Friday, September 23, 2011

BAJET 2012 - BONUS 11/2 BLN ATAU NAIK GAJI

Wow ko biar betul jib.....nampak macam betul-betul nak menang pilihanraya ni....kalau nak bagi biar banyak...jgn seciput jer...asal bagi jer....ntah-ntah ko kencing nanti tak....kalau betoi baguihlah....tapi undi rahsia maa......



KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insiderdifahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Wednesday, September 21, 2011

MCDONALD - PCN 11 KELIRUKAN MAHKAMAH


Bagi can kat yusof and de krew...kerek dulu....lepas ni panaslah bontot siseah tu pulak....kena tengok sapa yang kena...






Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan pakar DNA, Dr Brian McDonald disoal balas untuk hari kedua.

Semalam, pihak pendakwa mempersoalkan kredibiliti McDonald dengan mengemukakan kepada mahkamah beberapa testimoninya dalam kes-kes lain.

dr brian mcdonald sodomy llMcDonald juga mengakui membuat kesilapan apabila dia berkata sewaktu pemeriksaan utama bahawa adalah salah bagi ahli kimia Dr Seah Lay Hong melakukan ujian asid phosphatase pada calitan kapas yang diperolehi dari mangsa.

Beliau bersetuju dengan Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung penemuan dalam sebuah jurnal bahawa sperma boleh bertahan di dalam dubur selama 113 jam.

Bagaimanapun, McDonald tidak bersetuju dengan pihak pendakwa apabila ditunjukkan penemuan sebuah hospital Thailand bahawa air mani boleh bertahan selama 19 hari di dalam kemaluan seorang wanita.

Pihak pendakwa dijangka selesai menyoal-balas McDonald hari ini.

LAPORAN LANGSUNG

Tuesday, September 20, 2011

LIWAT 11 - PAKAR DNA AUSTRALIA BUKAN PAKAR

Itu kata peguam cara negara 11....dah kena lah tu...liwat 11 lawyer dia pun peguam cara negara 11....11 bertemu 11...aiikkk macam dah janji jer....apalah punyer sengal lawyer nie...dato tu...jangan main-main....gua pun boleh cakap lu bukan pakar lawyer....pakar dna lokal tu pun bukan pakar....nak tau orang tu pakar ke tak pakar lu pegi test dia la....cakap buat apa....bagi sampel mana-mana air mani biar dia test air mani sapa tu...ini tak lu dok pusing macam orang sengal...buat apa...

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan - Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.

NONEYusof bermula dengan cuba mempertikaikan kelayakan Dr McDonald. Katanya meskipun beliau kagum dengan kelayakan pakar dari Australia yang mendakwa dirinya seorang konsultan molekular genetisis, namun McDonald bukan seorang pakar.

Menurut Yusof, dunia DNA telah berkembang pesat dan mendakwa beberapa kelayakan yang pernah diperolehi oleh Dr McDonald sudah lapuk atau usang dan ketinggalan zaman.

Beliau kemudian bertanya sama ada pada tahun 2002 Dr McDonald dikehendaki untuk menghadiri mana-mana program peperiksaan.

McDonald menjawap tidak ada sebarang pensijilan formal dalam bidang itu.

Katanya, beliau adalah penilai makmal forensik bertauliah NATA bagi pensijilan ISO 17025.

Yusof terus mempertikaikan kelayakan Dr McDonald dan menegaskan bahawa kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana perkembangan pesat dalam dalam bidang tarikh berkenaan.

McDonald mengakui bahawa beliau dia tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak lulus peperiksaannya.

dr brian mcdonald sodomy llYusof: Adakah anda pernah dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, menganalisis?

McDonald: Saya dilatih secara sah sebagai seorang saintis.

Yusof: Adakah anda melatih orang?

McDonald: Ya, dalam semua bidang termasuk tafsiran.

Yusof bertanya bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran dan pengalamannya dan Dr Mc Donald menjawap melalui kerja-kerja yang dijalankannya, melakukan ujian serta analisis.

Yusof: Bilakah kali terakhir anda menjalankan ujian DNA?

McDonald menjelaskan bahawa pada tahun 2004, "Saya telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan. Tugas itu kini dilakukan oleh robot. Saya seorang saintis kanan dan perkara itu dilakukan oleh orang bawahan dan robot."- mkini

Wednesday, September 14, 2011

KENAPA TOK MENTERI AGAMA DPT BUAT ISTANA


Korang tengok gaji menteri-menteri ni....ni dulu punya rate nie....ntah-ntah sekarang nie jejak ratusan ribu gaji diorang.....kojo ntah apo-apo dok pelekeh pembangkang jo...tak pun kasi naik rege barang.....itu lah kojo diaorang sobonarnyao....patutlah gila babi punya kaya...tu blum duit makan kiri kanan atas bawah....lagi tu....patutlah sijamil nie dapaek buek istano idaman dio.....sobab rakyat ikat perut untuk dioorang sonang lenang....ndak2 sibig mama tu...

rumah tok menteri jaga agama

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyakRM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Tuesday, September 13, 2011

KOMUNIS SEKARANG BAIK - NAJIB

Mentang-mentang nak berbesan dengan komunis....Nursultan ni komunis ni....bukan main lagi....semua tang komunis skrg nampak wangi jer....ye jib.....ko memang pandai la jib............

ULASAN Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

najib tun razakKata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

Monday, September 12, 2011

NAJIB NAK HAPUS ISA

Salam semuo slmt idulfitri....blum lambat lg kan.....semenjak dua menjak ni...den sibuk sikitlah....tu yang tak update2 blog tu....raso ketinggalan lah pulak.....tapi tak po berito tergempak didunia najib and krew nak hapuskan ISA...bukan isa pendek tu....ini internal security act.....betul ke...ke saja-saja nak tutup kes binik...biar orang terlupolah pulak.....kalau betul jib....lu memang anak jantan....kalau tak lu memang takut binik....wakakakaka.......

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Datuk Seri Najib Razak kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA.
ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.
The Malaysian Insiderdifahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.
“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
“Ada tentangan ke atas idea itu tetapi Perdana Menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,” kata beliau merujuk kepada Ordinan Darurat, yang  telah digunakan untuk menahan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.
Keenam-enam mereka telah dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.
Najib (gambar) dikritik teruk dengan cara beliau mengendalikan perhimpunan tersebut pada 9 Julai.
Kajian Merdeka Center pula menunjukkan populariti beliau menjunam terus sejak Mei 2010.
Kata satu sumber, Najib yang juga Presiden Umno mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.
ISA telah digunakan dengan meluas ketika Operasi Lalang 1987. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.
Pada Julai lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.
Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran