Tuesday, July 26, 2011

NAJIB LU DIAM LAR - FACEBOOK SOUND

Kahkahkahkah.....mamat ni memang dah tak lamo jadi PM nie....tak caya lu orang tengok nanti.....malu...malu beb PM kena sound diam kat facebook dia.....

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara. 
NONEMalah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.-mkini



Demikianlah realitinya dalam alam internet, apabila ahli politik terpaksa berdepan dengan kerenah warganya yang pelbagai ragam.  Setiap hari kewibawaan politikus dicabar dengan informasi dari hujung jari warga internet, satu situasi yang tidak pernah dialami pada zaman di mana media tradisional boleh dikawal menggunakan telunjuk kuasa.

Terbaru, apabila Perdana Menteri Najib Razak memperbarui catatan dalam blognya, disusuli dengan memaklumkannya melaluitwitter, dan kemudian di status Facebooknya:Blog terbaru saya menyentuh tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara. http://t.co/ho8neN7; seorang warga internet telah meninggalkan komen "Diam lar" di bawah status Facebook tersebut.

Komen warga internet ini dipadamkan oleh admin Facebook Najib Razak, dan tindakan ini telah mencungkil ketidakpuasan warga internet yang lain, yang seterusnya meninggalkan komen untuk mengecam dan mengkritik Najib.

Banyak komen yang ditulis dengan nada untuk menyindir, antaranya "DS, apa harga benar cincin diamond yang Rosmah pakai tu? Siapa bayar?", sementara ada pula yang menyokong pimpinan beliau, "Sudah terbukti kerajaan yg memerintah sekarang adalah kerajaan yg terbaik dan yang bersungguh untuk memberi kehidupan yg baik untuk rakyat.....bersyukurlah dengan kenikmatan dan keamanan yg kita kecapi".

Tidak cukup dengan itu, sebagai reaksi kepada "terpadamnya" komen "Diam lar" itu, satu page bernama "Diam lar!" telah diwujudkan, dan telah memiliki lebih 5,000 orang penyokong dalam masa kurang daripada 13 jam.

Sebelum ini, pelbagai page telah diwujudkan sebagai desakan agar pimpinan kerajaan meletak jawatan, lantaran pendekatan yang keras oleh kerajaan ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0.  Sebagai reaksi kepada trend ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah tiga juta orang warga internet untuk menyokong agar Najib Razak dikekalkan.

Satu page ditubuhkan, dengan nama "3,000,000 People Want Najib To Stay", namun hanya disokong 353 orang buat setakat ini (1.19 tengahari, 26 Julai 2011).-merdeka review

Monday, July 25, 2011

DR ASRI DIKAITKAN TERRORIS PULAK...

Heiii.....apo nak jadi ni.....ni pasal dr asri sokong bersih la ni agaknya.....dah sah pru13 dah dekat dah ni....depa main MKN pulak nak turnover orang mcm dr asri ni yang banyak pengaruh....alamak lu orang punya trick wa sudah boleh baca ma.....lu orang punya modus operandi sudah basi la ma....

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

NONEMenurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri diPutrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan
Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber. 

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

young ulama join umno 250610 02Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungiMalaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

'Tolak juga fahaman tak demokratik'
Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

NONE"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat. 

"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.-mkini


Sunday, July 24, 2011

MUHYIDDIN KATA DAH TAK ADA MASA

Dia cakap lagu tu...konfem PRU13 dah dekat bebenor lah tu....keduanya muhyiddin tau najimah ni tak lama lagi akan mengadap mahkamah perancis...jadi muhyiddin dah tak ada masa nak dengar kelentong2 najimah lagi....jadi sebelum dia kena tendang keluar.....baik dia tendang najimah dulu mcm yang paklah kena....langkah dah diatur siap macam2 bunga lagi.....Helllo najimah....hang berani hang sautlah....muhyiddin dah bukak langkah tu....apaaaa....bini hang tak bagi....kahkahkahkahkah..............

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. 

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.-mkini

ORANG GILA BUAT BOT 10B DARI EMAS

Khabarnya jutawan dari malaysia yang empunya...ni mamat gila manalah ni....otak dah senteng bukan kat kepala lutut lagi dah ni.....ini orang memang dah tak ada otak....eloknya dihukum tembak jer.....kalau dah tak tau duit nak wat apa bagi kat den ni hah....ker...sedekah sana sini ker....ada jugak pekdahnya....


Kapal Pesiaran US3 Bilion Daripada Emas Milik Jutawan Dari Malaysia

 
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!
Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padu.
Kapal 100 kaki panjang yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun untuk disiapkan oleh pembuat perhiasan dari Liverpool,  Stuart Hughes. "Projek ini menggunakan100 ribu kilogram emas dan platinum dan semua bahan di kapal pesiaran ini, termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas," ungkapnya.
Ia menambahkan, projek pembuatan kapal pesiaran emas adalah pekerjaan paling sukar dalam kariernya. Pembinaannya memerlukan waktu tiga tahun untuk merancang termasuk izin pembuatan dengan menggunakan bahan teristimewa.[sumber :stuarthughes.com]

Friday, July 22, 2011

VIDEO MAT SABU KENA KEJAR POLIS

Wei...polis oi....lu orang semua memang langsi semua orang tau...lu pusing macam mana crita pun lu tetap langsi ma....yang korang pegi kejar mat sabu tu smpi 3..4 kereta...kemudian lu blok depan laluan dia tu....bukan ke namanya menghalang laluan yang boleh menyebabkan orang boleh kojol klau tak kena caranya....penjenayah besar sngt ke mat sabu tu smpi korang kejar macam tu....lu memang langsi la polis....bro mat sabu lu saman polis wa gerenti lu boleh menang....langsi la lu polis....langsi....langsi....lu langsi lu mampuih....



BEKAS MENTERI MAHU NAJIB BERSIH

Akhir-akhir ini wa nampak....mcm ramai orang dh tak suka kat najimah ni la.....ni mesti pasal kes scorpene dah nk terburai....pasal cincin dan banggle berpuluh-puluh juta tu....yes....yes....yes....mari kita ramai-ramai singkirkan orang yang memelahap duit rakyat nie....lu langsi lu balik kazahstan...


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.
Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,” kata beliau.
“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”
“Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.
Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.
Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.
Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.
“Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan),” katanya.
Kata beliau, “sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya.”
“Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus,” katanya.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.
“Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.
“Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki,” katanya.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.
Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.-tmi

Tuesday, July 19, 2011

SHARPSHOOTER KENA BAYAR 300K KAT RAIS

Waduh....waduh....gi mana nie...bro...apa lagi buat appeal la.....jgn putus asa....lawan tetap lawan....kalau mahkamah dunia tak boleh jugak....kita ada mahkamah Allah....kau rais ko jgn kerek sngt....blum tau lagi sapa menang sapa kalah.....

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur ini memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel terhadap menteri berkenaan.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan bloger tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran