SASTERAWAN NEGARA SETUJU DUN PERAK DIBUBARKAN
Pak Samad Said turut hadir dalam program penjelasan isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak yang diadakan malam tadi di Perkarangan Surau Taman Meru 2B, Jelapang. Beliau antara pejuang bahasa yang menentang PPSMI.
Dalam ceramahnya malam tadi, beliau menyelar pemimpin UMNO BN terdahulu yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. Beliau turut menyelar pemimpin BN sekarang yang masih mempertahankannya. Beliau sanggup diperalatkan bagi manfaat rakyat dalam usaha memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan menghapuskan PPSMI.
Beliau juga turut bersama rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan, dan menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN perlukan penyelesaian melalui pembubaran DUN.
Program malam tadi dihadiri oleh Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Tn Hj Azmi Abd. Hamid, Presiden Teras, YB Chan Lee Kang, Adun Teja dan Dinsman. Kesemua mereka turut menyampaikan ucapan. Kesemua pemidato bersetuju PPSMI dihapuskan kerana tidak mengungtungkan orang Melayu. Isu Sidang DUN Perak 7 Mei antara yang banyak dikupas dan diulas oleh mereka. Dinsman turut menyumbangkan sajak yang cukup menyentuh hati dan nurani setiap pendengar.
TINDAKAN BN DI DUN PERAK TIDAK BETUL & SALAH - PROF. MADYA DR. NIDZAMUDDIN
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin menyifatkan insiden tersebut sebagai satu lagi rampasan kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Februari lalu.
“Apa yang berlaku semalam tidak betul dan salah dari sudut perlembagaan. Mereka (kerajaan Barisan Nasional) tidak boleh memecat Speaker dan pelantikan penggantinya yang baru (dari BN) juga tidak sah," katanya.
Jelasnya, kekecohan itu juga memberi tanggapan negatif masyarakat luar negara terhadap negara ini.
“Bukan sahaja ekonomi Perak akan terjejas, malah ada kemungkinan pelabur-pelabur asing akan was-was mengenai kestabilan politik di negeri itu.
“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada industri pelancongan ekoran urus tadbir yang tidak sempurna,” katanya.
Sumber : mStar Online
No comments:
Post a Comment