Showing posts with label isu kedah. Show all posts
Showing posts with label isu kedah. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Sultan Kedah Perkenan Adun Lunas Gugur Exco
ogos 26 09

Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.

Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan.

"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

Lim sedia terima

Sementara itu, Lim menyambut baik serta bersedia untuk menerima pelantikan sebagai Exco kerajaan negeri, walaupun tidak mempunyai pengalaman memegang jawatan penting seumpama itu sebelum ini.

Lim, 37, berkata, peluang itu akan digunakan sebaiknya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan akan melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan penuh amanah.

"Saya sudah terima banyak panggilan dan SMS yang mengucapkan tahniah dan sangat menghargai kepercayaan menteri besar serta
penasihat parti yang memilih saya untuk menjadi exco negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Lim juga berkata bahawa harapan beliau agar polisi yang diamalkan sebelum ini, iaitu sentiasa dekat dengan rakyat dapat diteruskan walaupun sudah memegang jawatan exco kelak.

"Walaupun saya tidak ada pengalaman jadi exco, saya akan tetap dengan polisi saya dan dasar-dasar yang tidak adil akan tetap saya bantah," katanya.

Sebelum majlis angkat sumpah diadakan minggu depan, portfolio yang dipegang oleh Mohd Radzhi akan diambil alih oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lalu, Lim menewaskan calon BN, Lim Lee Choo dan calon Bebas, Khairul Anuar Ramli dengan majoriti 7,365 undi.

Lim, seorang kontraktor, mempunyai empat anak berusia antara tujuh dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan isteri, Woon Nyok Yen, 34.-Bernama.

Monday, August 24, 2009

SMS akhir Adun Lunas ke SetPol MB
ogos 24 09

Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...

'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'.

Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang ini semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau Mac 2008.


Nampaknya dia sudah nekad dalam karier politiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.

Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.

Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca. Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi 'lam' dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.

Ada ribuan orang dalam PAS yang berpolitik sejak tahun 60-an. Lebih 40 tahun sudah mengenali politik Islam dan politik sekular, yang mencari dunia, yang mana mencari balasan baik di akhirat. Kita himpun semua pengalaman itu untuk mengkayakan pengalaman jemaah dalam politik. Pengalaman jemaah tentu lebih kaya berbanding seorang dua yang membuat makar.

Exco Akan Berganti....?

Mana ada dalam dunia politik berparti, seorang calon bebas menjadi exco tatkala ramai calon yang setia kepada parti, yang lebih berwibawa dan dipercayai tidak diangkat?

Kelakarnya ialah MRS mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib, yang sah dari BN, tetapi tidak melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan kekal sebagai Adun. Dia boleh kekal sebagai Adun Lunas, tetapi perlantikannya sebagai Exco adalah atas kuota PKR. Tentu PKR mahu kuota itu diisi oleh Adunnya yang lain.

Exco Kerajaan dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar. MRS mendapat nasihat yang agak baik bila menyebut dalam sidang akhbarnya bahawa Exco dilantik oleh Tuanku Sultan, dan Tuanku Sultan sahaja boleh memecatnya. Sebab itu, pagi tadi, dia datang ke pejabatnya di Blok E Wisma Darul Aman tanpa rasa apa-apa. Oleh kerana yakin Tuanku Sultan tidak akan memecatnya, maka dia secara terbuka mengistiharkan dia akan kekal sebagai Exco.

Adakah di akan dibiarkan begitu sahaja? Tidak!!! Dia sudah menjadi bebas, tidak berparti. Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik... kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari 'kaki-kaki' itu.

Apa yang dia hilang dengan keputusannya itu? Banyak juga...elaun Exco RM15-16 ribu akan menyusut ke elaun Adun RM4,500 sebulan. Pencen sebagai Exco hilang kerana dia tidak berkhidmat cukup 36 bulan. Apa yang dia dapat? Banyak juga la barangkali...

Dia ada beberapa bidang tanah di Langkawi yang dibeli semasa menjadi Exco, dia ada kilang mencetak pakaian di Napoh, dia ada restoren di Shahab Perdana, dia ada beberapa isteri yang telah dikahwininya, salah seorang semasa menjadi Exco, tetapi sudah diceraikannya. Dia dapat banyak juga dah pun.. kalau itu yang dia cari...

Yang mencari dunia, ambillah dunia sebanyak mana yang dimahukan, tapi bagi yang bershahadah, ingatlah balasan di akhirat, yang mengharapkan balasan baik di akhirat, Allah akan bentangkan dunia secara percuma... esok kita bercerita lagi... lepas YAB MB mengadap maklum Tuanku Sultan..!

Setpol MB - Muhammad Sanusi Md Nor.
2 Ramadhan 1430 / 23 Ogos 2009
Adun Lunas memang bermasalah-Johari
ogos 24 09


PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.

Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.

Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.

"Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.

Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.

"Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari yang baru sahaja sampai daripada Padang Serai itu berkata, beliau telah berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan keluarnya Radzhi daripada PKR.

Hasil maklumat itu, Radzhi juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO,

"Saya katakan pada beliau kalau UMNO ada pemimpin mengapa ambil orang Sabah jadi Ketua perhubungan negeri?" soal Johari.

Takut disiasat SPRM, punca Radzhi keluar PKR

Beliau dalam ceramah di UPU Permatang Ara malam tadi menjelaskan bahawa Radzhi telah menerima terlalu banyak habuan daripada UMNO, sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tolak dan kemungkinan SPRM akan digunakan sekiranya beliau tidak mengisytiharan dirinya keluar daripada PKR.

Modus operandi dalam kes kali ini sama dengan usaha Najib dan UMNO perak sewaktu mereka merampas kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas, katanya.

"Sebelum merampas negeri Perak pada bulan Februari lepas, 2 orang daripada 3 orang exco yang mengisytiharkan keluar parti iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu"

Kedua-dua orang ADUN ini kata beliau, telah disiasat oleh SPRM sebelum keluar parti dan siasatan itu senyap selepas mereka mengistiharkan keluar parti menyokong Najib Tun Razak.

"UMNO sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin mengecil, tetapi mereka telah menggunakan semua agensi kerajaan untuk merampas negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," kata Johari.

Kemungkinan pilihanraya kecil Lunas

Johari berkata kini rakyat di Lunas sangat marah kerana mereka tidak mahu diwakili oleh seorang wakil rakyat Bebas. Rakyat merasakan mereka telah diperbodohkan.

Usaha-usaha bagi menggerakkan rakyat sedang dijalankan dan akan mula lebih aktif selepas pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Beliau juga berkata bahawa rakyat akan membuat petisyen menuntut supaya Radzhi meletakkan jawatan sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau selepas beliau diugut dengan oleh BN dengan pelbagai ugutan.

Di akhir ucapannya itu, beliau mengajak seluruh jentera dan pengundi di Permatang Pasir bersama-sama menolak UMNO dan BN pada 25 Ogos ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang zalim.

Thursday, July 30, 2009

Profesor UUMngok kata BN mampu tawan kedah

ALOR SETAR, 29 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.

"Umno pula kena bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa bezanya BN dengan pakatan pembangkang," katanya selepas memberi taklimat tertutup tentang Hala Tuju Umno Kedah bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini Selasa malam.

Mustafa berkata sekiranya BN benar-benar ingin menarik generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru dan membangkitkan semangat berjuang dalam kalangan Pemuda dan Puteri perlu dilakukan.

Mustafa, yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah berkata, sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.

Beliau berkata, pada masa ini BN mempunyai kelebihan kerana tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dan keadaan itu merisaukan pakatan pembangkang.

"Saya tidak fikir pembangkang mampu kekalkan momentum kerana mereka sendiri berada dalam keadaan tertekan dan sudah ada perbalahan pendirian antara pemimpin Pas sehingga kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa dalam parti itu," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Umno negeri akan mengadakan program berbentuk muhasabah diri untuk membangkitkan keyakinan rakyat di samping menguatkan jentera parti itu.

"Taklimat seperti hari ini merupakan langkah pertama dan selepas ini kita akan turun ke semua peti-peti undi untuk memberikan penerangan tentang hala tuju Umno," katanya.

Tokeyai

Bermimpi disiang hari nampaknya sang profesor uumngok ni kalau ya pun nak cerita pasal tawam menawan ini ko buatlah servey berapa banyak rakyat dikedah yang menjadi periuk nasi malaysia ini bersetuju hasil titik peluh mereka yang berpanas dan berhujan ini bersetuju apabila kerajaan membenarkan tokey hong kong beli 31% saham bernas mula-mula sikit tulah lama-lama habis disapunya bernas ketika itu orang hong kong pulak yang bagi kita makan macam singapore kita jual kat dia murah lepas tu kita yang bangang ni beli pulak air tu balik kat dia dengan harga yang mahal betul-betul bodoh umno bn ni siang-siang kena tipu... tu bernas tak lama lagi jadi macam tulah korang tak percaya korang tengoklah nanti...hah ko nak cerita apa sekarang profesor uumngok dah lah tu ko tak payah nak bergayut kat title profesor ko tu tak payah nak membodoh-bodoh kan orang lagi kecuali yang umno-umno tegar tu sebab semuanya memang ngok.....

Sunday, July 5, 2009

Kemelut PAS-DAP Kedah diselesai di peringkat negeri - Kit Siang

ALOR SETAR: Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri.

Sehubungan itu, Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

"Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.

"Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

"Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira...apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Pembangkang, Lim berkata "Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain".

Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan Pas sebaliknya semua parti dalam Pakatan.-bernama

Tokeyai

Eloklah tu Mr Lim lagi cepat settle lagi baik itu AmNo BN(BiniNajib) sudah mula ketuk gendang kata pakatan rakyat sudah mau bercerai berai you mr lim kena settle baik-baik itu manik urai kita mesti menang and tak lama lagi PRK DUN perak akan menyusul tu semua lah tu that's why you kena settle bagi rakyat yakin semula kepada pakatan rakyat terutama cina kedah...so ustz azizan tokeyai dapat gambarkan apa yang menimpa adun tunggal DAP tu sehingga ia merajuk dan membawa diri keluar dari rumah(PR) sebagai bapa kita mesti kena berlaku adil kepada semua anak-anak kita ustz tak kira lah apa pun alasannya ustz jangan sampai anak kita memendam rasa dan menyimpan dendam kepada kita buruk padahnya nanti tokeyai pun malas nak cakap panjang-panjang harap-harap YAB DS USTZ Azizan faham kata-kata tokeyai tadi kalau tak faham jugak.....ko orang fikirlah sendiri....

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran