Showing posts with label F1 malaysia. Show all posts
Showing posts with label F1 malaysia. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Kos F1 1M Makin Naik Nampak
sept 29 09

Macam PKFZ kos F1 1M pun terus melambung hari tu kata kos 308juta aje...tup..tup hari nih Tony Fernandes kata kos untuk semusim berjumlah 450juta untuk melengkapkan pusingan setahun...apa dah jadi nih beb kejap cakap macam ni kejap macam tu...dia orang buat duit tu macam apa je kan...sudah lah ini semua putar alam punya cakap buat kerja merapu...tokeyai gerenti dan meyakini F1 1M memang tak lama glamor sekejap aje...tak percaya tengok ajelah nanti...Tony fernandes kata dia tak pernah gagal...angkuh cukup angkuh dia tak tahu ke F1 nih bukan cari penumpang untuk naik kereta F1 pergi bersiar-siar macam naik Air Asia dia tu...tengok ajelah nanti...

KUALA LUMPUR - Bos pasukan Formula Satu (F1) negara, F1 1Malaysia (1MF1T), Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kira-kira RM450 juta perlu dibelanjakan untuk membolehkan Malaysia bersaing di litar F1 selain untuk melengkapkan jadual 19 perlumbaan.

"Kami perlukan RM100 juta hingga RM150 juta untuk membolehkan jentera berada di litar dan kami perlukan (tambahan) RM300 juta bagi melengkapkan keseluruhan persaingan," katanya.

Fernandes, 46, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif penerbangan bajet Asia Tenggara, AirAsia, menjadi pendorong utama bagi membolehkan kepulangan Lotus ke sukan itu, yang mengumumkan hasrat mereka untuk berlumba semula minggu lalu.

1MF1T disokong oleh 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd., sebuah perkongsian swasta-awam melibatkan barisan usahawan terkenal tempatan di samping pembuat kereta kebangsaan, Proton.

Fernandes menambah, pasukan Malaysia akan menawarkan pekerjaan kepada 225 orang termasuk pakar aerodinamik dan jurutera bagi kemahiran mekanikal dan elektronik.

Ketika ditanya sama ada dia yakin dalam mencari penaja bagi pasukan, katanya: "Adakah kami gagal setakat ini?" merujuk kepada kejayaan AirAsia sejak pelancarannya pada 2001 untuk menjadi syarikat penerbangan ke-12 terbesar dunia.

Lotus kembali ke F1 selepas bersaing dalam kejuaraan itu dari 1958 hingga 1994.

Pembuat kereta kebangsaan Malaysia, Proton memiliki saham terbesar dalam syarikat itu pada pertengahan 1990-an.

Buat masa ini, pasukan 1MF1T akan berpangkalan di Norfolk, England, dekat kilang Lotus Cars, satu prasarana yang dibina oleh Toyota untuk penyediaan dan pembangunan awal F1 mereka.

Namun kereta pasukan akan dibina, dikeluarkan dan diuji di Litar F1 Sepang yang menjadi tuan rumah perlumbaan GP Malaysia sejak 1999. - AFP

Saturday, September 26, 2009

F1 Malaysia Confirm Tak Lama
sept 26 09

Agak-agak korang boleh pegi ke F1 Malaysia nih...bukan nak kutuk tapi korang tengoklah sendiri fakta-fakta yang ada ini...

Tidak dinafikan, penyertaan F1 sememangnya dapat menampilkan Proton di pentas dunia atas nama Lotus. Namun, segala-gala ini datang dengan harga yang tinggi. F1 diisytiharkan sebagai salah satu acara sukan dunia yang paling "menghanguskan wang".

Misalnya, bajet pasukan kereta terunggul, Ferrari ialah 200 juta pound (kira-kira RM 1.1 billion) setiap tahun. Selain itu, menurut sebuah bahan bacaan terbitan F1, pasukan kereta yang "mega" seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya, telah menghanguskan 400 juta US dollar masing-masing, pada tahun 2006.

Toyota yang menghanguskan 450 juta US dollar setahun, gagal mengecapi nikmat juara dalam apa-apa acara sehingga kini. Honda yang menghanguskan 380 juta US dollar pada tahun 2006, menarik diri dari F1 pada tahun 2008 kerana tidak tahan dengan cara menghanguskan wang yang sedemikian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, wang yang dihanguskan Honda melebihi 400 juta US dollar setahun. Biarpun Honda antara pengilang kereta yang paling untung di dunia, juga tidak menganggap dirinya mampu menampung beban perbelanjaan yang seberat ini.

Walaupun BMW sebagai pengilang kereta yang terbesar di dunia, juga kelihatan tidak tahan dengan cara menghanguskan wang sedemikian. BMW telah mengumumkan untuk menarik diri setelah tamatnya musim perlumbaan tahun ini. Dalam detik saat kemelut ekonomi dunia ini, BMW pun terpaksa tunduk. Sebagaimana yang diketahui, untuk beberapa tahun kebelakangan ini, BMW membelanjakan kira-kira 300 juta US dollar setahun secara puratanya.

Yang ini bajet F1 Malaysia....jauh panggang dari api beb kalau setakat join F1 nak suka-suka nak carik glamor buang masa aje...banyak benda lain dengan duit 308juta boleh buat...Bukan thinking negative tapi tokeyai confirm F1 Malaysia ni tak lamo....

KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan sebanyak RM308 juta.

Pasukan itu dalam satu kenyataan akhbar berkata, Proton Holdings Bhd. akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada Pasukan F1 1Malaysia (1MF1T).

Lesen kerjasama itu termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan pindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam Pasukan F1 negara, di pusat teknikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.

1MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Kumpulan Tune, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.

Kumpulan Tune dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T, Datuk Kamarudin Meranun.

Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail daripada 1Malaysia F1 Sdn. Bhd.

Thursday, September 17, 2009

Lotus F1 (1M) - Belum Apa-Apa 172juta Akan Terbang
sept 17 09

Posting semalam tokeyai dah cakap belanja mengurus team F1 nih bukan sikit mahu tak makan kita dibuatnya...nih baru cakap nak buat promote aje dah makan ratusan juta tu belum yang lain-lain lagi...tokeyai tak ambik peduli sangat kalau wang yang diguna bukan duit rakyat...tapi disebabkan kerajaan juga terlibat mesti pakai duit rakyat jugak...Air Asia Dan Naza tu tampal aje kot biar nampak macam ada swasta join sekali sebab kalau rugi pun taklah rakyat marah kat kerajaan...dan tokeyai masih tetap blur boleh ke dalam masa tak sampai setahun mungkin bulan Mac 2010 grand prix pertama team F1 1M dah boleh ada pemandu dan pit crew dari anak malaysia sendiri sedangkan nak melatih dia orang ni bukan boleh buat dalam setahun dua....gila...gila bukan dia orang yang gila...tokeyai yang gila nih....aduh... sakit kepala aku...

Promoter F1 1Malaysia tingkat pelaburan RM172 juta

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Promoter pasukan F1 1Malaysia akan membuat pelaburan awal sebanyak 10 juta pound (RM57.62 juta) sebelum dipertingkatkan kepada 30 juta pound (RM172.86 juta) dalam persediaannya menghadapi perlumbaan Formula Satu pada tahun depan.

Salah seorang promoter pasukan itu, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pelaburan tersebut membabitkan deposit untuk enjin yang akan siap pada Januari depan sebelum diuji sebulan selepas itu.

''Selain pelaburan digunakan untuk mendapatkan enjin, ia juga digunakan untuk rekaan badan kereta dan menjalankan ujian termasuk segala kos operasi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan swasta negara ini bagi menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.

Selain Kamarudin, tokoh korporat Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.

Menurut Kamarudin, sebagai pemegang saham awal pasukan itu, pihaknya mengalu-alukan individu atau syarikat milik kerajaan atau swasta tempatan yang ingin menyertai pasukan tersebut.

''Dengan sokongan dan galakan Perdana Menteri serta pihak Proton, Lotus, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAMS) dan lain-lain, kami berbangga mengenainya (F1 1Malaysia) dan ketika ini terdapat peluang yang amat luas dalam F1.

''Kami merupakan promoter awal dan ideanya adalah menjalinkan perkongsian pintar antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan,'' ujarnya sambil memberitahu ia merupakan pelaburan individu dan bukannya AirAsia Bhd.

Kamarudin merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia manakala Fernandes pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah itu.

Ditanya mengenai pelaburan beliau dalam pasukan itu, Kamarudin berkata, sebagai pemilik pasukan, beliau melihat daripada aspek komersial seperti perkongsian liputan media, penajaan, penjualan barangan dan lain-lain lagi.

Tambah beliau, penyertaan swasta dalam pasukan F1 1Malaysia akan menyokong dan melengkap pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri automotif dan yang berkaitan dengannya pada masa lalu dan akan datang.

''Pelaburan yang dilakukan kerajaan sebelum ini adalah membina perkakasan (hardware), dan pembabitan kami pula merupakan platform bagi memajukannya lagi selain membina perisian (software) sokongan.

Wednesday, September 16, 2009

FIA Panggil Lotus F1 bukan 1M F1
sept 16 09

Satu lagi projek barisan nasional yang akan mengkayakan sesetengah orang aje...tokeyai ni memang peminat F1 siap gaduh dengan anak-anak kalau siaran F1 bertembung dengan cerita dia orang...kira boleh tahan jugaklah kalau malaysia dah ada team sendiri yang sebenarnya F1 ni banyak didominasi pengeluar kereta dan taukeh-taukeh yang kaya-kaya...sebab pulangan dari hasil penjualan dan hak eksklusif siaran serta pengiklanan memang amat lumayan ditambah lagi kedudukan pasukan 10 keatas akan mendapat faedah bayaran dari hak eksklusif tersebut...jarang-jarang ada kerajaan sesebuah negara yang nak mensponsor F1 nih...sebab kosnya amat mahal hampir setengah billion setahun ini ikut kemampuan pasukan-pasukan F1 itu sendiri dan biasanya ferrari dan mercedes mencapai keangka itu dan team-team biasa lebih kurang ratusan juta jugak setahun...itu yang tokeyai pelik kerajaan melaui GLC proton dan sudah tentunya khazanah holding akan melabur dalam projek ini....harap-harap kerajaan tidak mensia-siakan wang rakyat ini dengan menjadikannya projek gajah putih macam banyak projek perumahan yang terbengkalai dinegara ini...sebab kalau hanya setakat nak glamour dengan slogan 1Malaysia ditv dunia dia orang tak pandang pun najib pun dia orang tak kenal dan tak heran pun....sebab banyak dah pasukan yang dah bungkus sebab tak mampu bersaing dari segi kos....sebelum ini pun pasukan BMW sauber petronas yang menggunakan enjin BMW pun tak berjaya untuk menakluk setiap perlumbaan apa lagi enjin lotus proton...betul-betul sangsilah tokeyai boleh ke dia orang nih ke saja nak memutihkan wang hitam sebab banyak projek yang boleh buat duit dari F1 nih tak caya tanya kat michael schumachher...gini ajelah kalu kail panjang sejengkal kau orang buatlah proton tu dulu sampai boleh jual kat sini macam harga kat arab saudi tu jangan nak diduga kesabaran rakyat Satu Malaysia....





Teknologi anak tempatan sertai perlumbaan

PUTRAJAYA: Pasukan F1 1Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata projek itu menggabungkan teknologi Proton dan Lotus, kepakaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Petronas dan Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) serta bantuan SIC, Persatuan Permotoran Malaysia dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia.

"Ini pasukan Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya, maknanya kereta ini (atas) direka bentuk, dibuat dan diuji di SIC dan adalah kereta buatan Malaysia.

"Kumpulan mengendalikan pitstop juga rakyat Malaysia. Kita akan kenal pasti pelumba yang sesuai untuk kendalikan kereta ini," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dua pemandu pasukan itu dijangka diperkenalkan pada 31 Oktober ini selepas tapisan daripada enam calon.

Pasukan itu turut mendapat kerjasama tiga tokoh korporat, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes; timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran