dan peguam tersebut enggan memberikan butiran penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

Difahamkan, kumpulan itu bergerak dari bilik ke bilik sambil memperkenalkan ajaran kristian serta memujuk penghuni yang

beragama Islam untuk menganut agama tersebut.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata seorang pemimpin pelajar.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Tokeyai

kalau betul ini sudah lebih nampak..bab ni tokeyai tak ada kautim-kautim punya kerana islam wajib dipelihara membiarkan mereka murtad seolah-olah kita meruntuhkan islam itu sendiri...bab ni tokeyai sokong polis bertindak tegas...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran