Tangkap Khairy Kerana Menghasut |
Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri. “Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap ‘bahaya’ apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi. “Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat. Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas. “Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan ‘desperate’ untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ,” katanya. Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti ‘bercerai susu’ daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat. “Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat. “Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini,” katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang. Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina. - harakahdaily Kata den Apo nak jadi dengan sibudak KJ ni cakap tak guno otak kato belajar sampai keoxford oxford apa mcm ni cari publisiti murahan ado ko suruh orang jgn keluar mengundi ni dio ingat orang bodoh mcm dio hei KJ den raso ko pegilah impit-impit Tok jib mintak apo-apo jawatan yo lah mano buleh ketuo pemudo negaro tak do jawatan ko tak malu ko ini yang buek ko tak tontu arah tulah lain kali klu ado duit banyak sedokahlah kek anak yatim barulah Tok jib sayang kek ngko..... |
Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Bubarkan DUN Perak Desak Ku Li |
Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemelut politik Perak yang berterusan sehingga kini mencerminkan We now have reason to fear the loss of the people’s confidence in the Constitution, in democracy and in our constitutional monarchy. Responsible political leadership must support rather than destroy the confidence of the people in these practices and institutions. In particular, powers reserved for the Legislative Assembly, which represents the sovereign will of the people, cannot be taken away under any circumstances by anyone. This foundational constitutional principle has been affirmed by the Court. We are all sworn to uphold it. Those who do not understand or accept this principle have no place in government. Kata den Buat penat je kita cakap Tengku..dio orang bukan reti bahaso |
KUALA LUMPUR: Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.
Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding.
Beliau berkata Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British.
"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.
"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.
Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.
Kenyataan Teng itu menerima tentangan keras daripada pelbagai pihak terutama persatuan-persatuan bekas anggota polis dan tentera yang mana sanak-saudara dan rakan seperjuangan terbabit secara langsung dan menjadi mangsa kekejaman komunis terutama ketika era darurat antara 1948 hingga 1960.
Cubaan Chin Peng untuk menetap di negara ini melalui sistem perundangan juga gagal dan ditolak mahkamah pada 30 April lepas.
"Kalau Chin Peng nak balik Britain mungkin tiada masalah. Tapi jika nak balik ke Malaysia, kena buktikan yang beliau rakyat Malaysia," kata Prof Khoo yang menegaskan ramai pihak beranggapan hanya orang Melayu yang dibunuh komunis semasa darurat sedangkan hakikatnya ramai Cina dan India yang turut dibunuh.
Beribu-ribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan terbunuh semasa Chin Peng dan rakan-rakannya melancarkan perang gerila dari hutan dari 1948 sehingga kepada peletakan senjata mereka pada 1989.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era darurat.-bernamaKata den
eloklah tu selesai masalah....
| SPM: Maksimum 10 Subjek |
| May 28, 09 2:18pm |
| Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan. Serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama. Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek. Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru, malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya. Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana. "Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara dari sudut lain dan ini dilihat dari segi keputusan peperiksaan," katanya. Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya. "Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. "Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik dari segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin. Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu. Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lalu untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, tetapi masih banyak cabaran lain perlu ditangani. Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangka n kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi. Kata den Ado pro dan kontranya cadangan ini dimana letaknya sistem peperiksaan terbuka sekarang ini dah mansuh ke bukankah ini menyekat peluang dan kemampuan pelajar-pelajar yang berkebolehan.. |
GOPENG [7.30 pm] - Terbongkar !! salah seorang bekas Exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (foto) ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN. "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.Kata den
Kalau boto pun mati hidup Najib - UMNO takkan mengaku punyo den teringat siSirul dan Azilah kesian kek dio ko orang pikirlah sendiri......(United Mohd Najib Organisation)
EKONOMI TERUS JATUH
KDNK Menguncup 6.2 Peratus Pada Suku Pertama 2009 |
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat tahun lepas, Bank Negara mengumumkan hari ini. "Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama," katanya pada sidang media. Ekonomi negara dijangka terus menguncup dalam suku kedua, katanya. "Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk," kata Zeti. Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah. Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan. Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan. kata den Apa dah jadi Tok jib bahayo ni nampak gayo kena ikat perut den lepaih ni den raso korang kono balik semulo kepangkal dengan memohon kepada Allah rezeki yang banyak korang semuo dah lupo kek tuhan tu pasallah tuhan turunkan macam-macam bala ni tok-tok mufti apa cerita tak de idea ke.... |
Wednesday, May 27, 2009
Hanipa: Mufti Perak Pro-Umno Tidak Faham Krisis Politik Perak |
Sikap berat sebelah dan pro-Umno yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria terus menerima kritikan hebat. d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas. h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ? Kata den Ko tanyo banyak sangat hanipah poning dio nak jawab tapi tak po den tolong jawabkan bagi pihak dio.Eden sebenarnyo nak jadi mentori jago agamo kat JPM tu takkan korang tak paham-paham nilah masonyo eden tunjukkan kejantanan den apolah korang ni. |
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-