AMMAN, 4 Jun (Bernama) -- Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan kerajaan Israel Rabu lepas ekoran insiden rampasan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini, telah meninggalkan Amman untuk ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air pada Jumaat.
Mereka diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian yang lain menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).
Penerbangan RJ165 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia).
Hadir sama di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu ialah Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.
Mereka dijadual berlepas dari Istanbul pada Sabtu petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5.50 pagi Ahad.