Saturday, February 27, 2010

Anwar- Ekonomi malaysia Kini Retak

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

NONE"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

factory workers sweatshops 090107 shoes"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.- mkini

Thursday, February 25, 2010

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan pembangkang itu untuk memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Sebelum itu, Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.

"Adakah ini adil?" soal Karpal.

Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.

Karpl berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.

Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah.-mkini

Tuesday, February 23, 2010

Murugiah Keluar PPP Jika...
23 feb 10

Aiyooo.....main tarik-tarik tali ka...

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.

"Tapi sekiranya saya tewas, saya akan tinggalkan parti bersama-sama 210,000 ahli PPP di seluruh negara yang kini berada bersama-sama saya. Kami akan mencari satu platform yang baru selepas itu," katanya kepada pemberita Isnin malam selepas satu perjumpaan dengan penyokongnya di sini.

Murugiah dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu. Murugiah telah mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa yang menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan bahawa Kayveas adalah presiden yang sah.

Mate pula mendapati Murugiah adalah presiden yang sah dan ini mendorong beliau mengemukakan permohonan di mahkamah supaya keputusan tribunal itu dilaksanakan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Diana Md Razali menetapkan tarikh 1 Mac ini untuk sebutan kes yang difailkan oleh Murugiah pada 28 Dis tahun lalu untuk menguatkuasakan keputusan Mate itu.

Sambil berjanji akan akur dengan sebarang keputusan mahkamah nanti, Murugiah berharap Kayveas juga tidak akan menimbulkan sebarang bantahan jika keputusan tidak memihak kepadanya.

-- BERNAMA

Monday, February 22, 2010

Isteri ADUN Pelabuhan Kelang Tuntut Cerai
22 feb 10

Mulo-mulo bercerai dengan PKR sekarang nak kena cerai dengan isteri...memang bermasaalahlah dia ni...

KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengemukakan tuntutan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini.

Kes tersebut mula didengar di hadapan hakim syarie, Abdul Hakim Soleh.

Bagaimanapun, Abdul Hakim tidak dapat membuat keputusan hari ini ekoran defendan tidak bersetuju dengan beberapa terma dalam tuntutan tersebut oleh plaintif, Ramizah Mazlan, 39.-mstar

Guru Umpama Lilin
21 feb 10

Betullah tu....kalau dah tak larat nak bayar bil...kenalah beli lilin banyak-banyak

Guru Makan Nasi Bungkus

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

“Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari “Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru,” katanya dihubungi semalam.Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.
Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.”Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu,” katanya.

Saturday, February 20, 2010

Besok Dia Orang Siar kat Paper
20 feb 10

Bawak jer kat mahkamah....abis cerita...ye ker..?

KOTA BAHARU, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan Pusat akan menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar perdana berbahasa Melayu esok mengenai isu royalti minyak di Kelantan bagi memberikan fakta sebenar kepada seluruh rakyat negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Esok seluruh rakyat Malaysia akan memahami dengan sejelas-jelasnya isu ini apabila semua akhbar akan menyiarkan iklan mengenai isu tersebut dan saya yakin fakta yang akan diberikan itu akan lebih meyakinkan semua pihak," katanya selepas Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak di sini, pada Jumaat malam.

Ceramah anjuran Majlis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali serta lebih 5,000 orang.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selepas beberapa siri penerangan isu itu di beberapa tempat di negeri ini yang dianjurkan oleh beberapa NGO, penduduk Kelantan kini mula memahami isu sebenar royalti minyak itu.

Beliau berkata siri penerangan itu akan diteruskan lagi sehingga rakyat termasuk yang tinggal di pedalaman benar-benar memahami apa yang dituntut kerajaan Kelantan itu adalah tidak benar mengikut peruntukan undang-undang.

"Alhamdulillah setiap siri penerangan yang kita adakan, ribuan rakyat telah hadir mendengar penjelasan sehingga mengapa kerajaan Pusat bersetuju untuk membayar wang ihsan sebanyak RM20 juta pada bulan depan.

"Penjelasan ini mesti diteruskan sehingga ke kampung-kampung kerana kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan perkara tidak benar seperti apa yang didakwa pemimpin pembangkang di Kelantan," katanya.(oppss...sori sikit sape sebenarnya pembangkang dikelantan)

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau masih menunggu sama ada kerajaan Kelantan mahu mengheret isu tersebut ke mahkamah atau tidak sebelum beliau membuat keputusan selanjutnya.

Ibrahim sebelum ini memberi tempoh sebulan kepada kerajaan Kelantan sejak 26 Jan lalu untuk membawa isu itu ke mahkamah jika benar mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian dan jika tidak Ibrahim sendiri akan bertindak membawa isu itu ke muka pengadilan.

Tujuan Ibrahim hanyalah untuk membuktikan kerajaan Kelantan takut untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana mahu menjadikan perkara itu sebagai modal semata-mata bagi pilihan raya umum akan datang.

Jika isu itu dibawa ke mahkamah, perkara itu tidak boleh diperdebatkan lagi secara umum sehingga kes itu selesai pada satu tempoh yang panjang.

Ibrahim berkata beliau akan bersama-sama kerajaan Pusat untuk mengadakan siri penerangan yang sama kerana tidak mahu melihat penduduk Kelantan terus ditipu pemimpin PAS.

-- BERNAMA
Kata Isteri PM
20 feb 10

Lu orang pikiaqla sendri.....

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

- Bernama

Wednesday, February 17, 2010

Dua Cerita Tentang Billionare Malaysia
17 feb 10

Kesimpulannya yang kaya terus kaya........

Satu dari Utusan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Bekas Raja Gula, Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas sebagai orang terkaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya meningkat sebanyak RM16.1 bilion kepada RM42.7 bilion.

Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok adalah sebanyak RM26.6 bilion.

Tempat kedua dikuasai oleh 'orang kuat' industri telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan berjumlah RM27 bilion manakala tempat ketiga pula jatuh kepada taikun perladangan, IOI Corporation Bhd., Tan Sri Lee Shin Cheng dengan nilai kekayaan sebanyak RM11.92 bilion.

Kaji selidik tersebut dilakukan oleh sebuah majalah tempatan, Malaysian Business bagi terbitan hari ini.

Malaysian Business dalam kenyataannya di sini turut mendedahkan nilai kekayaan 40 orang terkaya Malaysia setakat pada 15 Januari 2010 berjumlah RM156.7 bilion berbanding RM96.3 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu mewakili kenaikan sebanyak 63 peratus.

Katanya, sehingga pertengahan tahun ini, pertambahan nama dalam senarai orang terkaya negara dijangka berlaku sebanyak 50 peratus lagi.

Jelasnya, setakat ini, Malaysia mempunyai 22 orang terkaya, meningkat berbanding pada tahun lalu.

"Nilai kekayaan pada tahun ini secara keseluruhannya menyusut sedikit berbanding 2008, jatuh RM171.9 bilion,'' kata Malaysian Business.

Tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.86 bilion.

Berada di kedudukan kelima terkaya adalah Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.38 bilion, manakala tempat keenam diisi oleh Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group dengan nilai kekayaan RM7.09 bilion.

Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM6 bilion.

Tempat kelapan dikuasai oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, orang kuat syarikat konglomerat hiburan dan perjudian Genting Group, Puan Sri Lee Kim Hua dan tempat kesembilan menjadi milik Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM3.5 bilion.

Menduduki carta ke 10 merupakan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Dua lagi usahawan bumiputera yang berjaya menempatkan diri dalam senarai orang terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Azman Hashim dari Arab Malaysian Corporation untuk mengisi kedudukan ke-11 dengan nilai kekayaan RM2.86 bilion dan Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum pada kedudukan ke-20 dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.07 bilion.

Dua dari Malaysiakini

Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

mokhzani mahathirSehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion.

Datuk Seri Nazir Razak - adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini - 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

Tuesday, February 16, 2010

SPRM Jumpa 2j Dirumah SetPol Nor Mohd Yakcop
16 feb 10

Bila rasuah dah mula berkudis dan bernanah....apo nak dikato...


Hasbie Satar



KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa, Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam bagaimanapun tidak menyatakan sebab Hasbie meletak jawatan.


Difahamkan, peletakan jawatan Hasbie mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah.

SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank miliknya bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada jam 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita. - bharian

Friday, February 12, 2010

Bala Tolak Jumpa SPRM Di S'pura
12 feb 10

Bala tak mau bala bertambah-tambah....ada betul maaa....

Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (gambar) yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama bagi pihaknya dalam siasatan berkaitan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menolak syarat agar dia diambil keterangan di kedutaan Malaysia di Singapura.

“Mereka (SPRM) mahu mengadakan sesi temu bual (ambil keterangan) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, tetapi kami tidak bersetuju,” kata peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab permintaan itu ditolak tetapi difahamkan atas faktor keselamatan tidak mahu dikompromi, yang merupakan salah satu syarat dikenakan detektif tersebut.

Selain itu kata Americk, SPRM juga mahu mengklasifikasikan segala koresponden mereka sebagai “rahsia” di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Syarat itu juga ditolak, kata beliau sambil menambah pihaknya masih menunggu maklum balas daripada SPRM.

“Mereka juga mahu mengklasifikasikan kesemua koresponden kami sebagai rahsia di bawah OSA, yang mana kami tidak bersetuju, jadi saya tidak boleh berkata lebih daripada itu sehingga kami memperoleh maklum balas kepada surat tidak setuju kami kepada syarat-syarat yang dikenakan ke atas kami,” kata beliau.

Pertengahan bulan lalu Datuk Abu Kassim Mohamed, yang mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 1 Jan berkata, suruhanjaya itu bersedia untuk menemui Balasubramaniam di mana saja walaupun di luar negara untuk mendapatkan keterangannya ekoran pendedahan terbaru mengenai Altantuya menerusi siri rakaman akhir tahun lalu.

Balasubramaniam berada di luar negara sejak lebih setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai kes wanita Mongolia itu yang dibunuh pada 2006.

Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam menafikan akuan bersumpah pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Abu Kassim menyifatkan Balasubramaniam adalah saksi utama dalam siasatan SPRM berhubung kes itu.

Oleh itu kata beliau, SPRM akan menyediakan segala kemudahan untuk Balasubramaniam membantu siasatan mereka.

Awal bulan lalu Balasubramaniam menerusi peguamnya menyatakan kesediaan untuk memberi keterangan kepada SPRM ekoran pendedahan rakaman temu bual mengenai kes itu.

Dalam surat emel dihantar kepada SPRM, Balasubramaniam mengenakan enam syarat antaranya temu bual dimaksudkan harus dikendalikan di Singapura ataupun London.

Ia salah satu syarat dikenakan beliau kepada SPRM jika mahu menemuinya.

Sehubungan itu kata Americk, pihaknya sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk membantu siasatan SPRM dalam apa jua cara dengan syarat keselamatan Balasubramaniam tidak dikompromi.

Balasubramaniam telah menjawab secara formal kepada SPRM menerusi surat peguam Manjeet Singh Dhillon.

Pada 4 Dis lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan dan menyerahkan rakaman temu ramah Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya dengan Datuk Seri Najib Razak kepada SPRM.

Balasubramaniam membuat pengakuan itu dalam satu wawancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura tahun lalu.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual itu, beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporn : Malaysian Insider

Kapal Selam Yang Tak Selam
12 feb 10

Kah...kah...kah...kah...kah.....kiokkk......

MASALAH TEKNIKAL PUNCA KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM - melayau

Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.

Thursday, February 11, 2010

Kini ADUN BN Pulak Protes Zambry?
11 feb 10


Mengapa ada dikalangan ADUN BN Haram di Perak tidak berpuashati dengan kepimpinan Zambry?? Bila dirisik-risik dikalangan Hardcore Umno Forever, yang membuatkan mereka tidak puashati terhadap zambry ialah MB Mahkamah ini terlalu takut dan akur dengan setiap desakan dan ugutan dua orang ADUN lompat iaitu Jamal dan Osman.

Sehinggakan segala pemintaan mereka yang berlebih-labih terpaksa diikutkan, demi menjaga agar dua katak ni tidak buat hal,yang boleh menyebabkan kerajaan BN tumbang semula.

Dangan itu, ada dikalangan ADUN BN Haram yang nampak seolah-olah kerajaan BN kini memerintah dalam keadaan yang tidak bebas dan selesa, apabila terpaksa menjaga hati dan keperluan melampau si katak ini.

Kini seolah-olah Zambry dilihat menjadi “Remote Control” kepada dua ekor si katak ini. Malam tadi semasa sidang media bersama Hj. Nizar dan Pimpinan PR di Pejabat Pas Negeri Perak, Hj Nizar memberi amaran, sekiranya dua ekor katak ini berterusan menjadikan Zambry sebagai “Remote Control” mereka, maka negeri Perak dan Rakyatnya akan menjadi kacau bilau dan berlakulah rasuah serta penyelewengan hak rakyat sewenang-wenangnya oleh pimpinan BN.

Sumber: sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

Nasib Rosmah Dan Nasib Ku Li
10 feb 10

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan.

KU LI

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. END/ANR

Sumber asal : Perak Daily

Monday, February 8, 2010

Eye On Malaysia- Is Crying
8 jan 10

Buat Hutang mesti mau bayar beb.....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan syarikat Belgium, Fitraco NV, yang membekalkan buaian gergasi 'Eye On Malaysia', memasuki satu kawasan di Melaka dan memindah keluar buaian itu.

Hakim Anantham Kasinather yang membuat keputusan itu di dalam kamar turut memerintahkan Fitraco membaikpulih keadaan tanah di situ seperti sebelumnya.

Menurut peguam Leonard Yeoh yang mewakili Fitraco, kes saman itu telah selesai dan syarikat MST AD Suria Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda 'Eye On Malaysia', juga diperintah membayar kos guaman sebanyak RM35,000.

Manakala syarikat Eye On Malaysia Sdn Bhd perlu membayar RM10,000 (kos guaman) kepada Fitraco.

Leonard berkata dengan perintah itu, Fitraco boleh melakukan apa sahaja ke atas buaian itu termasuk menjualnya.

Tanah yang menempatkan buaian itu didaftar atas nama syarikat Eye On Malaysia (EOM) Sdn Bhd.

Selain Leonard, Fitraco turut diwakili peguam Cheah Soo Chuan manakala peguam Adillah Ahmad Nordin mewakili syarikat Eye On Malaysia dan peguam Azirizal Mohd Zaid mewakili MST AD Suria.

Pada 15 Sept 2009, Fitraco, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap syarikat Eye On Malaysia dan MST Ad Suria selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang berjumlah RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST Ad Suria adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Sejak dibuka pada Oktober 2008, Eye On Malaysia dikatakan berjaya mencatat perolehan sebanyak RM5 juta.

Roda gergasi yang menjadi tarikan perlancongan utama di negeri Melaka itu disita pada 7 Jan lalu dan operasinya terpaksa diberhentikan serta-merta.

- Bernama
Anwar Trial : Pembelaan Mohon Hakim Dilucutkan
8 feb 10

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok.

Penangguhan ini bagi mendengar permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.

Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporannya tempoh hari yang menjadi pertikaian oleh pihak pembelaan.

Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertelagahan kedua-dua pihak.

Perbicaraan yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya bermula dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, penasi

hat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

The Australian : Umno Perlu Berundur?
8 feb 10

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.

Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.

Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.

Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.

Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.

Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.

Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.

Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.

Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus. -GB


Hina Nik Aziz Pas Buat Laporan Polis
8 feb 10

Damien ni semacam nama kawan syaitan atau keturunan setan...biasanya cerita-cerita orang putih dia akan gunakan nama ini bagi merujuk sangkut paut dia dengan setan...jadi samalah tu simangkukayun jeffrydamien ni dengan setan...perangai pun sama sebab itu dia sanggup buat gambar anwar meliwat TGNA....ini memang kerja syaitan tukang tabur fitnah......

PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog.

Setiausaha Keselamatannya Mejar (B), Mohamad Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pukul 12 tengah hari.

Beliau diiringi 20 anggota PAS termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Hisham Fauzi.

Mohamad berkata beliau membuat laporan itu kerana berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

- Bernama

Saturday, February 6, 2010

Isu Mengalihkan Tumpuan
6 feb 10

Sekarang ni macam-macam cara digunakan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu-isu negara...dari puak-puak yang terasa tersepit...makin dekat 9 feb...makin banyak benda-benda pelik muncul...ada dapat permit ada yang langsung tak dapat permit...semuanya menjaja isu yang dah basi...

Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.-mkini


Kenyataan Dr Osman
6 feb 10

Tak betul ke Doktor ini...???










Thursday, February 4, 2010

Dunia Sudah Terbalik
4 feb 10

Selalunya yang kita dengar suami dera isteri sekarang dah terbalik pulak...masyaalah...peninglah kepala ana...

Tujuh tahun didera isteri

AYER KEROH – Agak memeranjatkan, tetapi inilah realiti apabila seorang suami terpaksa merelakan dirinya didera isteri yang boleh digelar nusyuz sejak tujuh tahun lalu.

Penderaan dipercayai berpunca daripada perebutan harta sepencarian iaitu sebuah rumah banglo di Selayang, Selangor dan keengganan suami pulang berhari raya di rumah mertua di Negeri Sembilan.

Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 47, masih mampu menahan sabar apabila berjaya menghidu perbuatan isterinya berusia 43 tahun, bermain kayu tiga sejak tahun 1998 apabila sentiasa pulang lewat ke rumah.

Isteri yang berjawatan eksekutif di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur itu juga pernah dua kali menuntut fasakh mendakwa sudah tidak bersefahaman bersama Sham.:

Tidak hanya setakat itu, si isteri mengugut memberitahu empat adik beradiknya ingin memukul Sham sehingga mati 20 November lalu dan sehari selepas itu perutnya ditendang apabila isterinya menolak ajakan Sham untuk tidur bersama.

Perbuatan isteri semakin menjadi-jadi apabila Sham berpindah bekerja di Melaka sejak tahun 2005 dan hanya pulang ke Selayang pada cuti hujung minggu membuatkan isterinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sejak empat tahun lalu.

“Kami sudah tidak hidup bersama sebagai suami isteri selama empat tahun tetapi saya sering kali menjadi mangsa pukul jika enggan menuruti apa yang dihendaki seperti tidak mahu pulang berhari raya ke kampungnya.

“Saya masih mampu bersabar dengan karenahnya yang turut mempunyai teman lelaki buat kali kedua kerana masih sayangkan keluarga.

“Segala tanggungjawab kepada tiga anak kami saya tunaikan sehingga yang sulung kini menuntut di Universiti Teknologi Mara mengambil bidang undang-undang,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Dia juga memberitahu, isteri teman lelaki kepada isterinya pernah menangkap mereka berkhalwat pada tahun 1998 di dalam kereta tetapi tidak membuat laporan kepada jabatan agama.

Akibat tidak pernah sekalipun menjentik atau melawan, isterinya semakin bertindak biadab apabila mengajar tiga anak mereka supaya tidak menghormati Sham sebagai bapa.

Ia berpunca apabila Sham menghantar laporan kepada syarikat isterinya bekerja pada 5 Disember tahun lalu memberitahu perbuatan teman lelaki isterinya juga rakan sepejabat, bebas membawa isterinya keluar tanpa keizinannya sebagai suami.

“Namun sehingga ke hari ini surat itu tidak dibalas dan pada 27 Januari lalu, kemaluan saya ditendang isteri dan dua anak saya berusia 16 dan 10 tahun memukul saya menggunakan penyangkut baju dan kayu sehingga cedera.

“Puncanya kerana surat ini, isteri tidak berpuas hati. Seluruh badan dan kepala ditendang, ditumbuk dan selepas itu isteri melarikan diri. Bagaimanapun saya sudah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.:

Sehubungan itu, dia yang tampil ke Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) semalam memohon bantuan untuk menyelesaikan permasalahan terbabit.:

Dia turut mengaku tawar hati untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 1988.-sinar

Turut hadir, peguamnya, Mohd Adli Ithnin daripada Adli &Co.

Wednesday, February 3, 2010

Kenyataan Rasis Membawa Padah
3 feb 10

1malaysia...yang membawa padah....

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.-mkini

Tuesday, February 2, 2010

Najib Dan Rosmah Akan DiSapina Anwar
2 feb 10

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

"Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan".

Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar.

Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Saiful di pejabatnya di Putrajaya.

Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.-mkini

Anwar Trial - Ditangguh ke 2.30 ptg
2 feb 10

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan penangguhan untuk kes perbicaraannya pagi ini ke pukul 2.30 petang.

Permohonan penangguhan dibuat atas alasan pihak pembelaan ingin menemui Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh awal berhubung semakan rayuan keputusan mahkamah menolak pembekalan dokumen penting kepadanya di Mahkamah Persekutuan. - Utusan

Auta Zambry
2 feb 10

Ini orang selupa ular...cakap belit-belit maa...jangan cakap sama PR saja kosong kerusi lu pun mesti mau sama ma..kasi kosong kerusi...sama-sama lawan tengok sapa menang itu baru betul..maa...ini cakap selupa tiang...mana tiang pun wa tak tau la...

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa menteri besar Perak yang sah pada 9 Feb ini berpihak kepadanya.

Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.

"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.

Terdahulu dalam wawancara itu, Zambry berkata fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak dan bukannya terheret ke dalam permainan politik pembangkang yang tidak berkesudahan.

"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Zambry yang dilantik Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Feb lepas menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.

"Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya.

- Bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran