Showing posts with label PRK Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label PRK Hulu Selangor. Show all posts

Friday, August 6, 2010

ZAID TIDAK AKAN MERAYU

Ku tak akan merayu lagi......tiada rayuan bagimu.....apa nie....kita tengok apa komen dato zaid pasal mahkamah nie....bila lah agak hakim-hakim kita nak sedar yang umno nie....tak akan dapat menongkat langit selama-lamanya.....kesian lah wa nengokkan.....







KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan ekoran mahkamah menolak petisyen pilihan raya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Dalam blognya, Zaid berkata, "Saya tidak akan berbuat demikian kerana kita akan mendapat keputusan yang sama. Saya tidak mahu membuang masa kawan kawan saya Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman secara percuma dalam mengejar keadilan."

Mahkamah Pilihan Raya semalam membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Petisyen terhadap Kamalanathan difailkan di bawah Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

Zaid yang tidak pergi ke mahkamah semalam "kerana saya telah pun menjangka bahawa permohonan saya tidak akan dilayani."

"Bila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya (3 hari) kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak di atas alasan “teknikal” (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaran sepenohnya, di mana segala butiran dan keterangan yang kita ada dan saksi saksinya akan dibentang), maknanya saya tidak akan berjaya," tulis Zaid dalam blognya mengulas keputusan itu.

Menurut Zaid, alasan yang diberi hakim ialah dia tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun “bribe” tersebut. Bagi Zaid, nama-nama mereka ada, dan akan ketengahkan saksi-saksi yang ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak. Apa perlu tolak awal awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi ‘The Great PM’ dari disoal oleh peguam kami. Mana boleh PM datang ke Mahkamah?" tulis Zaid lagi.

Bagi beliau, ada banyak jenis kes “rasuah pilihan raya.”

"Bila kita membuat aduan spesifik bahawa  calon A menawarkan duit untuk B dan C mengundinya, memanglah kita patut senarai dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes “general bribery” yang mustahil dapat kita senarai semua nama-nama mereka yang ditawarkan wang tersebut," katanya.

Mengikut keputusan ini, tulis Zaid, katakanlah kalau PM memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihanraya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa-siapa yang mahu membawa kes itu ke Mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta  penduduk Sarawak!

Mahkamah juga berkata kita yang membawa permohonan mesti membuktikan bahawa  mereka yang menerima rasuah ini: rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka membuat undian untuk BN.

"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini," katanya.

"Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti “Kamu undi siapa semasa piliharaya? “ tidak dapat disoal semasa perbicaran kerana undi itu sulit. Akta Kesalahan Pilihanraya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu. Tetapi Hakim terus menetapkan syarat sedemikian," katanya.

Zaid berkata, dia juga disalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," katanya.

Bagaimanapun,  Zaid dengan penuh yakin berkata, "satu hari nanti, kita akan berjaya."-harakah

Thursday, April 29, 2010

MUKA 3 JUTA

Haiyaa.....senangnya dalam hati....

Najib Amal Rasuah Politik Secara Terang-Terangan

Wajah Ng Teck Kim terkerising gembira mendapat Cek RM3juta dari Najib.

NEW STRAITS TIMES THURSDAY - APRIL 29,2010

Funds for Chinese: BN fulfils pledge, hands over RM3m to Rasa school
2010/04/29

PUTRAJAYA: Barisan Nasional will not punish the Chinese community for their lack of support in the recent Hulu Selangor parliamentary by-election but is hoping that they will back the ruling party in future.

Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Razak gave an assurance that no community in the country would be sidelined.

He also made good yesterday the promise he made during the by-election to SJK (C) Rasa by handling over RM3 million for the refurbishment of the school, including its expansion.

The allocation was approved on Monday, the day after BN candidate P. Kamalanathan wrested the opposition seat with a 1,725 vote majority.


Nampaknya amalan rasuah politik dilakukan secara terang-terangan. Akhbar-akhbar utama mendedahkan pemberian RM3juta kepada kaum Cina Hulu Selangor sebagai umpan untuk mengembirakan mereka kerana janji pilihanraya yang lepas. Walaupun mereka tidak mengundi BN tapi janji tetap dikotakan oleh Najib.Harapanya agar PRU yang ke 13 akan datang Cina akan kembali mengundi BN.

Yang menghairankan kita ialah mengapa bantuan ini ditunggu sehingga PRK Hulu Selangor baru nak diberi? Apakah selama ini permohonan mereka ditolak atau tidak ada permohonan langsung atau kaum Cina di Hulu Selangor pandai menangguk di air yang keroh. Ataupun Najib sudah termakan hasil provokasi Lim Kit Siang?

Jika pendekatan ini lebih berjaya maka lebih baik kaum Cina tunggu lagi musim air keroh dan tangguk lagi semoga mendapat ikan yang lebih besar dan banyak lagi. Peranan Lim Kit Siang dan DAP nampaknya lebih berkesan dari MCA dan Gerakan.

Wednesday, April 28, 2010

Zaid Fail Petisyen

Lawan tetap lawan...

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”-malaysiakini

Monday, April 26, 2010

Bridget Welsh - Tiada Pemenang Dalam PRK Hulu Selangor

Dari MerdekaReview....

Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini. Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Bridget Welsh (gambar kiri) yang juga Profesor Madya di Singapore Management University berkata, walaupun BN memenangi PRK ini, namun ia satu kemenangan yang "kurang cantik", khususnya apabila Najib menongkah arus tradisional dan turun sendiri ke padang untuk menarik undi dengan menabur gula.

"Sememangnya, anda boleh mengatakan menang tu menang-lah," kata Bridget Welsh. Pada awal PRK Hulu Selangor, Bridget Welsh menganggap ia sebagai satu referendum terhadap prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kempen untuk PRK ini, beliau menganggap ia "belum cukup untuk dilihat sebagai referendum".

Calon MIC-BN P.Kamalanathan menewaskan calon PKR-PR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi. PRK yang mencatat kadar pengundian 75.87% ini mempunyai 731 undi rosak. 【Baca: Akhirnya, Zaid Ibrahim tewas!】

Pakatan Rakyat perlu muhasabah

Selain itu, Bridget Welsh berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar dari PRK ini. Menurut Bridget, PR harus berkempen dalam satu pasukan, malah dalam PRK ini, PR lebih berada pada kedudukan "mengawal" (defend), dan agak perlahan langkahnya pada peringkat permulaan. Beliau menjangkakan keadaan mungkin memihak kepada PR seandainya tempoh berkempen dipanjangkan.

Pada pandangan Bridget, sungguhpun strategi BN untuk menyerang secara peribadi terhadap Zaid (gambar kanan) dan menabur gula kelihatan berkesan, namun taktik ini telah menjadikan kemenangan ini tercalit. Beliau menganggap Zaid Ibrahim seorang calon yang baik dan berwawasan, tetapi lemah dalam strategi kempennya.

"Saya merasakan tiada pemenang yang sebenarnya dalam PRK ini. Malah pengundi Hulu Selangor juga bukan pemenang yang sebenar. Walau bagaimanapun, saya masih dalam pengamatan," katanya.

Pada 24 April, PM Najib menjanjikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada SRJK (c) Rasa, pembinaan 200 unit rumah kos rendah di Hulu Bernam dan peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

Pada 23 April, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM 50 ribu kepada 100 orang bekas peneroka FELDA Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1000 pada peringkat awal, dan ini merupakan hasil penantian 15 tahun oleh mereka.

Selain itu, Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

PRK Ijok?

Apa yang menarik, PRK Hulu Selangor agak menyerupai PRK Ijok pada tahun 2007 dalam banyak perkara. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi turun ke kawasan pengundian tiga hari sebelum mengundi, apabila keadaan agak mencemaskan buat pihak BN. Apa yang berbeza, bekas PM Mahathir Mohamad tidak dibawa bersama. Namun, kempen BN yang diketuai Najib pada ketika itu juga mengerahkan jentera kerajaan sepenuhnya.

Dalam kedua-dua PRK ini, budaya rasuah, ugutan, samseng bermaharajalela. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak memperlihatkan "keberkecualiannya", apabila masalah senarai daftar pengundi, pertukaran pusat mengundi masih berlaku.

Jika dilihat kejadian keganasan yang berlaku, PRK Hulu Selangor mungkin gagal menandingi PRK Ijok, kerana calon PKR ketika itu, Khalid Ibrahim dibaling dengan air botol semasa berkempen. Malah pada hari penamaan calon, Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) mengetuai penyokong BN untuk bertelagah dengan PR. Poster "Sedia Gempur" kelihatan di mana-mana, malah berlakunya perang membaling air botol dan pertembungan fizikal.

Kedua-dua PRK ini memperlihatkan kecenderungan pengundi Cina untuk menyokong PKR. Walaupun PKR tidak menang di Pekan Ijok, kawasan pengundi Cina majoriti, namun PRK hanya tewas nipis, memperlihatkan pola pengundi Cina yang menyebelahi PKR.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran