Sunday, May 31, 2009

KATA DEN

Keputusan PRK N12 Penanti sekali lagi menyebelahi PKR calunnya Dr Mansor telah menang dengan majoriti 5558 dengan peratusan undi hanya 46.15% atau seramai 7100 pengundi yang keluar mengundi manakala calun bebas semua hilang wang pertaruhannya apa juga sentimen dan isu yang cuba dimainkan oleh calun bebas terutamanya Aminah(Kak Min) untuk meraih undi bukan untuk menang kerana dia pun tahu dia tidak mungkin menang tetapi bagi mendapatkan semula duit depositnya ternyata gagal inilah kesan daripada muslihat kotor dan orang-orang yang berada dibelakangnya untuk memperbodohkan rakyat.Dia boleh memainkan apa juga isu dan mendapatkan pertolongan dari AmNo tetapi dia perlu sedar dahan tempat dia nak berpaut itu dah hampir nak patah rakyat telah lama sedar bukan AmNo dan BN saja yang boleh mentadbir negara kapal mereka dah hampir nak karam perkongsian kuasa mereka hanya retak menanti belah perebutan dan pergaduhan merebut kuasa semakin menggila sesama mereka apakah mereka-mereka ini yang kita harapkan untuk mentadbir negara.Justeru itu buat Kak Min dan semuanya jangan jadi bodoh dan diperalatkan oleh mereka-mereka yang menanti rebah.

Salam

PKR KEKAL KERUSI PENANTI


Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Rabu ini.

Kata den
Selamat bertugas YB Mansur jangan lupa diri sudah...
PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Kata den
Tahniah kepada semua yang terlibat langsung atau tak langsung walau majoriti turun yang penting menang lepas ni AmNo nak kata apa itu dia punya pasal...

Najib Berazam Pertingkatkan Hubungan Malaysia-China

PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berazam untuk memanfaatkan lawatan rasmi empat hari beliau ke China bermula 2 Jun ini bagi mempertingkatkan hubungan Malaysia-China yang diasaskan oleh allahyarham ayahanda beliau Tun Razak Hussein 35 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata lawatan itu diharap dapat menarik lebih banyak pelaburan dan pelancong dari China, di samping mendorong negara itu memindahkan teknologi baru ke Malaysia.

Najib, yang berpuas hati dengan tahap hubungan Malaysia-China ketika ini, melahirkan keyakinan bahawa ia akan mencatat kemajuan berlipat kali ganda pada tahun-tahun akan datang.

Dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini, kedua-dua negara mencatat kemajuan yang amat memberangsangkan dalam hubungan perdagangan dan ekonomi.

Tahun lepas, nilai dagangan dua hala Malaysia-China mencapai paras AS$39.6 bilion, meningkat lebih 10 peratus berbanding jumlah pada 2007.

China adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan pasaran eksport keempat terbesar bagi Malaysia, manakala negara ini pula merupakan pelabur kesembilan terbesar di China pada tahun lepas.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengeratkan lagi hubungan ini. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan lagi kemajuan dalam segenap bidang hubungan, yang telah kita mulakan kira-kira 35 tahun lepas.

"Saya percaya, semasa arwah bapa saya menjalin hubungan ini 35 tahun lepas, mereka tidak menduga hubungan yang dirintis itu akan maju dan berkembang seperti apa yang wujud sekarang," kata Najib.

Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara yang menjalin hubungan dua hala dengan China dan merupakan sebuah negara komunis ketika perdana menteri kedua Malaysia Tun Razak Hussein melakukan kunjungan enam hari ke negara itu bermula 28 Mei 1974.

Dalam keadaan begitu memuncaknya Perang Dingin ketika itu, tiada negara Asia Tenggara, selain Malaysia, yang berani bersahabat dengan China.

Bagaimanapun, sejarah membuktikan betapa gambar yang merakamkan Tun Razak berjabat tangan dengan pemimpin nombor satu China komunis ketika itu, memberi kesan besar terhadap perjuangan Malaysia dalam menghapuskan Parti Komunis Malaya (PKM), yang diketuai Chin Peng, hingga membawa kepada terkuburnya parti haram itu dan menamatkan perang gerila yang dilancarkan anggotanya terhadap rakyat dan pasukan keselamatan negara ini sejak sekian lama.

Adakah Malaysia tidak takut kepada China, yang merupakan negara besar komunis ketika itu?

"Semasa Laksamana Admiral Cheng Ho datang bersama 30,000 askarnya ke Melaka, beliau boleh menakluki Melaka. Tapi, beliau tidak berbuat demikian. Sebab itulah kami tidak takut kepada China," kata Najib.

Laksamana Cheng Ho, pahlawan dan peneroka besar China, datang ke Melaka antara 1405 dan 1433 semata-mata untuk berdagang.

Najib menyifatkan langkah yang diambil bapanya itu sebagai "amat berani, bersejarah dan keputusan yang dibuat mendahului zamannya."

Satu tradisi yang berterusan hingga kini, yang tidak diketahui banyak orang, ialah semua duta China ke Malaysia akan melakukan kunjungan hormat terhadap isteri Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah, apabila melaporkan diri untuk berkhidmat di negara ini, kata Tan Sri Dr Michael Chen semasa mengiringi Najib melawat China pada 2005.

Chen merupakan anggota delegasi Tun Razak dalam lawatan ke China.

Lawatan Najib ke China penting kerana ia merupakan kunjungan pertama beliau ke negara bukan anggota Asean selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sebelum ini, beliau melawat China dua kali iaitu pada Mei 2004 dan September 2005, ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kata Najib, dalam keadaan dunia dilanda kemelesetan ekonomi sekarang, Malaysia dan China boleh bekerjasama bagi meredakan masalah itu dengan memastikan wujudnya permintaan yang mencukupi di negara masing-masing.

Contohnya, jika China meningkatkan permintaan terhadap sesuatu produk, ia akan mewujudkan semula permintaan di seluruh dunia terhadap produk berkenaan dan sememangnya, China telah mewujudkan kembali permintaan terhadap produk bulan lepas.

Pada perjumpaan dengan pengarang kanan dari 10 organisasi berita China di pejabat beliau di sini minggu lepas, Najib berkata Malaysia dan China perlu menyokong perdagangan terbuka dan bukan dasar perlindungan.

Pengarang berkenaan adalah daripada Beijing News, Financial Times, The People's Daily, Shanghai Daily, China Security Journal, Global Times, Caijing Magazine, Xinhua News Agency, China Daily dan Beijing Review.

Dalam temubual sejam itu, mereka juga berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang model baru ekonomi Malaysia, dua pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan kerajaan, konsep 1Malaysia dan laman blog Najib.-bernama

Kata den

Ko tak samo dgn bapak ngko jib darah samo prinsip tak samo ada hati konon....


Penanti: Pengundi dipindah kawasan Parlimen

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.

Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.

Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.

Sehubungan itu, Mansor menyuarakan kebimbangan bahawa perkara itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini.

Lim juga menyifatkannya sebagai satu 'komplot' untuk mensabotaj pengundian hari ini.

Mansor pula berkata, PKR akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika terdapat banyak lagi kes kehilangan nama pengundi.

Sementara itu, seorang pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih.

Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.

Kata den
Jawaban lempar batu sembunyi tangan memang sudah dijangka dari SPR reaksi tak de otak ...hoi kalau tak tau buek kojo berenti jo ramai lagi buleh kojo..

Saturday, May 30, 2009

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

" Tanda 100 hari menjelang meninggal " Ini adalah tanda pertama dari
ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang
dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan
mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak.....
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh
yaitu dari ujung rambut
hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih
dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging
tersebut seakan -akan bergetar.... .. Tanda ini rasanya nikmat dan
bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah
tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita
sadar akan keha! diran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa
sembarang manfaat...
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang
terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari "
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut
pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok
yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan
mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti
kita sepanjang masa ...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika...



Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......


" Tanda 7 hari "
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesaktian
dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera
untuk makan...


" Tanda 3 hari " Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini
dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan
Beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...


" Tanda 1 hari " Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu ahsar keesokan harinya....


" Tanda akhir "
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian
pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat
SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut
untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU
ADALAH BIJAK

Kata den

Talkin utk AmNo............sesungguhnya surga itu benar neraka itu benar mati itu pun benar......

Kit Siang Pula Di Panggil Polis Atas Dakwaan Memfitnah Najib

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan memberi keterangan kepada pihak polis pukul 11.30 pagi hari ini atas tuduhan hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan Malaysia.

Menurut beliau seorang pegawai polis telah datang berjumpanya ketika sedang berceramah di Penanti dan memberitahu beliau dikehendaki oleh pihak polis atas dakwaan memfitnah berkaitan ucapan yang disampaikan beliau Ahad lalu.

"Nampaknya Najib kini menekan pihak pembangkang atau sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau dengan menggunakan cara tuduhan menghasut dan memfitnah dan tidak lagi ISA," kata beliau menggunakan Twitter yang diposkan dalam blognya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadualkan akan mengadakan satu sidang akhbar di rumah Kit Siang hari ini.

Kata den

Dio orang sudah ketaq mr lim itu pasallah sikit cakap sikit tulis dio orang tak suka dio orang tangkap ini malaysia boleh takkan u tak tau..

LAWAK SANTAI




Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'


Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,


Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'








CARA INI DI NAMAKAN
' BONAMA' iaitu .. this method of greeting is called "Bonama"

BODEK NAK MAMPUS !!! translated as ingratiate (bodek) to (nak) death (mampus)
Hawau punya orang cium tangan mak dia pun tak sampai terjulur-julur macam tu..
Babi kat dalam hutan nama dah tukar sekarang ..glamer beb.


Seorang janda yang sudah tiga kali kawin cerai diperiksa doktor. Waktu doktor mahu periksa dalam, terjadi percakapan.

Janda : “Hati-hati periksa ya doktor, saya masih dara!”

Doktor: “Hai kata Puan dah tiga kali kahwin cerai takkan masih ada dara?"

Janda : “Gini doktor, x-husband saya yang pertama adalah mati pucuk."

Doktor: “Oh gitu, tapi suami yang kedua puan tak mati pucuk kan?”

Janda : “Betul doktor, cuma dia gay, jadi saya tidak diapa-apakan langsung.”

Doktor: “Lalu suami yang ketiga Puan tidak mati pucuk atau gay kan?”

Janda : “Betul doktor, tapi dia orang politik."

Doktor: “Tapi apa kaitannya dengan dara Puan...?”

Janda : “Dia cuma berjanji sahaja dok, ‘tidak pernah direalisasikan!!!”

Doktor: “?!?!?!?! ?”

Kata den
Lain kali jangan cari suami orang AmNo
Sungguh teragis…..kesian hajat tak kesampaian....

KEMBAR ADA IRAS-IRAS
SETELAH SEKIAN LAMA MENCARI DALAM PELBAGAI CARA DARI SuRAT KHABAR, MEDIA2HIBURAN, JEJAK KASIH, TAUTAN KASIH DLL AKHIRNYA KEMBAR YG TERPISAH INI BERTEMU JUA AKHIRNYA, DISAAT-SAAT YG MANA UMUR MASING-MASING SUDAH MENINGKAT.

WALAUPUN BERLAINAN AGAMA, FAHAMAN DAN KERJAYA, DARAH YG MENGALIR DITUBUH KEMBAR NI MEMBUAT KAN KREW JEJAK KASIH TIDAK JEMU-JEMU MENCARI INFO AGAR KEMBAR INI DAPAT DI KETEMUKAN SEMULA.

(UTK PENGETAHUAN UMUM TV3 SUDAH DPT MENGESAN DARI AWAL LAGI AKAN TETAPI ATAS KESIBUKAN YG DI ALAMI OLEH KEMBAR SEIRAS INI MAKA JADUAL UTK DIKETEMUKAN TERPAKSA Di DI WAR-WARKAN DAHULU)

BERITA TERKINI KEMUNGKINAN BESAR SI KAKAK YG BERADA DI MALAYSIA AKAN MELAWAT SI ADIK YG BERADA DI HONG KONG .

SEMOGA MEREKA BERTEMU.

:
:
:
:
:
:
kembar seiras @ isu hangat

Jangan marah Tan Sri...........
Penanti: 5,000 ahli Umno tidak mengundi

Kira-kira 5,000 ahli Umno di Penanti tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil di situ Ahad ini, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
kerusi dun penanti pulau pinang 200409
Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.

Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini.

Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut.

"Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno.

15 majlis kenduri

"Kalau tidak percaya, lihatlah pada hari mengundi adakah bas yang buat rombongan.

"Tetapi saya tahu ada 15 majlis kenduri di Penanti, Ahad ini. Jangan kata, kenduri itu ditaja oleh Umno," katanya.

zainal abidin osmanZainal Abidin (foto) berkata, beberapa blog telah menyiarkan laporan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, beliau memberi jaminan Umno tidak akan mengadakan rombongan pada hari mengundi Ahad ini.

"Kalau ada satu atau dua bas, itu bukan Umno yang taja, mereka dah buat rancangan awal sempena musim cuti sekolah," katanya.

Zainal berkata, ahli Umno tidak keluar mengundi kerana calon BN tidak bertanding di Penanti.

Katanya, tindakan Mohammad Fairuz mengosongkan kerusi Penanti menyebabkan pengundi di kawasan berkenaan terpaksa mengundi tiga kali dalam tempoh 15 bulan.

Kali pertama, katanya ialah pilihanraya umum lalu, diikuti peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan kini peletakan jawatan Mohd fairuz.-mkini

Kata den
Ni sorang lagi org UmNo yang tak de otak zaman datuk nenek ko nak cerito sekarang woi..samdol itu zaman dululah sekarang ni orang nak ngundi ke tak ngundi ke apa hak ko nak tahan dio orang ko tu sapo? betul-betul samdollah ngko ni....


KENYATAAN EX-APPEAL COURT JUDGE NH CHAN
MENGENAI KEPUTUSAN 5 MIN-DS NIZAR

Before you go about judging the judges of the Court of Appeal on their five minute oral decision, which they handed down on Friday, May 22, 2009, please bear in mind the wise words of the most liberal of American judges, judge Learned Hand who once wrote — The Spirit of Liberty, p 110:
… while it is proper that the people should find fault when the judges fail, it is only reasonable that they should recognise the difficulties … Let them be severely brought to book, when they go wrong, but by those who will take the trouble to understand.
I shall now try to help you take the trouble to understand the oral findings of the Court of Appeal. First of all we will look at what the New Straits Times, Saturday, May 23, 2009 has to say:
PUTRAJAYA. … In allowing the appeal by Datuk Seri Zambry Abdul Kadir that he was constitutionally appointed as Mentri besar by the sultan on Feb 6, Court of Appeal judge Datuk Md Raus Sharif said there was no clear provision in the state Constitution that a vote of no confidence against Nizar must be taken in the assembly.
Raus, who sat with Datuk Zainun Ali and Datuk Ahmad Maarop to hear submissions on Thursday, said Nizar had on February 4 made a request to the sultan to dissolve the assembly under Article 16 (6) because he no longer enjoyed the support of the majority assemblymen.
He said Nizar had no choice but to resign once the ruler declined to dissolve the assembly.
“There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution for a vote of no confidence to be taken in the legislative assembly,” Raus said in a five-minute oral ruling before a packed court room.
That was all. That is the gravamen of the five minute decision. What the Court of Appeal has said above as reported in the New Straits Times had also been said by Mr Justice Abdul Aziz in the High Court in his well considered judgment - 78 pages on A4 paper. This is what the High Court judge said, at p 30:
It is not in dispute that His Royal Highness had exercised the royal prerogative in this case pursuant to Article XVI (2) (a) and (6) of the Perak State Constitution. However the applicant [Nizar] is not asking the Court to review His Royal Highness' prerogative to appoint the respondent [Zambry] as MB Perak or His Royal Highness’ prerogative to withhold consent to dissolve the State Legislative Assembly. The applicant concedes that the two royal prerogatives are not subject to review and non justiciable. That is the reason, the applicant [Nizar] said, His Royal Highness was not made a party to the present disputes.
And at pp 36, 37 Abdul Aziz J also said:
Under Article XVI(2) of the Perak’s State Constitution His Royal Highness shall appoint as Mentri Besar a member of the State Legislative Assembly who in His Royal Highness’ judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly. …
I never had any doubt that the exercise of the royal prerogative to appoint a Mentri Besar pursuant to Article XVI(2) Perak’s State Constitution is solely based on personal judgment of His Royal Highness and that His Royal Highness may resort to any means in order to satisfy himself and accordingly to form his judgment as to whom who is likely to command the confidence of the majority of the State Legislative Assembly that he can be appointed as the Mentri Besar to lead the Executive Council.
I also have no doubt that His Royal Highness has absolute discretion with regard to the appointment of a Mentri Besar and the withholding of consent to a request for the dissolution of the State Legislative Assembly. This is plain and obvious from the reading of Article XVIII (1) and (2) (a) and (b) of Perak’s State Constitution. The High Court judge even agreed, at p 37:
… that if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council,…
So then, how could the Court of Appeal overrule the judgment of the High Court when the higher court substantially agrees with the judgment of the High Court? The newspaper report is not very clear on this point as we are still unaware of the reason for overruling the judgment of the High Court judge.
However, according to the report in the New Straits times, Raus JCA did say, “There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution for a vote of no confidence to be taken in the legislative assembly.”
So what if there is no provision for a vote of no confidence in the Legislative Assembly? The High Court had found that Nizar is still the Mentri Besar. To overrule the decision of the High Court, the Court of Appeal must explain why the judge of the High Court was wrong in finding that Nizar is the Mentri Besar.
The newspaper had even suggested that it could be implied in the ruling of the Court of Appeal that the Ruler had sacked the incumbent Mentri Besar Nizar:
The unanimous Court of Appeal ruling yesterday seems to suggest that a head of state can sack the incumbent head of government once it was determined that the politician ceased to command the confidence of a majority of the elected representatives.
The newspaper is wrong. That was not the finding of the Court of Appeal. In any case the monarch has no power to dismiss a Mentri Besar — there is no provision for it in the Perak Constitution. The trial judge Abdul Aziz J in his judgment has explained why he found that Nizar is still the Mentri Besar. This is how he puts it — see p 54 of his judgment:
It is true the request may be made only under two provisions of Perak’s State Constitution i.e. Article XVI(6) and Article XXXVI (1) and (2). But the circumstances under which the request can be made are unlimited. The request under Article XVI(6) is specific to a situation where the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority in the State Legislative Assembly; whereas under Article XXXVI (1) and (2), [the] situation is unlimited. It is up to the Mentri Besar to choose his time to make the request. However once a request is made under whichever of the two provisions, it is entirely up to His Royal Highness’ discretion whether to grant or [not to grant] the consent to dissolve the State Legislative Assembly.
Then at pp 56-58 the High Court judge comes to this conclusion:
In my view it is alright if His Highness takes upon himself to determine who commands the confidence of the majority in the State Legislative Assembly that he can appoint as the Mentri Besar. Such determination however is only good for the purpose of appointing a Mentri Besar pursuant to Article XVI(2)(a) Perak State Constitution. This is so because that provision speaks of ‘who in his judgment is likely to command the confidence of the majority’. The language used therein requires the exercise of a personal judgment on His Royal Highness.
But the same thing cannot be said with regard to Article XVI(6) in deciding whether the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly. In this case His Royal Highness, through his enquiries has judged that the respondent [Zambry] has the support of the majority. But that finding does not necessarily mean His Royal Highness can form an opinion that the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative assembly.
One reason for this is that the expression ‘in his judgment’ is not used in Article XVI(6). I am of the view that just because His Royal Highness had formed a judgment that the respondent [Zambry] is likely to command the confidence of the majority for the purpose of Article XVI(2)(a) to appoint the respondent [Zambry] as Mentri Besar it does not mean that His Royal Highness’ opinion or judgment is applicable in deciding that the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly.
In another word, one cannot say that because His Royal Highness has judged that the respondent [Zambry] is likely to command the confidence of the majority in the Legislative Assembly therefore the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly. I would say that the personal opinion or judgment of His Royal Highness is irrelevant to the construction of Article XVI(6).
The [other] reason is that Article XVI(5) Perak State Constitution states that the Executive Council shall be collectively responsible to the Legislative Assembly. Under Article XVI(2)(a) the Mentri Besar is appointed to preside over the Executive Council. Article XVI(6) speaks of “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly …”. Reading these three provisions in Article XVI Perak State Constitution it is logical and in fact Article XVI(6) requires it to be so, that it is the Legislative Assembly that determines whether it has confidence in the Mentri Besar as the Head of the Executive Council. The Legislative Assembly may make the determination through a vote of no confidence against the Mentri Besar. (The emphasis is mine)
It seems to us ordinary folk that the Court of Appeal has missed the point. They decided that Zambry was properly appointed Mentri Besar under Article XVI(6). That is not correct — he could only be appointed under Article XVI(2)(a). Since there cannot be two Mentri Besar and Nizar the incumbent Mentri Besar has not resigned and, further, since the legislative assembly did not decide if he has ceased to command the confidence of the majority of the members of the assembly, Nizar, unquestionably, is still the Mentri Besar of Perak.
Nizar’s case was that Article XVI(6) speaks of “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly”. The poser is who is to decide “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly” under Article XVI(6)? Certainly not the Ruler because the phrase “in his judgment” — which is used in Article XVI(2)(a) — is not used in Article XVI(6). If it is not to be the Ruler then who is to decide “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly”?
The answer is in Article XVI(6) itself — only the Legislative Assembly itself could decide if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Assembly. Article XVI(6) clearly states that the Mentri Besar who no longer commands the confidence of the majority of the Legislative Assembly “shall tender the resignation of the Executive Council”. This has to be done “unless at his [the Mentri Besar's] request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly”. But Mentri Besar Nizar could not admit that he ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly because he would not know until a vote has been taken at the Assembly to determine so. Only the Assembly itself would know if a vote is taken to determine whether the Mentri Besar has lost the confidence of the majority of the members of the Assembly.
Now that you have understood the five-minute decision of the Court of Appeal as well as the well considered judgment of the trial judge, you should be able to severely bring to book the judges of this Court of Appeal since you are now aware if they have done wrong.
Before I sign off, I wish to say a few nice words to the High Court judge. Mr Justice Abul Aziz Abdul Rahim is a fantastic judge. The judgment, especially the piece on the interpretation of Article XVI(6), is so good that it has persuaded me to change my mind on my view of Article XVI(6). If you remember my first article, I have expressed an opinion on Article XVI(6). Now I know I was wrong — and I have to thank Abdul Aziz J for showing me the way. —
loyarburok.com

Bekas hakim ini (NHChan) pernah berceramah di PJ Civic Hall pd 13 Mei 2009 mengenai kemelut politik dan krisis perlembagaan di Perak yg di hadiri tak kurang dari 10,000 orang.
Sehingga skarang peguam2 saya masih menunggu ulasan penghakiman dari hakim2 mahkamah rayuan. Masih belum dikeluarkan berbezz dgn hakim YA abdul Azizi, hakim mahkamah tinggi KL, yang membacakan ulasan pengakiman selama 1jam 27 minit untuk memutuskan keabsahan kedudukan MB Perak mengikut Perlembagaan Perak.

* Justice NH Chan is a retired judge of the Courts of Appeal.

Proton Catat Kerugian Rm338 Juta Dalam Tahun Kewangan 2008/09

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd Jumaatmengumumkan kerugian sebelum cukai kumpulan sebanyak RM338 juta bagi tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac, 2009, daripada keuntungan sebelum cukai RM144 juta pada 2008, disebabkan terutamanya kelemahan luar biasa harta, kilang dan kelengkapan (PPE) serta turun nilai inventori.

Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata prestasi kumpulan itu merupakan cerminan kepada keadaan ekonomi global sekarang.

Kelemahan industri automotif akibat daripada krisis kewangan global juga menjejaskan prestasi kumpulan pada separa kedua tahun kewangan itu, katanya.

"Alasan utama bagi kerugian kumpulan adalah disebabkan keputusan Proton bagi kelemahan PPE dan turun nilai inventori bagi model tertentu yang menerima kesan daripada pengurangan kuantiti," kata Nadzmi.

"Selain itu, keputusan bagi separa kedua tahun kewangan juga terjejas akibat daripada pelunasan acuan dan jig serta peningkatan kos komponen dan bahan mentah ekoran kadar pertukaran mata wang asing yang tinggi, terutamanya yen Jepun dan dolar AS," katanya.

Bagaimanapun, jumlah pendapatan kumpulan Proton meningkat sebanyak RM864.98 juta kepada RM6.49 bilion pada tahun kewangan 2008/09 berbanding RM5.62 bilion pada tahun kewangan FY2007/08.

Kumpulan itu menjual sejumlah 156,845 unit kereta pada tahun kewangan 2008/9 berbanding 139,942 unit tahun lepas, kata Nadzmi.

Menumpukan kepada keputusan suku keempat bagi tahun kewangan semasa, beliau berkata Proton mencatatkan kerugian sebelum cukai kumpulan RM392 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM172 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (Tahun Kewangan 2007/08).

Kerugian besar bagi suku tersebut disebabkan terutamanya kelemahan luar biasa bagi PPE dan turun nilai inventori berkaitan dengan model tertentu akibat daripada penguncupan kuantiti yang berjumlah RM360 juta.

Pendapatan kumpulan bagi suku keempat turun sebanyak RM315.4 juta kepada RM1.4 bilion bagi suku keempat tahun kewangan 2008/09 berbanding RM1.7 bilion yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ini disebabkan unit terjual yang rendah sebanyak 34,490 pada suku terakhir tahun kewangan 2008/09 berbanding 40,903 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Nadzmi berkata penurunan jualan telah menyebabkan Proton menilai semula kuantiti pengeluarannya memandangkan kelembapan ekonomi semasa.

Bagi tahun kewangan ini, Proton dijangka menerima geran penyelidikan dan pembangunan daripada kerajaan berjumlah RM81 juta, seperti yang disediakan oleh Dasar Automotif Negara (NAP).

Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata meskipun kerugian itu, lembaran imbangan kumpulan masih kukuh apabila rizab tunainya berjumlah RM899.5 juta, turun daripada RM1.17 bilion tahun lepas.

"Sebagai syarikat automotof lengkap, kami membelanjakan jumlah yang besar bagi pembangunan model baharu seperti Proton Exora dan Lotus Evora semasa tahun itu. Walaupun ini menjejaskan rizab tunai kami, kami mampu untuk menampungnya apabila kereta-kereta terjual," kata Syed Zainal.

Setakat ini, tempahan bagi model MPV baharu Exora mencecah 11,000 unit, katanya.-brnama

Kata den

Sobab-sobab rugi disamping faktor kemelesetan adalah ketidakcekapan mengurus itu ajo kalau raso tak boleh urus bagi kek orang lain yang pandai mengurus selesai masalah mcm ekonomi negaro sekarang ini kalau dio orang pandai urus negaro tak akan kemelesatan macam ini sobab tak pandailah jadi macam ini jadi kesimpulannya tukar aje kek orang lain yang pandai urus.....(baca PR)

Friday, May 29, 2009

Zahid Hamidi : Naib Presiden Yang Pengecut dari Parti yang Bacul (UMNO)

Malu orang Bagan Datoh, Ahli Parlimen yang jadi Menteri Pertahanan rupanya seorang yang pengecut. Tak berani berdebat dalam siri hujjah di TV9 malam ini. Seluruh rakyat Malaysia dihampakan oleh Zahid Hamidi. Husam Musa telahpun berada di Kuala Lumpur untuk berdebat dengannya, malangnya petang tadi pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Menurut Husam, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu, dan mencadangkan Ezam Mohd Noor sebagai penganti Zahid. Husam tidak bersetuju, hasratnya hanya ingin berdebat dengan Zahid yang sama-sama terlibat memimpin parti politik dan kerajaan. Tajuknya juga sangat sesuai dengan situasi politik wang yang sedang membudaya dalam UMNO dan kerajaan.

Zahid memang pengecut, bercakap di atas pentas memang nampak hebat tetapi jiwanya kecil dan lemah.

Saya teringat 10 tahun dulu ketika gelombang reformasi, Zahid merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, beliau bersama anggota EXCO pemuda UMNO cukup lantang menentang Dr. Mahathir. Setelah Anwar ditahan, beliau turut ditahan dibawah ISA di Sabah. Ketika beliau dalam tahanan, pemuda-pemuda UMNO sering berjumpa saya dan membeli Harakah dari saya untuk mendapatkan maklumat terkini isu-isu politik ketika itu. Hanya Harakah yang memberi liputan yang meluas dan benar terhadap gerakan reformasi ketika itu.

PAS Bg Datoh turut menganjurkan ceramah besar-besaran untuk mengulas isu ini. Ramai kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Anwar hadir termasuk orang-orang kuat Zahid. Himpunan besar-besaran atas nama GERAK di Taman Melewar turut dihadiri oleh orang-orang kuat UMNO Bg. Datoh.

Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Zahid tahu dia diperangkap oleh Dr. Mahathir, tetapi dasar pengecut, dia tidak berani menyatakan tentangan terbukanya kepada Mahathir. Dia gagal melalui ujian ISA, orang lain setelah keluar ISA lebih bersemangat lawan kerajaan, tetapi Zahid bertambah pengecut, kata orang Jawa "kucur'.

Saya ketika itu menjadi Ketua Pemuda PAS Bagan Datoh, dan masih berkhidtmat sebagai guru. Saya masih ingat ketika itu setelah Zahid dibebaskan, kawan-kawan saya dari UMNO melalui beberapa rakan yang sama mengajar di sekolah, menyatakan Zahid ingin sekali berjumpa dengan saya, tetapi tidak berani secara terang. Macam-macam cara cuba diatur untuk membolehkan berjumpa dengan saya.

Saya jadi hairan, hebat sangatkah saya sehingga Zahid terlalu ingin berjumpa dengan cara yang begitu strategik macam cerita James Bond. Setiap kali ura-ura nak berjumpa dengan Zahid, diaturlah berbagai strategi untuk bertemu dengannya supaya pertemuan tersebut tidak ada siapa yang tahu, saya pula menjadi rimas. Nak jumpa Zahid macam nak jumpa dengan perompak atau penyangak. Tetapi tak pernah terjadi perjumpaan tersebut. Saya berkali-kali dipesan jangan beritahu sesiapa, saya pegang sungguh pesanannya, memang tidak ada siapa yang tahu ketika itu.

Melihat kesungguhan Zahid, saya sendiri yang mengatur untuk bertemu di kediamannya di Kajang. Bukan susah sangat, saya bersama Muhaimin melalui Zaharuddin (ketika itu pemimpin mahasiswa yang rapat dengan Zahid) akhirnya dapat bertemu dengan beliau di rumahnya di Cauntry Hight, Kajang pada waktu tengah malam.

Tidak ada pun yang sangat penting rupanya, pertemuan hampir 2 jam di rumahnya. Zahid jamu kami dengan satay Kajang. Setelah kenyang makan satay, Zahid tak juga cerita apa maklumat penting yang hendak disampaikan sehingga ingin sangat berjumpa saya, hanya bersembang kosong sahaja.

Saya akhirnya yang berterus terang bertanya pendirian beliau yang sebenar, nak terus bersama dengan Anwar atau bagaimana. Jawapanya penuh dolak dalik, berkepul-kepul asap rokok gudang garam keluar dari mulut dan hidungnya, entah berapa batang yang dihisapnya, saya pun tak ingat. Beliau tetap tidak menyatakan pendirian yang sebenar.

Saya cabar dia samada bersama Anwar untuk lawan Mahathir atau bersama PAS. Contohi beberapa tokoh yang telah menyertai PAS seperti Kamaruddin Jaafar dan Datuk Dr. Hassan Ali. Macam-macam alasan diberi, antaranya terikat dengan perniagaan, kalau menyertai PAS atau Anwar, bila-bila masa akan diisytihar bangkrap, bangunan UMNO di Bg. Datoh banyak guna duit dia, hutang banyak lagi. Saya jawab mudah je, kalau Datuk masuk PAS, bangunan tersebut ahli-ahli PAS boleh tolong bayarkan, kemudian terpulang padanya nak jadikan apa bangunan tersebut. Zahid tersengih sahaja, mengisap asap rokok dalam-dalam kemudian menghembusnya puas-puas, begitulah setiap kali saya ajukan pertanyaan mengenai sikapnya yang sebenar.

Zahid juga ada menyebut dalam pertemuan itu, dia kata ada dua tokoh yang cukup dihormati yang dianggap tok gurunya iaitu Datuk Dr. Harun Din dan Ustaz Fadzil Noor. Saya segera mencelah, kalau dah anggap dua tokoh ini macam tok gurunya, tak ada sebab tak boleh bersama PAS, sedangkan dua tokoh ini pemimpin PAS dan ulama yang tersohor. Dia cuma menjawab Insya Allah berkali-kali.

Akhirnya dari pukul 11.00 hingga 1.00 pagi, Zahid tetap tidak pernah menyatakan pendirian yang jelas samada ingin terus bersama gerakan reformasi atau sebaliknya.

Dalam perjalanan pulang, saya dengan Muhaimin buat kesimpulan, bahawa Zahid orang yang tidak jelas pendirian bila berlaku kemelut seumpama ini, seorang yang penakut terhadap risiko perjuangan, seorang yang hanya menjaga kepentingan dirinya sendiri dari kepentingan rakyat dan perjuangan, seorang yang bergantung kepada kehebatan orang lain, kenaikan dalam politik kerana bergantung dengan Anwar, dia juga sangat kaya orangnya, siapa yang bagi peluang dia kaya ketika itu, Anwar juga orangnya. Apabila Anwar jatuh, dia tidak rela jatuh bersama Anwar, walaupun dia turut jatuh ketika itu di mana jawatan Ketua Pemuda UMNO terpaksa dilepaskan kepada timbalannya. Tetapi Zahid terus bergayut dengan orang lain sehingga dia dapat semula kedudukan politik yang cukup selesa sekarang, tetapi sayang, dia tetap menjadi orang pengecut.

Kalau tidak berani berdebat dengan Husam, saya cabar Zahid, jom kita berdua berdebat di Bg Datoh atas tajuk apa pun tak apa di Kg. Sg. Nipah Darat tempat kelahirannya atau di Sg. Tiang Darat tempat kelahiran saya. Tidak perlu siar dekat tv pun tak apa, panggil sahaja orang kampung di Bagan Datoh. Tak mahu wartawan tahu untuk buat ulasan, kita berdebat dalam bahasa Jawa. Amacam Zahid, setuju ke, kita berdebat?-Misbahul Munir

Kata den
Memang patutpun UmNo akan berkubur sobab ado orang yang macam ni bagus bagus lagi cepat UmNo akan ditalkinkan.....


Kontroversi: Pegawai Polis Penyiasat Kes Mata Lebam Anwar Dedah Beliau Kini Menjadi Mangsa Konspirasi Untuk Musnahkan Kreadibilitinya !!

KUALA LUMPUR [3.00 pm] - Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan. Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. "Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau. Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,"
kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan. Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92. (Sumber Informasi: TV Antara)

Kata den
Tuhan tu maha berkuasa apa bila telah datang kebenaran yang batil itu akan terhapus itu firmannya semoga allah melaknat orang-orang yang menggunakan wang rakyat dan jawatan untuk kepentingan diri dan melindungi orang yang zalim.Tunjukkan ya Allah Tunjukkanlah.....
Ekonomi Gawat Sebab Najib Lambat Bertindak

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan I kerana lambat mengambil tindakan segera menangani kegawatan ekonomi.

Najib yang dituduh berada dalam sindrom penafian seringkali diasak oleh Pakatan Rakyat di Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berhubung Bajet 2009 dan dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan namun beliau dilihat tidak mempunyai kebolehan memimpin usaha mengatasi masalah ekonomi yang mula menunjukkan tanda-tanda kegawatan sejak tahun lalu.

Semasa berucap kepada rakyat Guar Jering dalam siri kempen pilihan raya kecil DUN Penanti semalam, Anwar berkata penguncupan ekonomi sebanyak 6.2 peratus adalah amat membimbangkan kerana negara kini secsra rasmi dilanda kemelesetan ekonomi.

"Pentas semalam memberi ruang buat saya mengungkapkan antaranya pengumuman Bank Negara berhubung penguncupan 6.2% ekonomi Malaysia buat suku pertama tahun ini. Angka ini ternyata membimbangkan, malahan ianya lebih teruk jika dibandingkan dengan kedudukan terburuk negara iaitu pada suku keempat tahun 1998. Secara teknikalnya negara kita sedang mengalami kemelesetan.

"Antara perkara yang merunsingkan saya apabila melihat lagak pentadbiran kewangan sekarang ialah kurangnya ketelusan menjawab persoalan yang dilontarkan ketika menghadapi krisis. Sewajarnya pengalaman melalui tempoh sukar kurang lebih sepuluh tahun lalu mengajar kita untuk pantas bertindak dan telus kepada rakyat.

"Tatkala membahaskan belanjawan dan juga rancangan ransangan ekonomi saya tegaskan mengapa lambat mengakui negara sedang melalui saat-saat sukar walhal ianya memberi dampak besar kepada psikologi rakyat.

"Sayangnya oleh kerana menteri kewangan memilih pada ketika yang paling lewat untuk mendedahkan kepada umum makanya rakyat dan ekonomi lambat untuk siap siaga berhadapan dengan krisis berbanding dengan negara jiran seperti Singapura.

Adakah akan ada pakej ransangan yang ketiga? (walaupun yang pertama tidak dilakukan menurut aturan Parlimen) Apa sudah jadi dengan RM60bilion yang diwar warkan dahulu. Bukankah jumlah tersebut untuk tempoh sepanjang dua tahun?

"Telahpun kami secara tuntas menyatakan jika pengurusan ekonomi masih ditakuk lama; membenarkan penyelewengan berleluasa dan sekiranya dana yang ada diseleweng buat mencipta kekayaan kroni, alamat negara akan terjerumus ke kedudukan yang menakutkan," jelas beliau secara panjang lebar mengenai keadaan ekonomi negara.

Kata den

Itu namoeh bodoh sombong DSAI biarkan dio orang dsai dio tak nak dongar nasihat kito tak po pedulikan jangan risau rakyat akan menghakimi dio orang semuo...

Tangkap Khairy Kerana Menghasut

Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.

Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

“Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap ‘bahaya’ apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

“Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.
“Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.

“Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan ‘desperate’ untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ,” katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti ‘bercerai susu’ daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat.

“Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat.

“Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini,” katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang.

Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina. - harakahdaily

Kata den

Apo nak jadi dengan sibudak KJ ni cakap tak guno otak kato belajar sampai keoxford oxford apa mcm ni cari publisiti murahan ado ko suruh orang jgn keluar mengundi ni dio ingat orang bodoh mcm dio hei KJ den raso ko pegilah impit-impit Tok jib mintak apo-apo jawatan yo lah mano buleh ketuo pemudo negaro tak do jawatan ko tak malu ko ini yang buek ko tak tontu arah tulah lain kali klu ado duit banyak sedokahlah kek anak yatim barulah Tok jib sayang kek ngko.....

Thursday, May 28, 2009

Bubarkan DUN Perak Desak Ku Li

Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemelut politik Perak yang berterusan sehingga kini mencerminkan

kegagalan kepemimpinan politik tanahair khususnya Umno dan Barisan Nasional sehingga menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi negara di robek sedemikian rupa.

Beliau berkata jalan penyelesaian hanya satu iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak supaya satu pilihan raya negeri yang adil dan bebas dapat diadakan.

Berikut disiarkan komentar Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam blog peribadinya, razaleigh.com:

The Perak crisis is a tragic comedy of errors and bad political judgment that reflects a failure of political leadership. As it continues to spin out of control, it damages our democratic system of governance. To all intents and purposes, one of our most prosperous and developed states has been reduced to a failed state, with a possibly illegal state government in place. This is a condition that can propagate outwards to the rest of the country.

I stated at the beginning of this crisis that by our Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means, which is to say, through the ballot box or through a formal vote of confidence in the elected Legislative Assembly. These are the constitutionally mandated means by which the people decide on their government.

Any other means of changing the government is unconstitutional and undemocratic, and subverts the basis upon which we are a civilised society.

We now have reason to fear the loss of the people’s confidence in the Constitution, in democracy and in our constitutional monarchy. Responsible political leadership must support rather than destroy the confidence of the people in these practices and institutions. In particular, powers reserved for the Legislative Assembly, which represents the sovereign will of the people, cannot be taken away under any circumstances by anyone. This foundational constitutional principle has been affirmed by the Court. We are all sworn to uphold it. Those who do not understand or accept this principle have no place in government.

Some issues can be solved by a court of law, but the Perak crisis is not one of them. The back and forth events of the past week demonstrate this fact abundantly. The Perak crisis cannot be solved by a decision of the Court because it is at heart a political rather than a constitutional problem. There is really no doubt about what the Constitution says. What is now unclear as a result of an ugly series of manoeuvres is whether Perak has a legitimate government, and there is only one way to resolve that issue. Perhaps our political leadership has not understood how important it is that the people’s voice must prevail, and be seen to prevail, in the choice of their government.

The only solution to the Perak crisis now is for the State Legislative Assembly to be dissolved and free and fair elections held. At this stage there is no other way to restore both public confidence and constitutional legality to the Perak state government, and by extension to our entire system of government. Our survival as a democratic and constitutional monarchy depends on our acceptance of the judgment of the people as expressed in free and fair elections. Any attempt to circumvent that judgment betrays the basic principles and values upon which our nation and incidentally, UMNO itself, stand. I appeal for wisdom and a broader concern for the wellbeing of our country.

Kata den

Buat penat je kita cakap Tengku..dio orang bukan reti bahaso

Chin Peng rakyat Britain, kata pakar sejarah

KUALA LUMPUR: Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding.

Beliau berkata Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British.

"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.

"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.

Kenyataan Teng itu menerima tentangan keras daripada pelbagai pihak terutama persatuan-persatuan bekas anggota polis dan tentera yang mana sanak-saudara dan rakan seperjuangan terbabit secara langsung dan menjadi mangsa kekejaman komunis terutama ketika era darurat antara 1948 hingga 1960.

Cubaan Chin Peng untuk menetap di negara ini melalui sistem perundangan juga gagal dan ditolak mahkamah pada 30 April lepas.

"Kalau Chin Peng nak balik Britain mungkin tiada masalah. Tapi jika nak balik ke Malaysia, kena buktikan yang beliau rakyat Malaysia," kata Prof Khoo yang menegaskan ramai pihak beranggapan hanya orang Melayu yang dibunuh komunis semasa darurat sedangkan hakikatnya ramai Cina dan India yang turut dibunuh.

Beribu-ribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan terbunuh semasa Chin Peng dan rakan-rakannya melancarkan perang gerila dari hutan dari 1948 sehingga kepada peletakan senjata mereka pada 1989.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era darurat.-bernama

Kata den
eloklah tu selesai masalah....
SPM: Maksimum 10 Subjek
May 28, 09 2:18pm
Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama.

Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru, malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

"Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara dari sudut lain dan ini dilihat dari segi keputusan peperiksaan," katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan.

"Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik dari segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lalu untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, tetapi masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangka n kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kata den
Ado pro dan kontranya cadangan ini dimana letaknya sistem peperiksaan terbuka sekarang ini dah mansuh ke bukankah ini menyekat peluang dan kemampuan pelajar-pelajar yang berkebolehan..
Habuan RM3 Juta Buat ADUN Bebas Perak

GOPENG [7.30 pm] - Terbongkar !! salah seorang bekas Exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (foto) ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN. "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Kata den
Kalau boto pun mati hidup Najib - UMNO takkan mengaku punyo den teringat siSirul dan Azilah kesian kek dio ko orang pikirlah sendiri......(United Mohd Najib Organisation)

EKONOMI TERUS JATUH

KDNK Menguncup 6.2 Peratus Pada Suku Pertama 2009

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat tahun lepas, Bank Negara mengumumkan hari ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penguncupan itu berpunca daripada kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri akibat kemelesetan ekonomi di negara maju.

"Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama," katanya pada sidang media.

Ekonomi negara dijangka terus menguncup dalam suku kedua, katanya.

"Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk," kata Zeti.

Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah. Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan.

Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan.

kata den

Apa dah jadi Tok jib bahayo ni nampak gayo kena ikat perut den lepaih ni den raso korang kono balik semulo kepangkal dengan memohon kepada Allah rezeki yang banyak korang semuo dah lupo kek tuhan tu pasallah tuhan turunkan macam-macam bala ni tok-tok mufti apa cerita tak de idea ke....




Wednesday, May 27, 2009

Hanipa: Mufti Perak Pro-Umno Tidak Faham Krisis Politik Perak

Sikap berat sebelah dan pro-Umno yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria terus menerima kritikan hebat.

Penasihat Undang-Undang PAS, Mohamed Hanipa maidin berkata kenyataan menghentam langkah Pakatan Rakyat mengadakan kempen puasa sunat dan mogok lapar yang dibuat oleh Harussani menimbulkan persoalan sama ada Mufti tersebut benar-benar faham krisis politik Perak atau memilih untuk mendengar daripada pihak Umno dan Barisan Nasional sahaja.

Beliau mengenengahkah beberapa isu penting berhubung kemelut politik Perak yang gagal difahami Harussani dengan betul.

Berikut disiarkan artikel beliau berhubung sikap partisan Mufti Perak itu:



Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah..

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )

Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?

Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?

Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan kepada beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “

Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?

d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta DUN Perak dibubarkan ?

Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

f. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakana kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun menghormati mayat seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). Lihatlah Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang Islam !!!

g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.

h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?

Kata den

Ko tanyo banyak sangat hanipah poning dio nak jawab tapi tak po den tolong jawabkan bagi pihak dio.Eden sebenarnyo nak jadi mentori jago agamo kat JPM tu takkan korang tak paham-paham nilah masonyo eden tunjukkan kejantanan den apolah korang ni.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran