Tuesday, April 14, 2009

Pendekar bujang lapok vs Pendekar umno lapuk

Lokasi : sekolah umum buta hurup kg pinang sebatang.Dialog “kau tau tempat apa ni sudin.ohh...ini alif mim nun wau.Alif tendang wau sarkaslah.”Itulah antara dialog-dialog keramat dalam filem TS P.Ramlee yang merupakan seorang tokoh yang tinggi pandangan makrifatnya baik dalam filem maupun realiti hidup yang sebenar.Walaupu telah berpuluh tahun meninggalkan dunia ini namun beliau telah dapat membaca realiti politik pada masa dulu,kini ,dan selamanya.Itulah yang ingin digambarkannya dalam dialog jawi alif mim nun wau yang bila dirumikan manjadi UMNO.Cuba kita teliti dan renungkan apakah maksud tersirat yang terdapat dalam bait bait dialog pakcik sudin itu.Salah ke TS PRamlee bila menggambarkan parti politik yang kununnya berjuang untuk bangsa ,agama dan Negara (sepatutnya agama,bangsa dan Negara itu yang betul ini teman bincang kemudian nanti)sebagai sebuah parti sepakterajang dan parti sarkas.Teman raso kita semua maklum UMNO sekarang ni memang macam tulah keadaannya jadi betullah apa yang TSPRamlee kabokan tu.Rumah dah siap(?) pahat tak berenti-renti bunyi macam kucing jantan nak mengawan.Sano sini cakap pasal tak puashati tak jadi menteri pasal kalah dalam parti ntah macam-macam lagilah teman pun naik angin eh...bukan naik mual tengok gelagat dio orang ni.Lantak dio oranglah.

Ini cito pasal kabinet baru apalah gamaknya DS najib ambik orang yang bukan MP jadi menteri,timb menteri macam bagus sangat orang-orang tu.MP-MP yang ado tu semua tak bagus tak boleh buat kojo kalau macam tu senanglah tak payahlah masuk bertanding buat abiskan duit maso tenago buek apo.Boto tak?Duduk diam-diam tunjukkan karisma sikit bodek-bodek sikit last-last dapat jadi jemaah menteri jugak tak gitu.Inilah senario politik malaysia pilihan rakyat bukan menjadi keutamaan sebaliknya pilihan peribadi menjadi panduan apakah ini selari dengan identiti one Malaysian rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Cakap lain buat lain inilah masaalahnya apabila bertindak tidak selari dengan apa yang dikata dia akan menjadi liabiliti yang akan diterjemahkan dalam PRU13 nanti.

Macammanapun kawan nak ucap tahniahlah kat TS Muhyiddin TPM baru kito bukan apo dio ni orang negeri kawan dah lamo benar orang kat negeri kawan tak do orang besar kat atas tu.Buat TPM baru tengok-tengoklah nasib cikgu-cikgu yang kat bawah tu bela la sikit nasib diorang itu sebab diorang ni ramai yang susah dan ramai yang mengundi dalam PRU13 nanti.Buanglah pendekar-pendekar UMNO yang dah lapuk dan gila kuasa tu....wasallam

Thursday, April 9, 2009

alahai....kabinet DS najib

Hari ini DS najib akan umumkan kabinet one malaysiannya kita tengoklah nanti jadi ke tak jadi one malaysiannya itu jangan jadi wang malaysian (sebutan terengganu) sudahlah.Sebab la ni orang-orang politik yang menang dan kalah semuanya tengah tak tentu arah ada yang siang-siang dah letak jawatan ada yang muka tak malu nak juga jawatan waima dah kalah game ada yang tengah melobi mintak simpati macam-macam caralah digunakan la ni jugak kocek pak-pak dukun penuh sampai terkeluar-terkeluar ongkosnya..Hai... dunia.. dunia kenapalah tuhan adakan orang-orang yang gila kuasa macam ni mungkin ada hikmahnya mungkin tuhan nak bagi Pakatan Rakyat memerintah satu hari nanti agaknya..ye mudah mudahan.Semalam Tun che det kata dia masih sangsi(meluat?) dengan KJ dan mintak DS najib tak lantik dio dlm kabinet tapi ramalan kawan dan kawan nak bet dengan Tun raso kawan tok najib gerenti ambik dio masuk kabinet paling koman pun timb menteri tak cayo tengoklah nanti anak dio mukhriz kawan 50 50.Lepas ini dio mesti kato najib dah buat silap pasai ambik orang yang rasuah masuk kabinet ntah apo yang dia sibuk sangat pun kawan tak tau mungkin sobab anak dio kalah kut.Kawan tengok sehari duo ni bukan main sibuk lagi Tun ado apo apo ko ngalahkan PM pulak ko ada hati nak jadi PM semulo.Kawan malaslah nak nasihat orang macam ni dah tua akai pun dan banyak pandai-pandai dio la nak ngadap Allah Azzawajalla nanti.
Kawan nak pesan kat DS najib jika memberi bukan pada yang berhak menerimanya bersedialah untuk kehancuran.....wasallam

Wednesday, April 8, 2009

Sekalung tahniah buat PKR dan PAS

Syabas kepada PKR dan PAS atas kejayaan mempertahankan dua bukit pada PRK semalam.Percayalah bukan hanya dua bukit ini saja malah dua semenanjung iaitu tanah besar dan borneo juga akan dapat ditawan jika mahathir masih lagi nak menunjuk belangnya dah pencen tu buatlah cara dah pencen macam pak lah duduk diam-diam, ini tak macam lah dia tu bagus sangat.Orang lain tak boleh buat macam dia buat kununnya, dekat malaysia ni dia sorang saja yang pandai kununnya... piiraahlah mabuk.Hari tu hantar borang masuk umno semula bawak anak beranak sekali pi jumpa PM baru DS najib kunun nak bagi orang tau aku baik dengan najib apa sobabnya tu...sobab nak najib jago anak dia lah tu bagi jadi menteri ko apo ko..konang jaso lah sikit najib dulu aku ada tolong hang sekarang hang tolonglah anak-anak aku pulak. cit ini macam punya orang pun ada kah..dunia...dunia kalu orang dah tak ingat nak mati macam nilah jadinya nak menongkat langit kununnya.Sedaqlah sikit che det umuq dah tua dah bawak-bawaklah beribadat jangan dok nak mencaci orang sana sini dulu anwar lepaih tu pak lah ko hentam sampai lembik orang tu kau kojokan cukup-cukuplah tu kang lepas ni najib pulak ko hentam mana tau kut -kut tak puashati anak tak dapat jadi menteri...ha jaga- jaga DS najib orang macam ni lebih ular dari ular lebih sudu dari kuah. wasallam......

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran