Saturday, February 27, 2010

Anwar- Ekonomi malaysia Kini Retak

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

NONE"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

factory workers sweatshops 090107 shoes"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.- mkini

Thursday, February 25, 2010

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan pembangkang itu untuk memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Sebelum itu, Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.

"Adakah ini adil?" soal Karpal.

Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.

Karpl berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.

Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah.-mkini

Tuesday, February 23, 2010

Murugiah Keluar PPP Jika...
23 feb 10

Aiyooo.....main tarik-tarik tali ka...

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.

"Tapi sekiranya saya tewas, saya akan tinggalkan parti bersama-sama 210,000 ahli PPP di seluruh negara yang kini berada bersama-sama saya. Kami akan mencari satu platform yang baru selepas itu," katanya kepada pemberita Isnin malam selepas satu perjumpaan dengan penyokongnya di sini.

Murugiah dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu. Murugiah telah mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa yang menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan bahawa Kayveas adalah presiden yang sah.

Mate pula mendapati Murugiah adalah presiden yang sah dan ini mendorong beliau mengemukakan permohonan di mahkamah supaya keputusan tribunal itu dilaksanakan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Diana Md Razali menetapkan tarikh 1 Mac ini untuk sebutan kes yang difailkan oleh Murugiah pada 28 Dis tahun lalu untuk menguatkuasakan keputusan Mate itu.

Sambil berjanji akan akur dengan sebarang keputusan mahkamah nanti, Murugiah berharap Kayveas juga tidak akan menimbulkan sebarang bantahan jika keputusan tidak memihak kepadanya.

-- BERNAMA

Monday, February 22, 2010

Isteri ADUN Pelabuhan Kelang Tuntut Cerai
22 feb 10

Mulo-mulo bercerai dengan PKR sekarang nak kena cerai dengan isteri...memang bermasaalahlah dia ni...

KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengemukakan tuntutan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini.

Kes tersebut mula didengar di hadapan hakim syarie, Abdul Hakim Soleh.

Bagaimanapun, Abdul Hakim tidak dapat membuat keputusan hari ini ekoran defendan tidak bersetuju dengan beberapa terma dalam tuntutan tersebut oleh plaintif, Ramizah Mazlan, 39.-mstar

Guru Umpama Lilin
21 feb 10

Betullah tu....kalau dah tak larat nak bayar bil...kenalah beli lilin banyak-banyak

Guru Makan Nasi Bungkus

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

“Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari “Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru,” katanya dihubungi semalam.Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.
Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.”Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu,” katanya.

Saturday, February 20, 2010

Besok Dia Orang Siar kat Paper
20 feb 10

Bawak jer kat mahkamah....abis cerita...ye ker..?

KOTA BAHARU, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan Pusat akan menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar perdana berbahasa Melayu esok mengenai isu royalti minyak di Kelantan bagi memberikan fakta sebenar kepada seluruh rakyat negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Esok seluruh rakyat Malaysia akan memahami dengan sejelas-jelasnya isu ini apabila semua akhbar akan menyiarkan iklan mengenai isu tersebut dan saya yakin fakta yang akan diberikan itu akan lebih meyakinkan semua pihak," katanya selepas Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak di sini, pada Jumaat malam.

Ceramah anjuran Majlis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali serta lebih 5,000 orang.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selepas beberapa siri penerangan isu itu di beberapa tempat di negeri ini yang dianjurkan oleh beberapa NGO, penduduk Kelantan kini mula memahami isu sebenar royalti minyak itu.

Beliau berkata siri penerangan itu akan diteruskan lagi sehingga rakyat termasuk yang tinggal di pedalaman benar-benar memahami apa yang dituntut kerajaan Kelantan itu adalah tidak benar mengikut peruntukan undang-undang.

"Alhamdulillah setiap siri penerangan yang kita adakan, ribuan rakyat telah hadir mendengar penjelasan sehingga mengapa kerajaan Pusat bersetuju untuk membayar wang ihsan sebanyak RM20 juta pada bulan depan.

"Penjelasan ini mesti diteruskan sehingga ke kampung-kampung kerana kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan perkara tidak benar seperti apa yang didakwa pemimpin pembangkang di Kelantan," katanya.(oppss...sori sikit sape sebenarnya pembangkang dikelantan)

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau masih menunggu sama ada kerajaan Kelantan mahu mengheret isu tersebut ke mahkamah atau tidak sebelum beliau membuat keputusan selanjutnya.

Ibrahim sebelum ini memberi tempoh sebulan kepada kerajaan Kelantan sejak 26 Jan lalu untuk membawa isu itu ke mahkamah jika benar mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian dan jika tidak Ibrahim sendiri akan bertindak membawa isu itu ke muka pengadilan.

Tujuan Ibrahim hanyalah untuk membuktikan kerajaan Kelantan takut untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana mahu menjadikan perkara itu sebagai modal semata-mata bagi pilihan raya umum akan datang.

Jika isu itu dibawa ke mahkamah, perkara itu tidak boleh diperdebatkan lagi secara umum sehingga kes itu selesai pada satu tempoh yang panjang.

Ibrahim berkata beliau akan bersama-sama kerajaan Pusat untuk mengadakan siri penerangan yang sama kerana tidak mahu melihat penduduk Kelantan terus ditipu pemimpin PAS.

-- BERNAMA
Kata Isteri PM
20 feb 10

Lu orang pikiaqla sendri.....

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

- Bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran