Showing posts with label Prk sibu. Show all posts
Showing posts with label Prk sibu. Show all posts

Monday, May 17, 2010

NAJIB PAKAR KELENTONG

Hari itu dia cakap....


Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.


“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Hah ini kata-kata blogger penyokong dia.......

DES : CONFIRM kalah, itulah lah yang termaktub dan yang telah dibuat pilihan oleh orang SIBU. Aku percaya, bukan sekadar pengundi Cina yang telah membelot kepada Barisan Nasional, tapi ada juga pengundi-pengundi Bumiputera yang turut bersikap demikian.

Mengapa demikian?

Barisan Nasional terlalu banyak menggunakan teknik tabur. Taburannya pulak tidak sekata. Ini juga menjadi salah satu punca iri hati dikalangan golongan yang tidak terkena tempias taburan tersebut.

Masalah-masalah lampau dari calon BN yang tak tertunai mungkin juga menjadi faktor penyebab kekalahan BN kali ini. Oleh itu, kita harap ianya dapat diselesaikan oleh DAP secepat mungkin.

JUDI pilihanraya? JUDI bola? No komen....hehehehehe

Hari ini dia cakap...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.

"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Sunday, May 16, 2010

KEPUTUSAN RASMI DAP MENANG 398

Akhirnya diumumkan juga walau berat bagi SPR bukan BN....untuk menerima kekalahan ini...hidup PR..walaupun diancam dengan berbagai-bagai ancaman....UNDI POS MEMANG CELAKA



BN: 18,447
DAP: 18,845
Bebas: 232
Majoriti: 398.

PETI UNDI POS BARU DIBAWA MASUK

Apalah punya bangang SPR ni...buang undi dulu tapi time kira last sekali ....memang biul...ini semua untuk mengsonglap undi la ni....



 
Peti undi pos dibawa masuk ke dalam dewan. Sementara itu, kedengaran bunyi sorakan dari luar Dewan Suarah daripada penyokong-penyokong calon DAP kerana keputusan rasmi kemenangan calon itu masih belum diumumkan oleh SPR. Kelewatan ini disebabkan SUPP meminta kiraan semula kertas undi dibuat.

DAP MENANG TIPIS

Permainan kotor SPR dari 3944 undi DAP mendahului dengan melengah-lengahkan keputusan Nagka Hilir yang kononnya ada undi bermasalah disitu akhirnya... DAP mendapat kemenangan dengan hanya majoriti 390....korang boleh percaya ke ni...memang celako punya SPR dan kuncu-kuncunya...tapi menang tetap menang....alhamdullilah akhirnya DAP sebagai penyelamat Pakatan Rakyat... 


DARI Tony Phua: PR menang antara 300 hingga 40


SAH SAHEH BETUL TEPAT CILAKA LAKNAT


gerombolan sudah kalah di sibu !

DARI Fuziah Salleh (PKR): Tak rasmi PR menang 390 undi
2 minit yang lalu jam 9.32 - tukartiub

Friday, May 7, 2010

ACAHAN POLIS SIBU

Polis sibu ni...Polis diraja malaysia ke......Polis republik sibu....apa maksud orang luar yang dia cakapkan tu....apa orang dari semenanjung ni tak boleh masuk sibu ke.... apa maknanya orang luar dari mengganggu kedamaian disibu tu....apa sebelum ni sibu tu aman sangatkah....helo beb korang tau tak pasal pilihanraya undi mengundi ni.....biasalah tu kalau bab kempen mengempen ni...mesti ada provok sana provok sini takkan itu pun aku nak ajar....sengal betulla korang ni....yang korang nak jaga tu hah...puak-puak UMnoBn....diaorang ni lah yang paling kurang ajar kalau bab-bab provok time kempen ni.....ayo...yooo.....terlebih sudah.....

SIBU: Polis memantau kehadiran orang luar tertentu yang berkemungkinan datang dengan niat untuk mengganggu keamanan semasa berlangsungnya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail, berkata polis akan berusaha habis-habisan untuk menghalang pembuat kacau yang datang ke sini bagi menimbulkan masalah.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata semua pihak yang terbabit dalam pilihan raya kecil itu telah diminta supaya menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang.
"Saya tidak mahu insiden seperti membaling botol atau batu berlaku dalam pilihan raya kecil ini. Kami tidak mampu untuk memenuhi lokap dengan pesalah pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, jumlah anggota polis yang mencukupi telah ditugaskan bagi memastikan keadaan aman terkawal sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.

Mengenai dakwaan pertaruhan haram membabitkan keputusan pilihan raya kecil itu, Shafie berkata tiada laporan polis diterima setakat ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan polis mempunyai sumber yang mencukupi untuk memantau perkara itu dan akan mengambil langkah perlu sekiranya dakwaan itu didapati benar.
Shafie turut menasihati parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil berkenaan supaya memohon permit daripada polis sebelum mengadakan sebarang ceramah.

Katanya, walaupun prosedur biasa untuk memohon permit itu memerlukan permohonan dikemukakan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal, pengecualian akan diberikan semasa pilihan raya kecil itu untuk menerima permohonan permit yang dibuat dalam masa sehari.

"Tolong beri kepada kami butiran yang perlu bagi memudahkan kami memproses permohonan permit itu," katanya sambil menasihati pihak yang menganjurkan ceramah supaya menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghina. - Bernama

Tuesday, April 27, 2010

Pengerusi DAP vs Peguam DiSibu



Kata Berahim Alikataki tangguhkan bantuan untuk orang cina kat sini orang cina pengundi ter besar dalam 60% mau terkedu najib bila berahim cakap macam tu silap hari bulan kena tempeleng jugak berahim katak tuh...macamana nak cari makan BN kat situ...susah maa... susah..

SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi.

Robert Lau Peguam Calon BN

Rasa-rasa Pakatan Rakyat boleh makan tak dia ni...

KUCHING, 27 April (Bernama) -- Peguam Robert Lau Hui Yew diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.- bernama


POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran